Friday, September 14, 2012

LEMAK REBUNG, AYAM GORENG DAN IKAN TENGGIRI GORENG ALA MAMAK




Kelmarin masak asam pedas ikan tenggiri guna sayur sawi jeruk. Hari ni masak lemak rebung dengan kepala ikan tenggiri pulak. Mula plan nak masak lemak rebung tu bubuh ayam tapi last minute ubah fikiran.



Ada yang kata dia tak pernah tahu masak lemak rebung boleh bubuh ayam. Isyhhh kita yang buat dia. Bubuh ayam, daging, ikan ataupun udang semuanya sedap. Bubuh ikan kering pun boleh. Tak perlulah terlalu rigid sangat ikut resipi. Kjee masak ikut apa yang ada kat rumah.

Arwah bonda kalau masak lemak cili api rebung, mesti buat pedas2. Siap jer masak, dia akan ratah dulu sepiring. Perangai tu dah turun ke Kjee. Tetapi kan ada kawan Kjee orang N9 kata, kalau buat lauk lemak rebung, tak boleh buat pedas2. Nanti memulas perut. Maklumlah rebung tu kan bisa sikit.







Hmmm. Dah berpuluh tahun Kjee makan lauk rebung ni, samada masak sendiri mahupun makan di restoran Minang. Semuanya pedas belaka. Sedap sangat kalau pedas. Dan perut, Insya Allah, jarang meragam.

Anyway, Kjee masak tadi tiada resipi. Main campak jer. Tumbuk cili api ikut kepedasan masing2. Curah santan pekat dalam periuk, campak cili api dan serbuk kunyit berserta daunnya dan serai. Didihkan. Bila dah mendidih, masukkan ikan dan rebung yang telah dicuci dan ditos.

Apabila semua sudah masak sempurna baru Kjee bubuh garam dan asam keping. Kalau guna pak aji, bubuhkan.

Hari ni, Kjee gandingkan lauk tu dengan ayam goreng dan isi ikan tenggiri goreng ala mamak. Mamak mana, tak perlu tanya. Hehehe. Caranya, Kjee lumur isi ikan tenggiri dengan rempah ikan dan sedikit garam. Tak perlu bubuh kunyit. Pastu gorenglah. Kalau suka tambah serbuk cili bersama rempah tu, bolehlah bubuh. Tadi Kjee tak ada stok serbuk cili kat rumah.

6 comments:

NUR said...

I like ayat k jee supaya x rigid dengan resepi.. Kita yang buat dia kan.. X pernah lg msk rebung ni.. Pernah mkn je

maszull said...

assalamualaikum kakjee...memang sedap gulai rebung ni...tenghari tadi mama pun buat masak lemak rebung tapi letak daging sedap jugakan....

Izzan Yong Rosdin said...

Rebung taruk daging pon sedap....

zard said...

Hi K. Jee, apa kabar? Sedapnyaa masakan k. Jee ..Saya nak belajar something boleh? Nak buat goreng ayam macam k.Jee buat tu macamana ya? Saya pernah lah buat ayam tu lumur dgn kunyit serbuk dan garam..lepas tu goreng tapiii kenapa nmpk kering, tak mcm K. Jee buat tu..berseri-seri.. Apakah rahasia nyaaa??

Zaph

Kjee said...

Hi Zaph,
tak tahulah nak ajar camner. somehow it just turns out like that. I sit depan kuali and wait until i find it is just right for my liking. hehehe. give it a try.

Chekgu Azrine said...

mau bertmbh2 ni klu saya mkn..hehe

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...