Tuesday, September 4, 2012

MEREKA JUGA INSAN BIASA... KEKADANG ALPA





Senario ini dirakam di luar bangunan Pudu Raya. Stesyen bas yang dari luar nampak sangat canggih. Kelihatan sebuah kereta Proton Waja JPJ. Tiada yang luar biasa. Kekadang kereta peronda polis pun parking situ. Demi tugas. 

Tapi kereta biasa mana boleh dong! Pasti kena saman. Opps kat belakang tu ada kereta orang awam! Baru kena saman ker?




So kalau biasa biasa jer, apa yang nak cer?

Sedang kami tersangkut dalam sedikit jam berhampiran kereta penguatkuasa JPJ itu, tetiba Nadia terkejut. "Eh apa sal abang JPJ tu umpil dekat cermin kereta?"


Kantoi!


Kjee dan Unclepali bingkas menoleh.

"Eh yalah...dia orang terkunci kereta dari luar," kata Unclepali.

Mujurlah abang2 penguatkuasa itu beruniform JPJ. Kalau tidak, pasti ada yang ingat, kereta pengkuatkuasa JPJ kena umpil. Hehehe.

Sesungguhnya mereka juga insan biasa macam kita. Kekadang alpa. Hehehe

Lalulintas dah clear. Kami pun berlalu pergi. Mudah2an ada insan lalu lalang di situ 'yang pakar' bantu abang2 JPJ tadi.





1 comments:

ashamami said...

Assalam Kjee...saya penah kena saman dengan polis sebab bawak anak saya yang tak pakai topi keledar. Lepas dia saman saya, saya tegur dia..."Encik, motor Encik tu nombor plat dah jatuh...ni kalau orang awam yang naik motor macam ni tentu kena saman kan..."...dia jawab kat saya..."Awak nak kena saman lagi ke? Cakap banyak pulak." Saya pun mintak maaf dan pergi dari situ...saya tengok muka polis tu berubah jugak la.

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...