Monday, September 3, 2012

PANAS PANAS PANAS




Cuaca di Lembah Kelang kembali panas. Hati pun cepat panazzzzzz. So orang tua2 selalu pesan, kalau musim panas, kena makan makanan yang sejuk2 supaya hati lebih tenang.



Tadi masa ikut Unclepali pergi Posto, Kjee ternampak orang ramai beratur di gerai kelapa muda di tepi jalan di Paya Jaras. Kjee pun singgah dengan Nadia. Nadia tak berapa happy sebab dia ada dengar banyak cerita kononnya kalau minum banyak sangat air kepala boleh sengal lutut.

Hmmm dah dekat setahun Kjee tak minum air kelapa. Baru sebut nak beli dah kena sound cam tu. Sabar je lah. Tapi sebab teringin sangat nak makan jeli kelapa, Kjee suruh dia beli jugak dua biji. A few months ago Kjee ada beli serbuk kelapa jeli jenama Happy Grass.

Kelapa yang Nadia beli besar sangat. Kononnya abang yang jual kelapa tu kata isinya banyak dan elok buat jeli. Ya lah tu. Kata2 yang tak boleh pakai!! Isi kelapanya dah keras. Hanya sesuwai diparut untuk dibuat inti kelapa!

Anyway, Kjee kikis sikit2 permukaannya menggunakan sudu. Tapi isinya tetap keras. Kjee cuba jugak hiris halus2. Tak mau jugak. Akhirnya masukkanlah jugak sikit2 isi kelapa muda yang tua tu ke dalam jeli.

Khabarnya boleh jugak guna jeli serbuk untuk resipi ini. Tetapi dah ada yang Happy Grass ni, buat jer lah kan.



JELI KELAPA

Bahan2

1 peket 200 gm jeli serbuk (Kjee guna Serbuk Jeli Kelapa Happy Grass)
2 biji kelapa muda (bersamaan dengan 1 botol besar coke)
air (dicampur air kelapa jadi 3 liter atau 2 botol coke) (Lain kali buat nak tambah 1 cwn air)
200 gms gula
isi kelapa muda yang telah diracik

CARA

Didihkan air yang telah dicampurkan dengan air kelapa muda. Jadikannya 3 liter. Apabila mendidih, masukkan gula, serbuk jeli dan isi kelapa. Biarkan gula dan serbuk larut. Kemudian padamkan api.
Tuangkan ke dalam bekas2 dadih atau yang sewaktu dengannya.
Biarkan sejuk baru dimasukkan ke dalam peti ais.
Sedap dimakan sejuk.



4 comments:

Irfa said...

tgk pun dah rasa sejuk kat tekak ;)
saya kalau beli mesti 10cup,,.baru cukup

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

salam kakjee..minta 2 bekas kakjee.sedapnye.sini pun panas gak.asik dahaga je tekak ni

Kjee said...

Hehehe. memang dpt sejukkan tekak. Tapi serbuk jeli jenama Happy Grass ni agak 'keras' sikit. Lain kali buat, Kjee nak tambah 1 cawan air supaya lebih lembut.

dayang Citra said...

kenapa kak jee tak antar balik je kelapa yg dia kata muda tu balik kat penjual dia?nampak na menipu..kesian akak nak makan kelapa muda dapat kelapa tua...

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...