Sunday, September 30, 2012

PLEASE ZIZAN, JOHAN. JANGAN BAGI KAMI UWEEKKK!






 semua foto ehsan google 


Malam tadi, kami sekeluarga tonton Konsert Lawak di Astro setelah godek2 cari channel mana nak tengok, selepas MasterChef Malaysia. Sedih sangat sebab dapat tonton setengah jam jer. Pastu habis. 

Kalau tak silap Kjee, rancangan itu dibuat di Singapura. Punyalah ramai artis yang naik pentas. Dapat ker penonton concentrate tengok kalau ramai sangat yang beraksi?

Anyway, Kjee bukanlah nak ulas pasal Konsert itu sebab konsert tu sebenarnya dah basi. Dah lama sangat dan tak tahu dah berapa kali ulang tayang.

Yang Kjee nak citer sikit kat sini ialah pasal Zizan, separuh dari Pelawak No 1 Malaysia. The better half? Separuh lagi Johan. Maaflah. Kalau ada dua2 beraksi barulah Kjee rasa lengkap dan menepati citarasa.

Zizan ni punyalah 'panas' sampaikan dalam sehari semalam, banyak kali kita boleh tengok muka dia. Kejap TV 3, kejap Astro dan lain2 stesyen.

Yang terbaru Kjee dengar, selain tengok muka dia sampai jemu, boleh dengar suara dia pulak jer sebab dia dah disambar pulak oleh stesyen Radio! Yang stesyen radio ni Kjee tak dapat confirm betul2 sebab dia khabarnya dalam proses perbincangan. Perbincangan pasal duit atau jadual kerja, taklah Kjee pasti.

Baguslah Zizan tu sibuk. Bukan Zizan saja tetapi rata2 semua pelawak Tanahair yang popular dan yang tak popular pun sibuk. Khidmat mereka memang sangat2 diperlukan oleh semua pembikin filem, tv dan rancangan lawak. Sebabnya, ramai rakyat Malaysia yang stress. So kena ada banyak rancangan lawak nak bagi mereka hilang sikit stress! 

Dah over exposed!


Tapi dalam ramai2 pelawak tu, Kjee rasa Zizan dan Johan paling diminati. Kedua2nya sempoi deliver lawak mereka. Dan pasti ramai yang tonton Zizan dan Johan bagai menonton diri mereka sendiri. Kjee pun kekadang terasa tempias jugak lawak2 tersebut.

Bagaimanapun, Kjee tak naklah Zizan dan Johan jadi macam sesetengah pelawak yang laris dan popular satu ketika dulu. Macam Apek, Yassin dan juga well, kumpulan Senario! Tenaga mereka diperah hingga kering!!

Dan akhirnya, penonton mula menyampah! Tengok jer muka Wahid, Lan Pet Pet ataupun Azli dalam Senario, jari jemari terus tekan remote control tukar channel lain!! Begitu jugak dengan Apek dan Yassin!! Dah tak eksklusif dan dinanti2kan lagi!!!

Kjee jugak dulu minat sangat Salleh Yaacob. Kjee tahu ramai yang minat dia jugak tetapi sejak dia hebuh satu ketika dulu dengan perkahwinannya yang keempat, ramai dah jadi mual including Kjee. Uweeekkkk tahap gaban Nasib baiklah sekarang dah senyap langsung pasal citer isteri2nya itu. Dah bolehlah sikit2 terima balik si SY ni.

Sepahtu - Jep dan Shuib hebat sekarang

Berbalik kepada Zizan dan Johan. Kjee risau akibat rebut sana rebut sini job, Zizan dan Johan tidak lagi menjadi ekslusif. Nanti sikit demi sedikit peminatnya akan beralih kepada pelawak seperti Jep dan Shuib.

Korang perasan tak pelawak2 rancangan Karoot Komedia sekarang semakin diminati ramai? Rancangan itu sekarang mendapat tempat nombor 1 di hati penonton. Tak percaya? Tunggulah musim barunya nanti di Astro. Babai.





4 comments:

kisahkasihkita said...

hmmm, ingtkn kjee dh xsuka dgn lawak dorg.. betul laa tu.. dh salu sgt hadap, lama2 nnt bosan pulak..

kenanga said...

Salam KJee.

Well great minds think alike! The only different is you penned it down in your blog whilst I just utter it on ny lips. Baru je dua tiga hari lepas saya cakap dgn anak yang Zizan dah over exposed. Sana sini asyik muka dia. Saya bukanlah peminat tegar Zizan dan Johan tp jaranglah jugak missed tengok persembahan dia org. I think Johan is so much better than Zizan. Lawak dia dalam Karoot Komedia memang menjadi sungguh. Zizan on the other hand, wpun lebih cerdik drp Johan dr segi intelektual tp lawak dia dah tepu dan x berkembg. And you are absolutely correct KJee yg penerbit radio ke, tv ke, filem ke suka kerah tenaga org sampai kering. Betullah dia org bg job kat pelawak tp pelawak pun berpada2lah jgn sampai jatuh terhempap dan terpinggir terus dalam. Kalau boleh biarlah evergreen je...

Kjee said...

Salam Kenanga,

sometimes we have to tell them the truth although it hurts. hehehe

dayang Citra said...

saya ingat sy sorang je dah menyampah rupa2nya ramai juga yg mempunyai pendapat yg sama.semoga dia org terbaca blog kak jee dan sedar sebelum terlambat.

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...