Wednesday, September 12, 2012

ROTI JOHN LAMB BURGER



Malam tadi, mood nak keluar makan memang tiada. Lepas tengok Buletin Utama, Kjee terus ke dapur. Kjee dah keluarkan sekotak kecik Lamb Burger jenama Dara bif sebelum Maghrib.

Kalau nak beli apa2 product burger Dara Bif, kena tengok kotak dia betul2. Bukan masalah halal ke haram tetapi dia ada jual burger for kids. Kenit2 jer. Maklumlah untuk tekak budak. Kjee dah terkena. Beli dua kotak kat Jaya Grocer hari tu. Bila nak guna, heran tengok pattie burger tu kenit2. Rupa2nya, burger untuk kids!

So, kerana ada sekotak lagi Lamb Burger, Kjee pun beritahu Unclepali nak buat Roti John jer. 

Dan hasilnya, lihatlah gambar. Kjee buat version sendiri guna roti ala hot dog sementara Unclepali pulak guna roti baguette (roti perancis).

Ini Roti John sendiri punya resipi tau. Entah betul ntah tidak tetapi dah settle dah malam tadi. Sedap. Roti John ala Jawa. Hehehe.

ROTI JOHN 

INTI

daging lamb burger (Kjee guna Darabif sebab kurang lemak)
1 pokok daun bawang
sedikit rempah daging Babas
sedikit cili Flakes (Kjee guna jenama Thai)
telor
roti hotdog
butter/marjerin

Roti John Unclepali. kenyang giler boleh pengsan makan satu camni. Hehehe














CARA

Hancurkan daging burger. Kemudian masukkan sedikit rempah kari daging dan juga cili flakes. Kalau nak pedas, bubuhlah banyak mana suka. Kemudian masukkan hirisan daun bawang. Gaul rata. Kemudian panaskan sedikit jer minyak ke dalam kuali. Kalau guna daging burger Ramly, tak perlu bubuh minyak sebab dagingnya sudah banyak lemak.
Goreng sampai masak. Keluarkan.
Pukul telor. Sukati banyak mana nak letak. Kjee guna dua biji, Unclepali guna 3 biji! Pukul telor dalam mangkok dan bubuhlah inti daging tadi. Banyak mana ikut sukalah. Lagi banyak lagi sedap. Gaul sampai rata.

Panaskan kuali leper. Belah dua roti hodog. Tak payah sampai putus. Sapu sedikit butter atau marjerin dan grill atas kuali hingga sedikit garing. Tepikan.
Guna kuali sama, bubuh sedikit jer butter. Bila panas, curahkan telor dan inti lamb burger. Perlahankan api. Apabila telor sudah hampir kering, tekupkan roti keatasnya. Kemudian gunakan sudip dan alihkan ke pinggan dan kepitkan.
Sedap makan dengan sos cili atau Mayo.  

Ini cara Unclepali grill roti dia. Kelakar kan! Hehehe


4 comments:

mala said...

Darabif lamb burger ni mmg sedap.

Nana said...

tak pernah dengar Darabif ni...
roti john tu nmpak menarik sgt...

Irfa said...

DULU SGT IGT SUSAH SGT NAK BUAT ROTI JOHN NI
TAPI BILA PERATI BETUL2 BUKAN SUSAH MANA PUN
BULAN POSA JE SAYA BELI ROTI JOHN..HEHE

FARAH deeb said...

Hahahaa.. klaka pulak nengok batu giling atas roti tu...
My latest Entry :)
Jamuan Ghayer Opis Tahun

Ni

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...