Thursday, December 27, 2012

CREME BRULEE VERSI KJEE























Masa UnclePali beli torch untuk modify 'Big Boy Toy' dia hari tu, beliau tanya Kjee samada nak buat Creme Brulee (CB). Nanti dia tolong bakarkan gula on the top of the CB. Kjee sengih jer. UnclePali ni, sejak rajin tengok Masterchef US, bukan main suka nak suruh Kjee try recipe baru.

Kjee pun google cari resipi CB. Tak susah. Berlambak2 resipi yang boleh dijadikan panduan. Cuma kena pandai pilih yang highly rated. Taklah kecundang bila menerai.

Selepas tengok beberapa resipi yang dimuat naik omputih seluruh dunia, Kjee kerut kening. Kena guna heavy cream? Ohh tidak!! Nadia takkan sentuh kalau ada banyak cream. Fattening Mama, dia selalu ingatkan Kjee.




Tapi dek tak mahu kalah dengan cabaran UnclePali supaya buat CB, Kjee pun fikirlah bahan2 yang boleh diadun nak buat dessert itu. Masa pergi makan di Italian Restaurant Porto Romana a few months ago, Kjee tak perasan UnclePali ada order Creme Brulee. Masa tu Kjee tengah seronok menikmati Prawn Bisque. Dia makan CB sorang2 sampai habis!

Kata UnclePali, texture CB lembut sangat. Tak macam egg caramel. Apabila di 'crack' (pecahkan) lapisan gula atas CB tu, kaup dengan sudu creme yang lembut sangat, katanya. Lembut? Hmmm itu bisa diatur dong beresnya belum tentu.

So semalam Kjee pun mulalah projek kat dapur. Kjee guna 4 biji telor (grade B). Kjee pecahkan dalam mixing bowl dan bubuh 1/4 cup (lebih kurang 2 sudu kot) gula perang atau soft brown sugar. Pastu pukul sampai gula hancur. Masukkan 3 cups fresh milk (Kjee guna low fat) dan 1 cup evaporated milik. Kjee bubuh jugak secubit garam dan 1 sudu besar esen vanilla.

Belum di'torch'. Warna keemasan sebab Kjee guna soft brown sugar



Kacau sampai sebati. Pastu tapis. Lepas tapis Kjee tuangkan dalam beberapa biji ramekins. Kemudian Kjee susun ramekins tu dalam tray/baking pan dan masukkan ke dalam oven yang telah dipanaskan 180 darjah. Kjee curahkan perlahan2 air panas hingga menutupi separuh ketinggian ramekins. Bake selama 1 jam atau sehingga sudah set.

Sejukkan. Bila dah sejuk baru masuk peti ais. Bila nak makan, Kjee tabur sedikit gula diatas permukaan CB dan UnclePali tolong torch.


Nak torch kena hati2. Besar apinya, jadi hangit!


Ewah sedaplah. Tak payah guna cream yang mengembangkan body.

Itulah kalau kita reti nak adjust sendiri bahan2, tak perlu susah payah nak kena masuk hutan keluar hutan cari bahan, kan? Amboi mentang2 rumah kita dalam hutan hehehe.

Creme Brulee Kjee warna keperang2an sebab Kjee guna soft brown sugar. Kalau guna gula putih elok titiskan sedikit pewarna kuning. Pasti cantik. But who cares! Soft Brown sugar taklah manis sangat macam white sugar.

Korang nak follow recipe Kjee, no prob. Kalau tidak, korang google jer lah. Kalau korang tak ada torch, tak reti2 nak beli ker? Or follow macam HaSue yang tabur gula atas CB yang dah masak dan masukkan ke dalam oven hingga gula tu a bit hangus. Suka hati koranglah.

Yummy...

2 comments:

Hasnah Rahimah Rahim said...

Yummy Sis.....this is my daughter' favourite.....

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

Salam, Kak Jee. meronta2 hati ni nak mencuba. Sy dah banyak cuba resepi yg telah dimodified & dipermudahkan oleh kak Jee & ia tak pnah mengecewakan. Tapi sy kena belilah torch tu, kan.. takkan nak guna lighter dapur gas, hehehehe..

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...