Pages

Wednesday, May 22, 2013

TELOR SEPARUH MASAK TENGGEK ATAS ROTI BAKAR. HEHEHE










Dah lama tak buat entry Egg On Toast atau Egg Benedict atau Telor Setengah Masak Tenggek atas Roti Bakar. Eh kelakar pulak bunyinya kan!

Apupun, ini antara bekfas yang amat menyelerakan Kjee. Yang buat ia lebih sedap ialah sebab bukan Kjee yang buat. Siapa lagi kalau bukan my beloved husband, UnclePali. Bukan Kjee malas nak buat, tapi dia suka lak nak buat. Jangan kacau dapur kalau time sarapan. Hehehe.

Senang je nak buat tapi kalau tak cekap, telor tu tak jadi cantik macam yang UnclePali buat. Hari ini UnclePali guna Cosway Egg Boiler pemberian my dear MamaFaMi last year.

Kalau tak ada egg boiler tu, buat jer cara ni.

UnclePali set timer 8 minit jer. Dia guna air panas yang mendidih 100%. Kalau air panas suam2 kuku, tak payah ler.

Sorry Mala, cilok gambar. Hehehe malas nak snap sendiri

Masa menunggu 8 minit, UnclePali grill roti yang Kjee beli di Jaya Grocer hari tu. Rasa roti yang dibubuh bijiran (seeds) itu, macam buat sendiri kat rumah. Harga toksah tanya...dah lupa. Actually boleh toast jer dalam toaster tapi Kjee lebih suka di grill. Boleh guna Roti Gardenia.

Kemudian apabila telor tu siap, keluarkan telor dari bekas boiler tu, pecahkan dalam cawan/mangkuk dulu. Kemudian baru tuang pelan2 atas roti. Barulah hasilnya cantik.

Kjee rajin buat Roti camni sejak makan di gerai food court Roti Bakar Corner milik Hayati Khalib di Tambun, Ipoh. Sedap sangat. Kalau korang ke sana, jangan lupa singgah makan Roti Bakar Tenggek Telor. Sedap. Dia guna roti benggali. Baca sini.


4 comments:

MamaFaMi said...

Salam Kjee...

Apa khabar? Lama tak tegur Kjee. Main baca lalu je tanpa meninggalkan jejak. Harap Kjee sihat-sihat aje.

Nama hidangan Kjee ni memang kelakar, leh pulak terur separuh masak dok bertenggek atas roti... hehehe... tapi nama tu tak penting, yang penting, keenakan makanan tu kan. Yang paling best, ada pulak yang tolong buatkan. Kita tinggal ngap je... :)

Kjee said...

Wkmsalam MF.
Judul bikin gemaq. Kahkahkah

Ibu Lala said...

Sedap sedap. Anak sy suka ni.

Anonymous said...

ni namanya roti aladdin kt penang

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...