Pages

Tuesday, June 4, 2013

ALFATIHAH. PERGINYA SEBUTIR BINTANG - S SHAMSUDDIN






PETALING JAYA: Pelawak veteran S. Shamsudin, 84, meninggal dunia kira-kira pukul 10.30 pagi Selasa di Hospital Alexendra, Singapura akibat sakit tua dan paru-paru berair.

Berita pemergiannya Allahyarham itu disahkan oleh pelakon Datuk Aziz Sattar yang merupakan rakan artis seangkatannya ketika mereka memulakan kerjaya lakonan di studio Jalan Ampas, Singapura.

"Allahyarham meninggal dunia pada pagi tadi (Selasa) di hospital dan telah dibawa ke kediamannya di Bukit Batok, West Avenue, Jurong, Singapura.

"Sudah lama dia menderita sakit paru-paru berair. Moga saya sempat melawatnya sebelum dikebumikan," katanya ketika dihubungi mStar Online yang berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Subang, untuk berlepas ke Singapura.

Tambah Aziz, pada mulanya dia terkejut apabila diberitahu oleh anaknya bahawa Allahyarham telah meninggal dunia namun beliau reda dengan pemergian itu.

"Saya terkejut apabila mendapat tahu dia dah pergi, cuma berasa sedikit ralat kerana tidak dapat bertemu dengannya sebelum dia meninggal dunia.

"Kali terakhir sekali saya melawat Allahyarham iaitu pada awal tahun ini. Ketika itu dia sudah pun uzur," ujarnya.

S. Shamsudin atau nama sebenarnya Sahamsudin Dali dilahirkan di Pasir Panjang, Singapura, memulakan aktiviti seni pada 1948 dalam filem Chempaka sebagai pelakon tambahan.

Kerjayanya sebagai tukang kayu di studio Jalan Ampas membuka peluang untuk beliau meneruskan kerjaya seninya selepas diterima berlakon menerusi filem Aloha pada tahun 1950.

Beliau yang dikenali dengan nama Pak Sudin terus mencipta nama apabila terlibat dengan filem-filem lakonan bersama Tan Sri P. Ramlee seperti Bujang Lapok, Ali Baba Bujang Lapok, Nujum Pak Belalang, Seniman Bujang Lapok dan Penyamun Tarbus.

Allahyarham telah berkahwin dengan Puteh Esmoon pada tahun 1954 dan mempunyai tujuh orang anak.

Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Lim Chu Kang, Singapura pada Selasa. - mStar Online

1 comments:

Irfa said...

alfatihah utknya

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...