Wednesday, June 19, 2013

MAAF... KEGUNAAN 'POTTU' BUKAN SEKADAR HIASAN!



Foto2 ehsan cik google




Malam tadi Kjee tengok MasterChef Selebrity sebab nak tengok siapa yang tersingkir dan siapa masuk finals. Rupa2nya masih ada tiga episod lagi sebelum final. Dan tiada penyingkiran hingga hujung episod ke-4 itu.

Tak kesahlah. Lagipun, setakat hujung minggu lalu, dah hebuh siapa masuk final, dah siapa juara. Kononnya, finals rancangan itu telah dirakamkan baru2 ini di KLIA. Ada yang nampak rakaman itu, justru hebuhkan di Facebook.

Sahih ke tidak, Kjee tak tahulah. But kecewa jugak apabila diberitahu Syura jadi Juara, Celina kedua dan Rozita Che Wan, ketiga. Jadi korang tahulah yang Kencana Dewi gagal masuk final.

Anyway, bukan kesah juara ke tidak yang mahu Kjee story kat korang. Ini pasal rancangan tersebut yang disiarkan kelmarin (Selasa 18 Jun).

Ketika melihat kelibat keempat2 peserta masuk melalui pintu besar dapur Masterchef tu, Kjee senyum lihat semuanya memakai baju tradisional India iaitu Saree. Agaknya minggu depan dia orang pakai baju Cheongsam dan baju kurung. Final pakai Arab lah. Hehehe.



dari FB Masterchef Selebrity






Tetapi apabila close-up muka Syura yang bertudung hitam dan tutup aurat walaupun memakai saree, hati Kjee tertanya2. "Eh apasal dia pakai pottu kat dahi dia?!!"

Pottu bukanlah budaya India tetapi kepercayaan Agama Hindu. Dulu2 Pottu yang mereka gunakan adalah dari abu mayat!!

Kjee pun google cari apa2 yang boleh dijadikan bukti apa yang Kjee tulis ini. Dan antara yang Kjee temui ialah:

 "The tilak or pottu invokes a feeling of sanctity in the wearer and others. It is recognized as a religious mark. It form and colour vary according to one's caste, religious sect or the form of the Lord worshiped.- sumber Blog Guru, The Remover of Ignorance

Kjee kemudian menerima panggilan telefon dari seorang bekas wartawan kanan sebuah akhbar Perdana yang turut meluahkan keprihatinan beliau mengenai apa yang dipakai oleh Syura dan Rozita Che Wan.

"Teringat saya dulu masa arwah Sudirman dan Noor Kumalasari mengambil bahagian dalam rancangan Hiburan Minggu Ini. Noor dan Sudir pakai baju tradisional India untuk satu lagu Tamil. Noor pakai 'pottu' masa rakaman tapi masa disiarkan di TV, segmen lagu itu telah dipadamkan," katanya lagi.

Wartawan itu bagaimanapun, berkata tidak salah nak pakai baju tradisional India tapi mereka yang menyediakan pakaian dan juga aksesori, harus peka terhadap sensiviti Agama. Apatah lagi Syura memakai tudung!!

Kjee pernah jugak dengar sedikit kekecuhan apabila Tiara Jacquelina memakai 'Pottu' dalam filem Puteri Gunung Ledang. Tetapi apabila dibangkitkan hal ini, Tiara berkata ia hanya hiasan. 

Sedarlah... jangan jadikan Pottu sekadar hiasan. Kjee pasti kaum India pun tidak suka kalau bende yang menjadi amalan agama mereka dijadikan perhiasan!

Diharapkan artis atau sesiapa sahaja yang ingin mengenakan pakaian tradisional especially sekarang kalau ada Family Day, Konsert Tadika dan sebagainya, pun ada tema Bollywood, sensitif sedikit mengenai kegunaan apa2 aksesori yang bertentangan dengan Agama Islam.








4 comments:

  1. Salam kjee...yf agree sgt ngan kjee, sepatutnya sebagai artis depa kena lbh peka sebab depa ni ade pengaruh dan juga follower yang rata2 nya adalah melayu. hopefully pasni depa lbh peka dengan sensitivities sesuatu kaum itu. tapi nak buat lagu mano kan nasi dah jd bubuq, terlajak perahu boleh diundur tp kalo dah terlajak perbuatan/percakapan hurmm paham2 sudah..Tak gituw kjee ihiik ^^

    ReplyDelete
  2. betul tu kak jee.. pottu bukan sekadar hiasan.

    ReplyDelete
  3. Pottu/bindi adalah kepercayaan agama hindu dan jugalah budaya orang india.di negara kita juga dapat lihat prempuan India yang yang beragama ISLAM Dan KRISTIAN memakai pottu,sari,meletakkan inai Dan juga memakai kalungan Bunga pada rambutnya

    OLEH ITU, memakai pottu adalah sama seperti memakai pakaian sari Dan meletakkan inai (henna) di tangan dari segi "BUDAYA" orang india

    ReplyDelete
  4. Kalau macam itu kaum melayu tidak sepatutnya memakai henna (inai) di tangan dan mengamal cara perkhawinan budaya kaum melayu kerana inai Dan amalan budaya perkawinan melayu juga adalah kepercayaan agama "HINDU"

    ReplyDelete