Sunday, June 16, 2013

KERABU KAKI AYAM PEMBUKA SELERA



Disebabkan tiap kali order, pelayan kata dah habis, Kjee terpaksa buat sendiri. Habis tu camner kalau tekak dah teringin sangat kan!

Kjee tak pernah buat Kerabu Kaki Ayam sebelum ini. Bukan susahpun resipinya. Pada Kjee, apa jer Kerabu sama cara membuatnya. Pandai2lah adijust sendiri kan!

Kjee selalu jugak buat Kerabu Mangga. Dan kalau ikutkan tekak Kjee, Kerabu Kaki Ayam ni sikit lebih kurang sama resipinya.

Tadi Kjee buat guna 10 pasang kaki ayam. Setelah dicantas kukunya, Kjee rebus selama sejam. Ada kata lebih elok guna pressure cooker tapi tadi malas pulak yang keluarkan periuk yang berat tu. Kalau guna pressure cooker, 20 minit dah lembut.







Lepas rebus kira2 sejam, Kjee rendam pulak kira-kira 20 minit dalam air sejuk. Kemudian Kjee guna pisau tanggalkan kulit kaki ayam dari tulangnya. Hiris kasar2.

Pastu hiris 1 labu bawang besar bulat2, 1 batang serai, cili padi ikut kepedasan, bunga kantan dan daun kesom. Kemudian Kjee petik2 daun ketumbar dan campurkan dengan semua bahan2 hiris tadi. Kena hiris halus2 especially serai tu.

Kemudian sediakan pulak sosnya. Kjee guna 5 biji limau kasturi. Rasanya lebih sedap kalau guna limau nipis. Perah jusnya dalam mangkuk kecik. Bubuh 1 sudu besar sos nampla, 1 sudu besar gula dan secubit garam. Kacau sampai rata.

Masukkan kulit kaki ayam bersama bahan2 hirisan. Gaul sampai rata. Kemudian curahkan sos dan gaul lagi sampai rata.

Itu jer. Senang kan? Kalau nak cuba, silakan lah. Hehehe. Oppss rasa2nya kalau ditumbuk udang kering pastu dicampurkan sekali, okay jugak kot. Hah lain kali nak buat cam tu.

Rasanya mesti cukup masam, manis dan pedas.







Related Posts:

  • BUBUR NASI ATAU CONGEE ATAU NASI AIR Masak simple jer untuk dinner tadi. Bubur kosong atau congee (kanji) atau nasi air. Lauknya pulak, masak apa saja yang jumpa dalam fridge. Siang tadi, masa nak balik dari Mesjid India selepas beli tudung un… Read More
  • SPRING ROLL VIETNAM/THAI innity_pub = "d1dc3a8270a6f9394f88847d7f0050cf"; innity_cat = "FOOD_DINING,MALAY,WOMEN"; innity_zone = "19553"; innity_width = "**"; innity_height = "**"; innity_country = "MY"; innity_pub = "d1dc3a8270a6f9394f888… Read More
  • BLUE CHEESE RASA BASI BUT I LIKE!!! Lepak depan tv ngan Unclepali dan Nadia. Dia orang tengah movie pasal Red Sox. Habis jer movie, tetiba rasa lapar. Baru teringat malam ni belum dinner. Tadi lunch kul 4.30 petang di Craven, Bukit Antarabangsa. … Read More
  • WAJAH BARU RAMEKINS DAN ACUAN ROTI JALA Stok baru Ramekins dan Botol Acuan Roti Jala kini dalam wajah baru. Stok ramekins kini hanya dijual dalam saiz 3.5 inci atau saiz M. Kalau dulu saiz 3.5 inci tingginya 4.5 cm, stok yang baru sampai didatangkan dengan ket… Read More
  • BUBUR LAMBUK KAMPUNGKU Akhirnya, jadi jugak Kjee buat bubur lambuk Kampung Baru. Kampung Baru tu kan kampung halaman Kjee. Tapi heran jugak yer, tak pernah minat nak buat bubur yang sefemes seantero Malaya tu especially masa bulan Pu… Read More

4 comments:

  1. memang favourite saya ni kakjee.tapi memandangkan nak merebusnya tu makan berjam-jam aduh tak sanggup daku

    ReplyDelete
  2. saya tak pernah makan kerabu kaki ayam, selalu makan sup kaki ayam.. mcm best jer buat kerabu ni

    ReplyDelete
  3. Sarawak is famous for its food as studs fish, squid, fruit, etc. .. I have created these recipes for years .. maybe you can try it in a different way .. please add my FB rockford_matthew .. .. you can see the menu and the recipes in my cooking album .. Kerabu (Umai)Kaki Ayam Versi Sarawak..

    ReplyDelete