Wednesday, June 12, 2013

TAHNIAH BADE... YOU'RE ONE OF MY FAVORITE!!





Mungkin belum terlewat untuk mengucapkan tahniah kepada pengarah favorite Kjee dan UnclePali, Badaruddin Haji Azmi atau Bade. Beliau memenangi award Pengarah Terbaik serta karyanya Miang Buloh Keladi Birah diangkat Telefilem Terbaik di Anugerah Tribute P Ramlee baru2 ini.


Diam2 ubi berisi. Bade bukan karyawan seni yang seringkali jadi buruan wartawan hiburan. Dia tidak mengejar glamour macam sesetengah pengarah. Tetapi setiap hasil kerjanya, seringkali tidak mengecewakan!

Dialah salah satu dari dua pengarah yang boleh buat Kjee ke pawagam untuk membeli tiket untuk menonton filem Melayu. Seorang lagi Mamat Khalid. Maklumlah, dari muda lagi Kjee hanya tonton wayang free atas tiket sebagai wartawan.

Kjee kenal ayahnya Haji Azmi (kini arwah) jauh lebih dahulu daripada Bade. Haji Azmi seorang jurukamera hebat di RTM diawal tahun 70-an.

Apabila Kjee bertugas sebagai Pengurus Perhubungan Awam dan Pemasaran syarikat filem Pengedar Utama, Kjee baru mengenali Bade ketika syarikat kami mengeluarkan filem Pelumba Malam. Bade bertindak sebagai Jurukamera Filem ketika itu.

Tetapi Bade bukan insan yang senang didekati. Dia tidak sombong tetapi agak berat mulut dan mungkin pemalu. Nak senyum pun susah. Jadi Kjee pun taklah berani mendekatinya untuk bersapa.






Bagaimanapun, semasa Kjee meniaga di Food Court Anjung Melawati pada tahun 2005 dulu, Bade, Erma dan keluarganya antara pelanggan tetap kami. Hampir setiap pagi Bade akan singgah bersama2 anak bongsunya Ain setelah menghantarkan Citra (kakak Ain) ke sekolah berhampiran. Sebelum balik, dia akan minta bungkus Kway Teow Beef Ginger untuk Erma.

Kalau datang sendirian, sebungkus nasil lemak dan segelas teh tarik kegemarannya akan menjadi penemannya sambil dia mengelamun seorang diri. Dan akhirnya satu hari Kjee berjaya jugak menjadi teman bersembang Bade. Apabila Bade sudah bukak mulut, rupa2nya dia susah nak berhenti bercakap. Hehehe.

Tapi Bade tak propa macam sesetengah pengarah. Kalau tak ada apa2 yang menarik untuk dibualkan, Kjee lihat Bade lebih suka menyendiri. Atau lebih suka bercerita mengenai anak2nya.

Bade menang bersaing dengan  ramai pengarah termasuk Erma Fatima, his wife of 25 years. Erma juga pengarah yang Kjee kagumi kerana selama ini berjaya mengangkat banyak kisah2 masyarakat yang menyayat hati untuk dijadikan karya seninya.

Dan Kjee kagum dengan sikap pasangan suami isteri ini dalam mengejar cita2 dalam bidang yang mereka pilih ini tanpa menyimpan perasaan iri apabila dua2 bertanding untuk mengejar anugerah yang sama!

Dah dekat dua tahun Kjee tak jumpa Bade dan juga Erma. Last jumpa Bade kat Hotel Singgahsana, PJ apabila beliau datang bersama anak2nya Ain dan Citra untuk jumpa Kjee sebab nak beli Transfer Factor. Sehari sebelum itu, Kjee terserempak dengannya ketika dia shooting di Amcorp Mall, PJ. Baca sini.

Rindu sangat nak berbual disamping memeluk kedua2 puteri kesayangan mereka Citra dan Ain. Walaupun tak jumpa, Kjee sering jugak lalu di hadapan rumah pasangan ini di Taman Melawati. Seringkali jugak panjangkan leher untuk mencuri pandang kelibat mereka.

Mudah2an Bade akan terus berkarya. Dan jugak satu hari nanti Bade dapat bergabung dengan Erma untuk menghasilkan karya filem yang akan menjadi perbualan dan dikenang hingga bila2. Dan Insya Allah karya itu diiktiraf pula sebagai sebuah karya agung!

Kalau nak cerita lebih detail, bacalah kisah kemenangan Bade di Anugerah Tribute P Ramlee yang disiarkan dalam akhbar Utusan Malaysia disini.






1 comment:

  1. Salam, Kak Jee. saya salah seorang peminat karya mereka berdua & Erma sendiri amat saya minati sejak dia berlakon lagi. Tentu anak2nya dah besar panjang, kan.. ada gambar takk?

    ReplyDelete