Saturday, June 8, 2013

GULAI TEMPOYAK TENGGIRI BUNGA







Hari ni Kjee masak gulai tempoyak. Ramai mesti kata ek eleh tak heranlah kan! Tapi bagi Kjee ia satu gulai yang cukup eksotik. Dan Kjee memang tak berani memasaknya sebab takut tak sedap.  Kali pertama Kjee buat cair sikit. Lihat sini.

Tapi hasil percubaan kali kedua ni, my princess puji sedap! Dia kata sama macam makan kat Temerloh hari tu!

"Pandailah Mama buat," tambah Nadia yang buat Kjee kembang kuncup!!

Tadi Kjee buat gulai tempoyak ni guna ikan Tenggiri Bunga. Korang kenal kan Tenggiri Bunga. Species tenggiri yang kurus panjang. Yang satu lagi Tenggiri Papan. Itu lebar dan isinya mantap sikit. Tapi Kjee lebih suka isi Tenggiri Bunga. Lebih manis.

Kjee buat terlebih pedas sebab masa makan kat Temerloh hari tu, sampai berpeluh2 menahan pedas. Hidung pun meleleh tak henti2. Boleh terasa kesedapannya hingga ke hari ini.





Anyway, untuk masakan hari ni, Kjee tak bubuh daun kesom sebab ada 3 batang bunga kantan. Ada orang buat gulai tempoyak ni bubuh bawang tapi Kjee hanya bubuh cili api sahaja. Sebaik sahaja cili api ditumbuk halus, Kjee masukkan 2 hingga 3 sudu tempoyak dan ditumbuk jugak sampai halus.

Dulu Kjee tak tahu cara tumbuk tempoyak ini bersama cili api dalam lesung. Rupa2nya ia untuk mengelakkan tempoyak daripada bergentel ketika menjerangnya.

Kalau bubuh kunyit hidup lagi sedap tapi tak ada stok kat umah. So Kjee guna jer kunyit serbuk. Sama jer rasanya. And then campak lah jugak 1 atau 2 batang serai.

Kuahnya ikut kepekatan yang korang nak. Tadi Kjee jugak tak bubuh asam gelugor sebab tempoyak dah sedia masam. Kjee buat kuahnya pekat sikit hari ini berbanding kali pertama dulu.

Apa lagi nak story. Hah ini ada satu rahsia pasal tempoyak tu. Korang janganlah ketawa. Tempoyak ni Kjee buat dua tahun lalu! Lihat sini. Kjee simpan elok2 dalam balang kaca dan simpan dalam peti ais. Tempoyak tu dah ikut Kjee duduk di 3 buah rumah!

Apapun, rasa2nya masih elok lagi. Tapi kalau ditakdirkan nak mati sebab makan tempoyak 'terlebih usia' jangan lupa sedekahkan Al Fatihah untuk Kjee dan Nadia. UnclePali selamat sebab dia tak makan. Hehehe.









Related Posts:

  • BETIK MENGKAL LEMAK PEDAS Pagi tadi masa goreng jemput2 pisang kat my wet kitchen di luar rumah, Kjee ternampak banyak betik dah masak kat pokok. Selalunya belum sempat masak dah habis dikerjakan sang kera. Manalah mereka? Tak la… Read More
  • KARI AYAM TANPA SANTAN Kalau buat kari, baik ayam atau daging, Kjee selalu buat banyak-banyak. Bekukan dalam fridge. Nak makan, masuk jer dalam Microwave. Lauk ni cukup versatile. Boleh makan dengan apa sahaja selain nasi. Gerenti sedap. … Read More
  • SINGGANG IKAN KEMBUNG SAMA BUDU Apabila masak Singgang, teringat arwah Bonda. Satu hari Kjee temankan beliau ke klinik. Doktor sarankan Bonda makan singgang. Tak ingat apa masalah kesihatan beliau masa tu. Seingat Kjee beliau ada Diabetes dan Darah T… Read More
  • SIAKAP BERLADA LETAK PETAI Kalaulah hujung minggu, Kjee pasti kukus aje Ikan Siakap ni. Nadia cukup suka Siakap Steam. Dah lama tak buat. Tapi dek kerana working day, maka Kjee pun buatlah Ikan Siakap Goreng Berlada letak Petai. Masa pergi Her… Read More
  • KERABU MANGGA DENGAN AYAM GORENG Ini lunch Kjee tadi. Ratah begitu sahaja tanpa nasi. Bagi Kjee yang memang 'perut kecik', tersangatlah kenyang.  Sebenarnya, tak ada plan pun nak buat Kerabu Mangga Ayam Goreng ni. Awal pagi tadi Kjee ternamp… Read More

1 comment:

  1. eh.. sedapnya..memang.. memang masak gulai asam tempoyak ni memang susah sebenarnya. terlebih tempoyak, pekat kuahnya, tak sedap, terkurang tempoyak, cair, tak sedap kuahnya. Saya dah cuba banyak kali, tapi tetap tak sesedap mak saya masak. mak saya masak memang sedap!!! tapi mak saya selalunya guna ikan patin, sebab kalau kat raub ni, nak-nak kampung saya, kalau gulai asam tempoyak, memang ikan patin, banyak lagi gulai-gulai eksotik yang lama, seperti, gulai kering (daun asam gelugor dengan ikan sungai or ikan air batu), gulai asam tua (guna asam keping +ikan sungai or ikan air batu), gulai asam rebung dengan udang, gulai asam rong belulang dengan pucuk-pucuk.. semua sedap!! hehehe.*sorry terkomen panjang.

    ReplyDelete