Pages

Sunday, June 23, 2013

GARLIC RICE WITH LEMON CHICKEN





Akhirnya berjaya juga Kjee cuba buat Lemon Chicken And Garlic Rice atau Nasi Bawang Putih Bersama Ayam Lemon. Ini adalah makanan kegemaran Kjee dan Nadia kalau ke Kopitiam. Tapi dek kerana dah tak mau pergi ke kopitiam lagi, kenalah buat sendiri kan?

Dalam banyak2 resipi yang Kjee terjah, resipi dari buku At Home With Amy Beh, membuat Kjee teruja nak try. Lagipun, resipi ini kan asalnya makanan orang Tionghua. So kalau nak belajar buat eloklah guna resipi dia orang supaya authentic sikit.

Apabila dah siap masak tadi, Sham datang untuk lunch. Ketika makan, semuanya senyap. Apabila ditanya, semua kata: "Sedapnyaaa!".  Oklah tu. Kira sukes lah kan.




Garlic Rice ni rasanya samalah penyediaannya macam nasi yang dibuat untuk nasi ayam Hainan. Cuma pengunaan bawang putih lebih sikit dari biasa. Amy guna lemak ayam yang dicincang halus. Goreng, biar terbit minyaknya baru dicampur sedikit minyak masak dan tumis bawang putih.

Terjerit Nadia apabila Kjee beritahu Amy guna lemak ayam. "Isyhhh tak payahlah Mama. Tak healthy langsung!! Justru Kjee adjust dan cairkan butter dan marjerin sebagai ganti untuk menumis.

Ayam yang digoreng guna resipi batter dibawah, menghasilkan ayam goreng yang ranggup. Batter yang sama boleh digunakan untuk buat Fish & Chips atau Udang Celup Tepung. Garing sangat2.

Okay jom kita intai resipi Amy Beh.







GARLIC RICE

1 setengah cawan beras Basmathi (Beras Wangi pun okay)
Setengah cawan beras pulut (rendam 1-2 jam)
1 sudu besar marjerin (Kjee guna Planta)
1 sudu besar butter (Kjee guna Anchor)
15gm bawang putih didketuk (Kjee guna 1 labu)
1 sudu kecik air halia
1 setengah sudu garam
setengah sudu  kecik gula (Kjee tak bubuh)
suku sudu kecik lada sulah
2 setengah cawan air rebusan tulang ayam

CARA

Rendam pulut selama 1-2 jam. Kemudian cuci beras dan toskan bersama pulut hingga kering. Rebus tulang ayam untuk buat stok.

Panaskan periuk dan cairkan butter dan marjerin. Kemudian tumis bawang putih yang telah diketuk hingga kekuning2an (jaga jangan hangus). Kemudian masukkan jus halia, garam, gula dan lada sulah. Kaca hingga rata.

Kemudian masukkan beras dan goreng seketika.

Sediakan kukusan. Letak sebuah kaserol atau apa juga bekas pyrex yang dalam, didalam kukusan. Tuangkan semua beras tadi ke dalama kaserol. Lepas tu curahkan sebanyak 2 cawan setengah air rebusan tulang ayam ke dalam kaserol.

Kukus selama 25-30 minit atau sehingga nasi elok masak. Padam api, lerai2 nasi guna garfu dan tutup tudung kukusan. Biarkan selama dalam kukusan 10-15 minit sebelum hidang.






LEMON CHICKEN

BAHAN2
**1.
500 gms daging ayam
Tepung kastad untuk salut ayam

PERAPAN
**2.
Jus dari 1 lemon
setengah susu kecil garam
suku sudu kecil lada sulah
1 sudu kecil gula
setengah sudu kecil minyak bijan

BATTER
**3.
175 gm Tepung Naik Sendiri
50 gm tepung jagung
1 sudu besar tepung beras
1 butir telor (dipukul sedikit)
250 ml air

SOS LEMON
**4.
Jus dari 1 lemon
2 - 3 hirisan kulit lemon (yang kuning sahaja)
3 sudu besar gula
garam secukup rasa
1 setengah sudu tepong kastad dicampur 2 sudu besar air


CARA

1. Campur semua tepung dalam bahan **3 dalam besen. Kemudian buat lubang di tengah2 (make well in centre), curahkan telor yang telah dipukul sedikit dan jugak air. Kacau hingga sebati. Simpan selama 20 minit. Tapis sebelum guna.

2. Potong isi ayam sebesar 4 jari. Perap bersama bahan **2. Simpan dalam peti ais selama 10-15.

3. Keluar ayam yang telah diperap. Golekkan ayam dalam tepung kastad dan celup dalam bahan tepung yang telah dibancuh tadi. Kemudian goreng guna minyak yang banyak. Api hendaklah sederhana untuk memastikan ayam masak sempurna. Goreng hingga keemasan dan toskan minyak.

4. Campurkan semua **4 bahan ke dalam periuk kecil untuk buat sos. Masak guna api perlahan hingga pekat.

Hidangkan diatas pinggan bersama Nasi Garlic dan curahkan sos diatas ayam.

Hidangan ini untuk 4 orang.






10 comments:

intandayani said...

Menarik ni Kak Jee.Nnt bole cuba

Nur Najihah Hamidi said...

nmpk best...suka baca blog kak jee...tiap hri msti nk baca...sempoi je.klu dh wartawan tu cara dia mnulis ttp mnghiburkn....kdg2 some blogger tulis mcm riak pn ada....penulisan kak jee mmg best,mmg lngsung x nmpk ckp bsar




Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

Seda- nampaknya kal jee, pasti nak cuba

Sue said...

Sedapnya kak gee...nanti saya nak cuba

Anonymous said...

Tq kak jee share resepi yg menarik ni !

Anonymous said...

SALAM KAKJEE..DAH LAMA SAYA DUK USHA BLOG KAKJEE NI TAPI JD SILENT READER JER LA.. SAYA DAH TRY BANYAK RESEPI CHINESE FOOD KAKJEE & ALHAMDULILLAH MENJADI.. THANKS A LOT..

Kjee said...

Terima kasih sudi mencuba.

Sazlina Mohd Said said...

Kak gee boleh tak bagi resepi sup ikan strawberi bersusu??

Portal Berita Perak said...

Lawati portal www.bperak.com untuk mendapatkan pelbagai isu semasa luar dan dalam negeri. Terima kasih. Portal Berita Perak.

Anonymous said...

owh....mcm cara masak nasi dagang terengganu ya kak jee. ratio beras ngan beras pulutnya sama. thanks for sharing :)

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...