Pages

Monday, June 17, 2013

HARI KHAMIS TAK ADA AIR PAIP, SO CEPAT2 TADAH




KUALA LUMPUR: Beberapa kawasan di Lembah Klang dan Hulu Selangor akan mengalami gangguan bekalan air pada Khamis ini berikutan kerja-kerja mengganti injap di Pam No 3, Rumah Pam Air Terawat di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1.

Gangguan bekalan air dijangka berlaku dari pukul 8 pagi hingga 8 malam berikutan kerja yang akan dijalankan oleh operator Loji Rawatan Syarikat Pengeluar Air Selangor (Splash), menurut kenyataan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd di sini Isnin.

Pengguna dinasihatkan agar menyimpan bekalan air secukupnya serta menggunakan air secara berhemah sepanjang tempoh gangguan tersebut.

Antara kawasan yang terlibat di Kuala Lumpur ialah Bukit Kiara, Kelab Diraja Selangor, Bukit Kiara Resort, Pusat Sukan Bukit Kiara, Pusat Sains Negara, Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), Suruhanjaya Sekuriti, Bahagian Teknologi Pendidikan dan Pusat Konvensyen Sime Darby.

Kawasan Bukit Damansara meliputi Jalan Segambir, Jalan Belimbing, Jalan Setiabistari, Jalan Setiamurni 1-12, Jalan Setiabudi, Jalan Setiarasam, Jalan Setiaraya, Jalan Setiajaya, Jalan Medan Setia, Jalan Setiabakti, Jalan Setiakasih, Plaza Damansara dan Taman Seri Beringin.

Kawasan Gombak meliputi Bandar Sri Damansara, Kepong Industrial Park, Kawasan Industri Tago, Sunway SPK, Wangsa Permai, Desa Park City, Taman Bukit Maluri, Manjalara Kepong, Desa Aman Puri, Medan Putra, Country Height Damansara dan Sunway SPK Harmoni 3.

Di Hulu Selangor, kawasan yang terlibat ialah Kampung Sungai Serai, Kuang, Kampung Baru, Kampung Melayu Sri Kundang, Kampung Permata, Taman Desa, Bandar Baru Kundang, Kundang Jaya, Bandar Tasik Puteri, Taman Tasik Biru dan Taman Perindustrian.

Kawasan Petaling melibatkan Bukit Rahman Putra, Taman Impian Indah, Taman Sri Putra, Saujana Akasia, Taman Sri Putra Mas, Taman Matang Jaya dan Kampung Matang Pagar.

Sementara itu, beberapa kawasan akan mengalami tekanan air yang rendah iaitu kawasan Segambut meliputi Taman Sri Sinar, Taman Sri Bintang, Taman Bukit Sri Bintang, Taman Prima Pelangi, Taman SPPK Segambut, Taman Segambut, Taman Segambut Permai.

Taman Segambut Damai, Taman Segambut Muda, Taman Segambut Aman, Taman Bukit Segambut, Taman Indah Murni, Taman Prima Impian, Taman Desa, Kampung Segambut Dalam, Kampung Segambut Bahagia, Kampung Segambut Tengah, Kampung Segambut Gate, Kompleks Kediaman Kakitangan Awam Jalan Duta, Kesington Park, Changkat Kiara Bayu, Changkat Kiara Surya, Prima Duta, Menara Duta, Duta Ria dan kawasan Mont Kiara.

Di Petaling meliputi kawasan Kuarters Penjara Sungai Buloh, Kampung Kubu Gajah, Kampung Merbau Sempak, Desa Moccis, Kampung Paya Jaras, Hospital Kusta, Kampung Baru Sungai Buloh (Kampung Baru Cina), Kampung Desa Aman, Saujana Damansara dan Prima Damansara.

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan (PUSPEL)di 1-800-88-5252 atau SMS dengan menaip PUSPEL dan hantar ke 39222.

Maklumat lanjut boleh melayari laman web Syabas di www.syabas.com.my atau menerusi Twitter dan Facebook PUSPEL.- BERNAMA

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...