Pages

Friday, June 21, 2013

JEREBU DI JOHOR TAHAP BAHAYA!











JOHOR BARU: Kualiti udara di Kota Tinggi, Johor semakin buruk apabila Indeks Pencemaran Udara (IPU) berada pada paras berbahaya dengan bacaan 313 pada pagi Jumaat.

Bagaimanapun, menurut Jabatan Alam Sekitar (JAS) situasi di daerah lain beransur baik.

Pasir Gudang yang tersenarai dalam kawasan yang berada pada tahap sangat tidak sihat mencatatkan bacaan 310 berbanding 313 pada malam Khamis.

Bacaan IPU di Muar menurun kepada 183 (tidak sihat) kepada 337 (berbahaya) manakala kualiti udara di Larkin Lama beransur pulih dengan bacaan 190 daripada 219 pada pukul 11 malam Khamis.

Bangunan di beberapa pusat bandar hanya boleh dilihat dari jarak 1km kerana keadaan jerebu tebal.

Orang ramai dilihat mula memakai topeng penutup hidung ketika berada di luar rumah dan bangunan. - mStar Online

1 comments:

Yatie Fizzy said...

teruknya jerebu kt jb..tp kt puchong takde la teruk sgt ke yf yang tak perasan hihihi:-P pada org2 kt jb tu hati2 tau kuar rumah tu pastikan selalu wear mask hokay =)

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...