Pages

Friday, July 12, 2013

AYAM GORENG ALA SZECHUAN




Kjee buat lauk ni semalam tanpa dirancang. Masa Kjee punggah barang2 yang UnclePali beli di Hero Market, terkejut lihat secekak besar daun bawang. Besar2 dan gemuk2 pulak tu. Cepat2 Kjee intai harga. Maklumlah orang lelaki kalau beli mana kesah sangat nak intai harga. Seringit lebih jer! Biasanya dekat 3 atau 4 ringgit!

UnclePali tanya, daun bawang tak boleh dijadikan sayur ker sebab Kjee kata ianya bukan tahan lama sangat walaupun duduk dalam fridge. Kjee pandang UnclePali dan teringat isi ayam berbaki dalam satu mangkuk dari buat Loh Mai Kai. Nak simpan balik tak boleh sebab ayam tu dah direndam dalam air.

Okaylah kalau macam tu Kjee nak buat Szechuan Chicken guna daun bawang tu. Tapi Szechuan Chicken kena letak kacang gajus. Ah tak kesahlah...kita yang buat dia.

So Kjee perap hirisan ayam sebesar satu ibu jari atau bite size itu menggunakan 1 sudu besar sos tiram, 1 sudu besar sos nampla atau kicap cair, 1 sudu besar kicap pekat (boleh guna kicap manis) dan 1 sudu besar tepung jagung. Gaul rata bersama ayam dan titiskan sedikit minyak bijan (kira-kira 1 sudu teh) dan perap selama lebih kurang ½ jam.









Untuk bahan tumis, Kjee ketuk 2 ulas bawang putih, hiris 1 inci halia dan potong daun bawang selebar 1½ inci. Kemudian Kjee potong2 cili kering selebar  1½ inci dan rendam seketika dalam air panas.

Tuang kira-kira 2 sudu minyak jagung ke dalam kuali. Panaskan dan goreng cili kering hingga agak garing. Tepikan. Kemudian menggunakan minyak sama, Kjee tumis bawang putih dan halia hingga naik bau. Kemudian masukkan ayam, besarkan api dan goreng pantas2 hingga ayam masak. Lebih kurang 5-7 minit saja.

Apabila ayam sudah elok masak, masukkan daun bawang. Di golek2 selama 1-2 minit dan masukkan kembali cili kering ke dalam kuali tadi dan gaul rata.

Kalau tak puasa bolehlah rasa garamnya. Semalam Kjee tak rasa tapi habis sepinggan. Maknanya dah cukuplah bahan2 perasa tadi.

Sedap kalau dimasukkan sekali kacang gajus (bukan yang mentah) ke dalam lauk ini. Masa makan, kunyah sekali cili kering tu. Hmmmm terliur pulak. Hehehe.

Selamat mencuba.





1 comments:

Anonymous said...

asalam
kat sini omputih makan mentah je dgn peppers timun salad kosong dipoykng sideways.lenghtwise.
ala ulam style
wasalam

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...