Wednesday, July 3, 2013

BATIK JAWA ORI MADE IN THAILAND!



Semalam, my princess balik dari Tawau, Sabah, setelah tiga hari dua malam disana atas urusan pejabat. Seronok katanya, dapat naik bot tengok perairan sekitar Semporna. Lawa sangat lautnya sampai nampak tapak Sulaiman, ceritanya tak henti2 dalam kereta masa Kjee dan UnclePali pergi menjemputnya di LCCT.

Dah habis bercerita, dia keluarkan beberapa helai kain batik Jawa. Dia tahu Kjee sejak kebelakangan ni asyik kumpul batik jawa free dari my mother in law. Balik kampung jer mesti rembat 5 helai sebab Bonda memang suka sangat simpan stok kain batik Jawa.

Apabila tanya harga, Bonda kata ah tak payahlah bayar. Lagipun dia hanya bayar RM10 sebulan dari orang yang datang menjual di Kampung Ulu Jempul, Pahang.

Berbalik kepada kain batik Jawa yang Nadia beli untuk Kjee. Kjee ambik dan cium. Isyhhh bau yang mencurigakan. Maklumlah arwah Bonda Kjee dulu memang pakar beli batik Jawa. Sekali hidu dia tau kain tu ori atau pelsu!

Nadia pandang Kjee. Kjee tau dia cuak sebab dia bukannya reti sangat nak beli. Dia takut Kjee tak berkenan dengan kaler pilihan dia.

Well, selepas Kjee hidu, Kjee 'ramas2' kain tu dengan jari. "Isyhhh lain macam jer," kata Kjee. Nadia cepat2 tunjuk logo. "Mama yang ini dari Ceribon, Indonesia, kampung arwah nenek Mama dan ini dari Pekalongan, Indonesia, kampung arwah Abah. Orang yang jual tu kata batik Jawa ori!"

 "Ya ke? Mama rasa ini dari Ceribon dan Perkalongan di Thailand!" Nadia terkedu. Kjee tak salahkan Nadia cuma Kjee puji orang Thailand yang sekarang ni dah pandai buat batik Jawa tiruan!!


Ini dari Cirebon kononnya, kampung asal my late grandmother


Dalam masa lebih kurang sebulan, Kjee menerima 5 helai batik Jawa dari my Bonda Mertua dan 3 helai batik Jawa dari Nadia yang bukan original dari Indonesia! Batik pemberian Bonda mertua, siap ada hologram pada logo. Dan batik baik yang Nadia mahupun Bonda punya, siap ada tanda amaran pada logonya agar hati2 dengan product tiruan!!

Kjee tanya berapa sehelai Nadia beli. Mulanya berat dia nak beritahu sebab kalau hadiah, biasanya dia tak nak beritahu harga. Akhirnya setelah Kjee pujuk, dia kata RM13 sehelai. Adoiii patutlah murah!! Biasanya Kjee beli di KL antara RM25 hingga RM35!

Kjee tidak berniat hendak kecilkan hati Nadia mahupun Bonda mertua dengan entry ini. Cuma Kjee kesal macam2 cara orang meniaga 'menipu' sejak kebelakangan ini ya.

Kain batik Jawa ori ada semacam bau yang nak kata wangi, taklah wangi macam minyak wangi. Tapi dye atau pencelup yang mereka gunakan, boleh dikenali hanya dengan menghidu. Selain itu, kain atau material yang orang Indon gunakan lebih halus. Kain yang ditiru oleh Thailand kasar. Tetapi Kjee tabek spring sebab orang Thailand boleh tiru sebiji design batik Indonesia termasuk warnanya.


Batik Jawa Pekalongan tiruan



Kjee seringkali lalu di Jalan Mesjid India, Kuala Lumpur dan nampak banyak kedai2 jual batik Jawa. Dari dalam kereta nampak bergantungan. Kjee punyalah excited dan beritahu UnclePali, lain kali tak payah kecek kat emak dia sebab kat Mesjid India pun banyak.

Hmmm nampaknya lepas ni kena kirim kengkawan yang pergi Bandung untuk beli batik Jawa. Itu pun belum pasti ori sebab pernah jugak Kjee dapat sehelai batik Jawa dari sana yang ala2 Batik Jawa Made In Thailand!

Ramai orang tua2 ssuka menggunakan batik Jawa ori dari Indonesia sebab ia tahan lama. Lagi kerap dicuci, ia menjadi lebih lembut. Ada yang merendam kain batik jawa Indonesia dalam air teh untuk mengekalkan warnanya.

Apa lah salahnya kalau mereka come out dengan batik ala batik Jawa mereka sendiri kan? Kenapa harus menipu!!



4 comments:

  1. Good info kak gee, saya pun memang tak mahir sangat dengan kain kain batik nii,, selalu beli ikut warna apa yang kita nak n nampak cantik aje,, tq for the good info.

    ReplyDelete
  2. saya pon tengah start nak kumpul kain batik ni. saya suka beli batik indonesia kat langkawi sebab murah and banyak warna-warna yg menarik

    ReplyDelete
  3. kalau kain batik doa ibu yg ori tu memang belum berjahit. kalau berjahit, selalunya tak ori. nani biasa beli kain batik doa ibu kat tawau @ sandakan. harga sekarang lebih rm15. itu pun kene beli berdozen2 baru dapat murah.

    ReplyDelete
  4. Im looking for batik jawa long sleeves for men, can recommend any shop in kl?

    ReplyDelete