Tuesday, July 16, 2013

KUASA MEMBELI DI TANGAN WANITA! JOM BOIKOT AYAM!


ehsan google





Tiap kali musim perayaan,  dia tetiba2 femes. Tetiba2 jer harga melambung2 naik. Kenapalah peniaga ni dengki sangat. Kenapalah nak amik kesempatan macam ini??

Kjee rasa korang tahu apa yang Kjee bebelkan pagi2 ni. Bulan Ramadhan tak boleh bebel banyak2. Nanti nipis pahala puasa.

Okay Kjee citer straight to the point yer.

Hari ni dah seminggu kita berpuasa. Dan dah seminggulah Kjee dengar rungutan orang pasal kenaikan harga ayam. Pihak Kementerian yang berkaitan pun sibuk ke sana kemari fikir jalan mengatasinya. Nak keluarkan lebih banyak permit import ayam supaya lebih banyak ayam dapat dimasukkan ke negara kita dan harga jadi murah.

Alahai, saban tahun sama jer story. Ayam import masuk pun, tak murah mananya harga ayam!

Kjee nak tanya. Penting sangat ke makan ayam? Kalau tak makan boleh pengsan, boleh gila atau boleh mati ke? Setahu Kjee ada jugak yang tak makan ayam sebab takut mati. Especially orang yang ada penyakit macam kanser.

Anyway, pada Kjee, senang jer cerita. Kalau barang mahal, jangan beli. Beli yang murah. Takkan semua barang makanan melonjak naik di bulan Puasa?

Kuasa membeli di tangan kita..... WANITA!! Kalau kita kontrol pembelian, penjual terpaksa turunkan harga kan? So tak payahlah2 kita nak tunggu pihak berkuasa fikir untuk kita.

Ayuh kita gerakkan usaha dari saat ini. Kita boikot bukan sahaja ayam tapi apa2 jer yang naik harga di musim perayaan. Tak akan kebulurnya keluarga kita kalau tak makan ayam. Setuju tak?!!

Dah seminggu berpuasa, dah seminggu Kjee sekeluarga tak makan ayam. Hidup pun lagi!!!



13 comments:

  1. Saya beli ayam kat pasar borong Rm7.50 sekilo. Masalah besarnya ayam ni kat rumah sebenarnya ikut tekak anak, kesian pulak kalau buka puasa jamah nasi sikit ja terutama yg kecik. Tapi bukan hari2lah ayam...:)

    ReplyDelete
  2. Tapi masalahnye ayam jela murah dari ikan Kak Jee..huhu semakin rasa terhimpit dengan pendapatan isi rumah bawah RM3000

    ReplyDelete
  3. Dkt kk sabah ayam lg mhl dr rm9..mmg dr thn lalu besa beli yg aym potong part dada ka peha ka..rm11.50 sekilo..kalau bli d supermarket lagi mahal dr tu..tp x sepa pn yg pantau hrga tu...

    ReplyDelete
  4. Kat sekincan rm8.50 sekilo.mahal gla

    ReplyDelete
  5. sampai bila nak boikot kak gee..org2 yg sepatutnya kena pantau dan buat 'kerja'..

    ReplyDelete
  6. sepatutnya menteri buat pemantauan..bukannya suruh boikot semata2..jika boikot ayam..adakah hendak menyuruh rakyat makan ikan dan daging..dgn ikan selar rm16/kg..daging tempatan rm23/kg..mohon kerajaan ambil perhatian..jangan kekayaan negara ini hanya berlegar-legar dikalangan kamu sahaja..

    ReplyDelete
  7. Boikot untuk paksa dia orang turunkan harga apabila jualan mereka tidak laku!

    ReplyDelete
  8. memang SUKAR nak boikot ayam bukan kerana ia lah LAUK paling sedap tapi kerana 'terpaksa'. 1) anak2 suka dan berselera makan nasi kalau ada lauk ayam. 2) ikan dan daging lebih mahal dari ayam dan sekilo belum tentu cukup. 3) boikot terus memang sukar tapi KURANGKAN pengambilan ayam sebagai LAUK .. bolehlah. Saranan saya .. kerajaan patut jadikan penternakan ayam sbg satu industry Negara ... di pantau, di kawal dan di jaga sentiasa dari aspek penyediaan anak ayam, makanan ayam, kawasan penternakan etc .

    ReplyDelete
  9. gunakan kuasa pembeli yang ada pada kita. ambil contoh masa ada kes selsema burung harga ayam turun 5/-+.masa tu rakyat m'sia boleh je tak makan ayam.Nak dgn tak nak je.....

    ReplyDelete
  10. apa punya menteri la..harga ayam pun tak boleh kawal..

    ReplyDelete
  11. assalam kak Jee, x terlambat utk makteh ucapkan selamat berpuasa ya..Ramadhan Kareem

    k.jee, kat Tganu dah lama harga ayam n ikan mahal..baru2 ni, balik kg, p la kat pasar bt 6..pilih punya pilih dpt la ayam yg sederhana besar, bila timbang, mak aii...22 henget you, ambik pula ikang aye, 21 henget plak..aduyai, nak mkn apa camni....ikang selayang yg dulu bole dpt rm 7/8 ..lening dah berbelas ringgit..

    di PG ni, semua bende naik harga....mahal kalau fresh x pa jugak, ni dah boleh masuk wad je..

    ReplyDelete