Monday, July 22, 2013

ROTI BOOM YANG KEBAHBOOOM UNTUK SAHUR





Kita hampir masuk minggu ketiga di bulan Ramadhan. Biasanya dari hari pertama hingga minggu kedua, memang rancak kita bangun sahur. Anak2 yang baru belajar puasa pun tak sabar nak dikejutkan sahur.

Bagaimanapun, sampai ke minggu ketiga, ada yang sudah mula liat nak bangun. Ramai yang sanggup minum seteguk air sahaja pastu cepat2 berlari tidur. Semuanya kerana nak kejar masa tidur.

Ada yang sebelum tidur cek dulu apa makanan yang Ibu akan sediakan sahur nanti. Kalau tidak menepati selera, sanggup tak bangun. Tidur lebih penting.

Tahun ini Kjee berjaya buat UnclePali dan Nadia tak ponteng sahur. Kjee sediakan makanan kegemaran mereka iaitu Roti Boom!








Bukanlah Kjee buat sendiri tapi Kjee beli Roti Boom di gerai Roti Boom Corner yang popular di Jalan AU5D, Keramat. Kjee order roti boom separuh masak. Kemudian Kjee simpan dalam peti ais. Bangun sahur, dipanaskan atas kuali leper hingga garing.

Kenapa beli yanag separuh masak? Well, kalau beli yang cukup masak, nanti ia menjadi garing apabila dipanaskan kembali. Kalau yang separuh masak, ia masih lembut kalau dipanaskan balik. Itu jer. Tapi yang separuh masak ni, tahan dalam peti ais (bukan freezer) selama dua atau tiga hari.

And then masa sahur, kalau ada lauk atau kari berlebihan masa berbuka, Kjee sediakan sebagai cicah. Kalau tidak, susu manis pun jadi!

Mula2 dulu, Kjee sediakan 3 keping untuk kami bertiga. Sorang satu. Sekarang dah jadi 5 keping untuk tiga orang. Ala bukan besar pun Roti Boom. Ala2 saiz telapak tangan. Panaskan atas kuali, bubuh sikit margerin selama 3-5 minit. Balik2kan.

Amacam? Korang tak nak try ke hidangkan untuk suami dan anak2?

Untuk sahur nanti, Kjee dah beritahu UnclePali suruh buat telor separuh masak untuk makan dengan roti boom. Sure kebahbooom! Hehehe.








3 comments:

  1. terliur pulak tgk roti boom ni kak ...

    ReplyDelete
  2. Fav sgt kedai ni. Sedap roti boom dorg. Kak Jee pernah try makan kat That Little Gerai AU5 tak? Any feedback,kak? Blm sempat nk try

    ReplyDelete
  3. Kjee dah tak duduk sg buluh ke?

    ReplyDelete