Wednesday, July 10, 2013

KJEE DIKATA BERDOSA KERANA TAYANG MAKANAN











Rasa macam malas nak tepek menu yang Kjee sediakan untuk sahur mahupun berbuka puasa sebab tahun lepas, Kjee kena bantai kow2. Kononnya Kjee dah melakukan dosa besar kerana tayang makanan di blog ini ketika semua orang sedang berpuasa.

Ada yang sindir2 jugak kononnya Kjee tak puasa sebab tu tak faham sensiviti orang berpuasa!

Ewah, orang yang bantai Kjee tu baik sangat kot. Sekurang2nya dah tiga atau empat tahun Kjee berjaya puasa penuh. Bukan penuh sehari tetapi penuh sebulan! Alhamdullilah banyak pahala Kjee pungut tahun lepas. Hehehe.

Kjee pasti Kjee bukan sorang saja dibantai oleh species2 yang kureng dot dot dot ni. Tapi Kjee rasa ramai kengkawan Kjee baik bloggers masakan ataupun di Face Book jugak terkena sindiran ostazah dan ostad segera tersebut.

Pandai pulak mereka mengajar Kjee...postlah gambar2 makanan sebelah malam, jangan sebelah siang. Pulak! Dia orang ni tak faham2 lagi ke kalau Kjee post sebelah malam, esoknya korang tentu dapat tengok jugak kan?

So tahun ni hati Kjee berbelah bagi samada nak layan species manusia ni atau kengkawan atau followers blog ini. Sebilangan besar mereka bekerja dan amat happy kalau dapat idea apa yang perlu dimasak untuk berbuka dan jugak sahur.

Anyway, Kjee ikut anginlah. Kalau angin Timur Laut datang, Kjee taklah bubuh entri masakan. Tapi kalau angin Barat Daya singgah, barulah Kjee tayang makanan yang Kjee masak yer.

Hari ni, 1 Ramadhan 1434H, Kjee masak Sayur Lodeh Kering Jawa, Asam Pedas Ikan Tenggiri Bunga dan  Telor Asin. Untuk dessert Kjee buat Agar2 Kastad. Itu pun dah kena tegur dengan UnclePali yang tak gemar Kjee masak berjenis2 lauk dalam keadaan kesihatan yang tidak begitu mengizinkan.






Tadi masa ronda2 (intai dari jauh jer) Pasar Juadah di sekitar Taman Keramat dan Keramat Wangsa, Kjee terpandang gerai jual Roti Boom. Sedap kan kalau makan dengan Asam Pedas Ikan Tenggiri? So Kjee suruh UnclePali turun beli 6 keping yang separuh masak. Bila tiba time nak buka puasa nanti, barulah assistant Kjee tolong goreng sampai masak.

Mata Kjee kemudian liar memandang sekeliling dari dalam kereta. Tiba2 mata terpandang gerai jual Satar. Ewah orang mengantuk di sorong pillow. Dah lama sangat2 tak makan satar Ganu. Ohhh tidak!!! Kjee cepat2 turunkan cermin pintu kereta dan tunjuk dua jari. Maknanya dua cucuk lah. Satu cucuk ada 3 biji. Harganya RM2.50 untuk satu cucuk.

Di bulan Puasa, Kjee jarang minum air yang ada ais. So kejap lagi apabila Nadia balik kerja, nak suruh dia buatkan Milo kosong panas.



12 comments:

  1. Kak jee , tempek je boleh gak pahala , bg idea buat saya yang kadang-kadang tak tahu masak apa untuk anak2 yang baru berpuasa ni .....

    ReplyDelete
  2. Salam kak jee..lama sungguh saya tak masak asam pedas ikan...tq kak jee bagi idea :)

    ReplyDelete
  3. Pedulikan..saya yang di perantauan ni lagilah nak baca entry resepi dan makanan macam ni. Saya teringin la nengok asam pedas tu..boleh share resepi tak Kakjee?

    ReplyDelete
  4. menggoda sungguh lauk2 nie...terliur tengok asam pedas tu..

    ReplyDelete
  5. Salam Ramadhan kjee sekeluarga....
    Tak pa Kjee....bantai je bubuh semua gambar2 makanan tu....
    Sekurang2nye boleh juga beri idea apa nak masak utk berbuka kan!

    ReplyDelete
  6. Resipi asam pedas dah banyak kali Kjee ulang tayang. Tapi kalau nak, boleh tengok sini http://www.dapurkakjee.com/2011/05/381-asam-pedas-ikan-pari-dapur-kjee.html

    ReplyDelete
  7. ngada-ngada. tengok sikit je dah terliur. kalau dikatanya post gambar makanan ibarat makan depan orang puasa tu, kenapa bila bukak puasa tak hadap je gambar makanan tu, takpayah nak beli atau pun masak untuk makan.

    kak jee bolayan je puak-puak macam tu. iman dan self-control diorang yang rendah,kita pulak yang kena hentam.

    ReplyDelete
  8. Salam, Kak Gee saya pembaca tegar blog Kak Gee. Kak Gee, persetan dengan kata2 ostad and ostaza segera tu. Saya harap angin barat daya selalu singgah kat Kak Gee. Allah tahu niat kita kan. Memang btul blog Kak Gee sumber inspirasi kaum2 ibu seperti saya untuk memasak. Kadang2 kita x tahu lauk pauk ni dia punya kesesuaian lauk tu dengan lauk apa. Contoh asam pedas diatas memang sesuai ngan sayur tu dan telur masin ya. Nanti saya nak wat lah!!! Anyway I love Kak Gee. Jom g Vietnam ngan Mazidul saya pun tingin nak g. Rynn.

    ReplyDelete
  9. Kjee, org2 macam ni bo layan je..minda tak terbukak langsung..suruh diorang duk je dlm rumah diam2 dan jgn bukak sebarang internet..senang2 je nak jatuhkan hukum dosa pahala kat orang..ishhhhh...from Yati Ghazali..(silent reader)

    ReplyDelete
  10. Hai dah tua2 pon boleh tergugat iman posa tengok gambo makanan ke depa2 tu?

    Dah tau blog Kak Jee salu citer pasal makanan jangan le bukak.

    Dahsat tol makanan menguasai mereka sampai ke bulan posa




    ReplyDelete
  11. KAK JEE PEDULIKAN APA ORG KATA WE JUST SHARE JE ,BUKAN NAK SURUH ORG TELIUR SMPI BATAL PUASA ,SEBENARNYA BLOG YANG PALING DI SUKAI RAMAI TIME PUASA NI BLOG YANG ORG POS GMBR MASAKAN .TAMBAH YANG HOMEMADE MACAM KAK JEE NGAN CHE MAT GEBU .SAYA AKAN SUKA BELEK BLOG MASAKAN UNTUK CARI IDEA MASAK UTK SUAMI

    ReplyDelete
  12. org yang cakap tu mesti baru belajar puasa, sebab tu dia xdapat nak kawal perasaan..
    persetan kan semua tu kak jee..yang penting kami2 yang dahagakan resepi2 sedap ni amat memerlukan kak jee untuk upload dan kongsi resepi...
    selamat berpuasa kak jee

    ReplyDelete