Thursday, July 11, 2013

PUASA KENA BANYAK SABAR...GODAAN DAN COBAAN KELILING PINGGANG HEHEHE


Gambar Hiasan jer tau



Pantang larang ketika berpuasa.

1. Banyak2 berzikir masa suapkan anak2 yang belum baligh, makan. Especially kalau menu mereka ikan goreng dan nasi panas yang dicurah kicap. Perghhh sedapnya.  Jangan pulak satu suap ke mulut anak, satu suap ke mulut ibu. Itu rutin harian hari bukan puasa. Hehehe.

2. Kalau Home Alone, jangan sesekali ke dapur. Kalau terpaksa buat kerja dapur seperti cuci pinggan, buat tak nampak jer saki baki lauk semalam. Masa tulah baru menyesal..."Kenapa aku tak ratah bagi habis roti murtabak..." dan lain lain yang sewaktu dengannya.

3. Habiskan semua makanan berbaki masa buka puasa ketika sahur di dalam peti ais. Itu nak cari nahas namanya especially kalau Home Alone.  Nasi dalam periuk jugak kena kasi abis masa sahur. Nanti puasa jadi Yang Yok.

4. Kalau nak masak untuk berbuka, pastikan ada anak2 temankan. Especially anak2 yang berpuasa supaya saling ingat mengingati!

Itu jer. Yang lain korang fikirkanlah sendiri.

Ini ada kisah benar. Berlaku di sebuah rumah di Teluk Anson masa Kjee kecik2. Tapi taklah kecik sangat. Agaknya dalam lingkungan usia 7 atau 8 tahun. Kjee dan kengkawan pergi mengaji dengan seorang guru mengaji yang terkenal. Kami panggil dia Mami Shahrom (Al Fatihah sekarang dah arwah).

Kami mengaji masa bulan puasa. Semasa kami mengaji, Mami Shahrom yang sudah agak berusia, bangun ke dapur dan suruh kami teruskan bacaan kami. Senyap jer dia kat dapur. Kami jadi suspicious. Pergi intai.

Rupa2nya Mami Shahrom tengah baik punya makan. Dia hendak tambah nasi apabila cucunya jerkah. "Eh Mami tak puasa ker?" Mami Shahrom terkejut. Dia terlupa dia tengah puasa dan lintang pukang ke sinki kumur dan cuci tangan!

Kjee balik dan beritahu emak. Kata emak, itulah rezeki orang berpuasa! Kononnya tak batal puasa Mami Shahrom. Ya ke? Wallahualam.

Tapi korang jangan pulak lepas kenyang pulun kul 12 tengah hari nanti dan tepuk dada kata terlupa hari ni korang puasa tau. Especially yang Home Alone! Allah swt nampak tau. Hehehe.



Ini jugak gambar hiasan

5 comments:

  1. hehheheh untung lah kalu dh terlupa pastu abis nasi 1 pinggan,jgn buat2 lupe udah

    ReplyDelete
  2. Slm KakJee :)
    orang Teluk Anson juge ye hihi

    ReplyDelete
  3. Kjee bukan orang Telok Anson. Cuma masih kecik2, ayah suka pindah randah. Kerja pejabat tanah. Kjee orang Kpg Baru, KL.

    ReplyDelete
  4. Eh ehhh mcm kenallah laki sapa laa anak misali tuuu haha

    ReplyDelete
  5. Kantoi2..yg nganga tu xposa..hahaha

    ReplyDelete