Tuesday, July 30, 2013

FARID KAMIL ISYTIHAR PERANG DENGAN MERTUA?


Farid dan Diana serta ibu Diana di majlis pernikahan tahun lalu










Terkejut jugak Kjee apabila membaca berita akhirnya pelakon Farid Kamil mengakui perkahwinannya dengan Diana Danielle sebenarnya tidak mendapat restu bonda mertuanya. Justru dia mengeluarkan kata putus, sekiranya mahu melihat cucunya, mertuanya harus menemuinya dulu.

Isyhhh kenapa perlu mengeluarkan kata2 sedemikian. Kenapa perlu 'dedahkan kisah rumahtangga di khalayak ramai'?

Umum sudah tahu Farid kini bukan sahaja sudah menjadi suami tetapi jugak seorang bapa. Sebagai teraju utama dalam keluarga, beliau harus bertindak lebih cerdik dalam menangani permasalahan ini.

Kjee bimbang selepas ini, ibu Diana akan bertindak balas dengan mengeluarkan kenyataan setelah maruahnya tercalar. Masakan dia boleh berdiam diri sekiranya menantu tunggalnya 'mengaibkannya' di mata masyarakat. Setelah bunga dipetik, 'tukang kebun' disepak terajang.

Apapun, Kjee harap Farid akan menarik balik segala kenyataannya. Dalam Islam, ibu mertua harus dilayan bagai ibu kandung walaupun seburuk mana sikap ataupun perwatakannya.

Harap2 segala2nya dapat diselesaikan secara baik ibarat menarik rambut dalam tepung. Diana seorang anak yang baik. Pasti dia mahu dua insan yang paling rapat dan disayanginya berbaik2 apatah lagi dia sendiri kini sudah bergelar ibu. Insya Allah.

Usahlah isytihar perang dengan mertua sendiri, Farid. Apatah lagi di hari baik bulan baik ini.

Baca berita selanjutnya di SINI.

7 comments:

Anonymous said...

Mentang2lah muka mak mertua macam pembantu rumah,senang2 dia nak perlekeh ya.berdosa besar kau farid kamil

Anonymous said...

Kurang ajar farid kamil.bunga disunting,perdu dibuang.hormatlah mak mertua dan jaga isteri tu elok2 tau.

Ayumieka said...

Alahai... hmm tak tau nak kata apa... :(

ummisara said...

Entahlah....mcm mana buruk perangai mak mentua , kita kena terima, doakan semoga diberi hidayah, janganlah mengaibkan beliau.

Ibu mentua sama taraf dengan ibu kita. jaga adab.

ieda said...

FK...berfikir dahulu sebelum berkata..tak ada gunanya bertelagah sesama ahli keluarga kerana pastinya kamu tidak akan menemui kebahagiaan yg hakiki.

Anonymous said...

ko non 6.48am jgn perlekeh kn muka org, cuba cermin muka ko tu dlu..

Anonymous said...

FK ni muka pun memang dah nampak kurang ajar. Dia tak ingat ker sapa yg besarkan bini dia tu hingga dia boleh kawin dengan bini dia.

Berdosa besar dia ni selaku suami memisahkan kasih syg anak ibu dan cucu.

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...