Pages

Saturday, July 13, 2013

IKAN SIAKAP KUKUS MUDAH UNTUK SAHUR







Ikan kukus baik Siakap ataupun Kerapu, adalah antara makanan yang agak mahal jika kita berkunjung ke restoran mahupun gerai2 Tomyam di sekitar Ibu Kota. Kekadang mencecah sampai RM30 seekor!

Mujurlah Nadia jarang2 sekali order Ikan Siakap Kukus kalau kami singgah makan di restoran Tomyam dan yang sewaktu dengannya. Bukan kerana Kjee kedekut tapi rasanya macam tak berbaloi dengan harga yang dikenakan.

Bayangkanlah harga ikan Siakap segar hanya mencencah kira-kira RM14 sekilo. Seekor kekadang hanya lebih kurang RM8. Jarang2 ada ikan siakap yang besar hingga mencecah sekilo lebih. Kalau besar sangat, rasanya tak berapa manis.

Kalau ikan Siakap beku lagi murah. Kat NSK sekitar RM11 sekilo. Kjee pernah beli, seekor lebih kurang RM5 hingga RM6 aje. Korang ingat orang meniaga tu guna ikan segar macam Kjee beli di Kuala Selanagor ini?

So Kjee congak2, bahan2 yang digunakan. Bukannya bahan2 eksotik pun. Sesekali adalah dia orang campaklah hirisan cendawan ataupun sayur jeruk. Pastu ditaburnya halia yang dimayang halus. Kicap cair sikit dan minyak bijan. Kukus about 15 minit. Itu jer. Untung mereka berlipat kali ganda!







So sebab itu kalau nak makan, Kjee buat sendiri. Puas sangat hati!

Anyway, Ikan Siakap yang Kjee masak ni, Kjee buat yang terlalu simple. Bahan2 seperti cendawan kering yang bonda gelar cendawan telinga tikus (wood fungus) ada dalam pantry tapi terlupa nak rendam. Nak buat Ikan Siakap stim bubuh asam kecut, stok asam boi pulak tak ada.

Jadi Kjee hanya tumbuk 2 ulas bawang putih dan 2 inci halia sampai lumat. Perahkan sikit jus bawang putih dan halia tadi atas ikan. Hampasnya Kjee sumbat dalam belahan perut ikan. Perap dalam peti ais selama 25 minit. Bekas atau pinggan yang digunakan untuk perap ikan ini haruslah yang tahan kukus sebab ia akan masuk terus dalam kukusan.

Ikan Siakap yang Kjee guna lebih kurang 700 grams je beratnya.

Kemudian panaskan kukusan. Kjee tak tunggu sampai airnya mendidih. Bubuh bekas atau pinggan yang diletak dengan ikan yang telah diperap tadi ke dalam kukusan. Curahkan kira-kira 2 atau 3 sudu besar kicap cair (Kjee guna sos nampla), 1 sudu kecik minyak bijan ke atas ikan tadi. Kemudian taburkan pulak sedikit lada putih atau lada sulah. Kjee guna Ajishio White Pepper. Sebelum tutup tudung kukusan, campak2lah 3 atau 4 biji cili padi merah, kalau suka.

Kukus selama 15 minit. Kalau ikan besar, tambahlah 5 atau 6 minit lagi.






Setelah masak, keluarkan, hias dengan daun bawang dan daun ketumbar. Boleh jugak kalau nak perahkan sikit jus lemon atas ikan.

Hidang panas2. Kalau suka, potong cili api dan rendam dalam kicap cair dan makan bersama ikan.

Amacam? Ikan tu Kjee beli dekat RM8. Bahan2 yang Kjee guna tak sampai RM3. Baru RM11. Lepas ini pasti korang nak buat sendiri jer kan?  Selain Ikan Siakap boleh juga buat guna Ikan Kerapu, Ikan Merah atau Talapia Merah.

Kalau nak buat untuk sahur, perapkan ikan tu sebelum tidur dan simpan dalam fridge (bukan tempat beku). Sediakan kukusan atas dapur dan pergilah tidur. Masa bangun sahur, jerang dulu air dalam kukusan dan letak ikan dalam kukusan. 15 atau 20 minit, siap. Okay tak?

Mesti abang dan anak2 selera makan, kan?






5 comments:

Kathy Rbain said...

sedapnyer..kathy pun suka ikan kukus...

Chekgu Azrine said...

Sedapnya kak jee..blm pnh cuba lg..nti blh cuba..

Suzie said...

Tq kak jee.

Hartina Arssid said...

Salam ramadan kak jee...lama tak blog walking sekali datang nah amik ko ikan siakap masak stim....boleh di try nih thanks kak jee sebab kongsi idea dan tips di sini...

Anonymous said...

Kita suka tengok kak gee berlakon,tak mengada ngada macam artis lain

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...