Pages

Tuesday, July 16, 2013

KAK MIE PILIH BERTUNANG DI BULAN RAMADHAN

Direstui bonda mertua. - foto ehsan mStar

Tunangan tercinta


Rasa2nya jarang sekali ada orang buat majlis bertunang mahupun bernikah pada bulan Puasa. Biasanya, di bulan Ramadhan, ramai yang memilih untuk melipat gandakan amal ibadat.

Apapun, pemilihan satu tarikh di bulan Ramadhan, mungkin cara produser kontroversi untuk memperoleh berkat untuk kehidupan kedua yang bakal dilaluinya. Justru dia memilih bulan Ramadhan untuk bertunang.

Pada Kjee, alang2 dan memilih bulan yang baik, kan elok nikah sahaja. Boleh lah bersahur, berbuka dan menyambut Aidifitri bersama2, kan?

Raja Azmi dan Eddie, pemain gitar sebuah kumpulan rock popular satu ketika dulu, kini sah bertunang dalam satu majlis yang diadakan di rumah produser itu. Mereka dijangka melangsungkan pernikahan pada 15 September depan.

Raja Azmi bercerai hidup dengan pasangannya Jailani Sidek sementara Eddie sudah 5 tahun kematian isteri.

Kata orang tua2, dalam waktu pertunangan, banyak ujian akan dilalui. Mudah2an kedua2nya yang mungkin pernah melalui saat2 manis bertunang, akan berjaya menepis segala ujian dan dugaan. Dan kali ini mereka akan bersama hingga ke nafas akhir, Insya Allah.

Untuk berita selanjutnya, baca sini.

1 comments:

JunAina said...

Tahniah buat Raja Azmi. Alhamdulillah...moga dipermudahkan urusan buat mereka berdua.

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...