Pages

Tuesday, July 16, 2013

PASANGAN KEKASIH HINA ISLAM BOLEH DIDAKWA DIMAHKAMAH!


Tan Sri Abdul Gani Patail



BANGI: Pasangan Alvin Tan dan Vivian Lee boleh didakwa mengikut banyak undang-undang termasuk Akta Hasutan akibat mempersenda umat Islam dan bulan Ramadan di laman sosial Facebook.

Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail berkata bagaimanapun beberapa pertimbangan perlu dibuat terlebih dahulu.

"Ia ada banyak undang-undang. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) punya undang-undang. Ada Akta Hasutan dan sebagainya. Jadi bergantung kepada undang-undang yang penaltinya dianggap terpakai.

"Tapi dalam menentukan untuk tuduhan itu dibuat kita terpaksa tengok dari segi undang-undang, fakta dan niat orang itu," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Seminar Mengenai Jenayah Siber: Cabaran Praktikal dan Trend Semasa di sini hari ini.

Semalam pasangan itu hadir di pejabat SKMM di ibu negara bagi memberi keterangan.

Pasangan itu didakwa memuat naik gambar mereka makan Bak Kut Teh beserta kapsyen yang menyentuh sensitiviti umat Islam di laman sosial berkenaan, baru-baru ini.


Datuk Jailani Johari



Semalam Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari berkata mereka boleh didakwa mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

Kesalahan itu memperuntukkan hukuman denda RM50,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Mengenai kes Duta Vatican City ke Malaysia Biskop Joseph Marino yang menyokong penggunaan kalimah Allah di kalangan penganut Kristian, Abdul Gani berkata siasatan boleh dilakukan terhadapnya meskipun mempunyai 'immunity' sebagai duta.

"Kalau dia buat salah sesiapa pun boleh diambil tindakan undang-undang. Tapi yang mustahak betul ke tidak dia ada buat salah.

"Siasatan pun boleh dijalankan kepada dia tapi bergantung kepada keadaan. Mungkin mereka mempunyai 'immunity' itu seperti yang diberikan kepada duta," katanya. - astroawani.com





Read more at:http://www.astroawani.com/news/show/alvin-dan-vivian-boleh-didakwa-di-mahkamah-kata-peguam-negara-18418?cp

1 comments:

Anonymous said...

Sokong sgt...kalau tindakan tegasvx ambil...rakyat x akan hormati kerajaan...no way minta maaf terbuka ..

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...