Pages

Friday, July 26, 2013

PELAKON PORNO CHECK OUT DARI RESORT DAN SPA SG BULOH DAN KAJANG


Muka si jantan macam..."Ada aku kesah?" Si pompuan, tunjuk 'semua' dalam video lucah tak malu pulak




























Dah seminggu 'bersantai' di Sungai Buloh dan jugak Kajang "Resort n Spa", harap2kan serik lah ya. Tapi jangan ingat keluar ini for good!!



KUALA LUMPUR: Pasangan penulis blog seks Alvin Tan dan Vivian Lee menandatangani kertas pembebasan mereka di Kompleks Mahkamah Jalan Duta pada Jumaat dan beredar dengan kereta yang berasingan selepas menghabiskan seminggu di penjara.

Diiringi oleh beberapa anggota polis, dan digari, kedua-dua mereka dilihat memakai pakaian yang sama seperti yang dipakai pada Khamis lepas.

Alvin, berseluar jeans dan berpakaian baju warna merah terang, kelihatan marah, dan tersenyum sinis kepada jurugambar akhbar dan mereka yang berada di sekitar.

Vivian, bagaimanapun, kelihatan lemah dengan berpakaian baju merah jambu dan berseluar tiga suku warna hitam.

Tidak seperti Alvin, dia menyembunyikan muka di sebalik rambutnya.

Kedua-dua mereka dilihat berpegangan tangan dalam bilik mahkamah sewaktu mereka menandatangani bon jaminan.

Semasa berbual rancak, Alvin berpaling dan memberi senyuman sinis kepada sekumpulan jurugambar.

Pasangan ini pada mulanya enggan bercakap dengan pemberita, tetapi apabila ditanya bagaimana berada selama seminggu di penjara, Alvin tersenyum dan berkata "tidak buruk".

Selepas prosedur pelepasan dilakukan, mereka diiringi oleh para peguam mereka untuk ke kereta, tergesa-gesa dimasukkan ke dalam kenderaan dan beredar secara berasingan.

Difahamkan bahawa ibu Tan yang membayar ikat jamin mereka pada Khamis selepas Mahkamah Tinggi membenarkan kedua-dua diikat jamin RM30,000 dengan dua penjamin setiap seorang.

Hakim Mohd Azman Husin membenarkan diikat jamin RM10,000 bagi setiap satu daripada tiga tuduhan terhadap mereka yang berkaitan dengan penyiaran gambar mereka makan hidangan daging babi dengan mengucapkan kepada umat Islam 'Selamat Berbuka Puasa' di Facebook dan memuat naik gambar-gambar lucah di blog mereka.

Beliau turut memerintahkan supaya pasangan itu perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah dan melapor diri di balai polis pada minggu pertama setiap bulan.

Mahkamah turut melarang mereka memuat naik artikel, komen, gambar lucah atau jelek serta apa-apa bentuk penulisan yang boleh menyentuh sensitiviti agama dan perkauman.

Selain itu, mereka juga dihalang daripada menggunakan peranti komunikasi berangkaian bagi mengakses Internet untuk memuat naik gambar, komen dan artikel yang boleh menghasut dan menimbulkan permusuhan antara kaum.

Beliau membuat keputusan itu selepas menimbangkan permohonan semakan kehakiman terhadap keputusan daripada Hakim Mahkamah Sesyen Murtazadi Amran di bawah Seksyen 323 (1) Kanun Prosedur Jenayah dan Seksyen 35 Akta Mahkamah Kehakiman pada Khamis lepas. - mStar

9 comments:

Ann Ishak said...

muka mamat tu memang berlagak sangat...agaknya dalam hati dah habis malu tu

Kjee said...

Isyhhh Ann. Mana dia tahu malu. Kalau video dia tengah tuttt ngan pompuan ni habis satu dunia dia tayang, ada ker rasa malu lagi? Yang pompuan tu tetiba lak tutup muka ngan rambut. Kalau korang tengok gambar2 dan video dia berdua dalam pelbagai aksi tanpa sehelai benang, mau korang muntah!!

Anonymous said...

Bangsa yg makan kerbau pendek memang tak tahu malu,buruk perangai macam binatang tu jugak

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

Kak jee, pelik sungguh kan yang perempuan tu , tiba2 pulak malu, masuk gambar TV malaysia je malu kot.. kalau tayang body untuk 1 dunia tak malu lah... tang tu yang malu mak ayah dia orang je..

Cekem Mirza said...

saya doa kan agar Malaysia selamat dari menerima pengaruh mereka ini. hari ini kita bantah tetapi kemudian hari, generasi akan datang berfikiran berbeza. kat USA dulu kecoh kisah filem Deep Throat, tapi tengoklah hari ini, porno jadi industri. Saya ada kongsi pasal dua pelakon ini di link ini;

http://www.ngadapseni.blogspot.com/2013/07/vivian-alvin-ini-kali-memang-kena.html

Thank kakJee

zard said...

Akhirnya tercapailah cita2 si Alvin tu nak jadi 'popular'. statement tu ada dia ucapkan masa di interview selepas video lucah mrk disebarkan. Tu pasal buat muka kerek.. Lepas ni nnt boleh lh join the 'other side ya'

Btw, k. Jee apa kabar? stay healthy and beautiful as always ya..

Zaph

Kjee said...

Salam Zaph. Lama tak jumpa. First part tu Kjee nak jawab. I am okaylah...okay orang tua. Hehehe. Part kedua tu pasal beautiful tu, rasanya tak payah jawablah. Hehehe.

Anonymous said...

Saya rasa arwah hani mohsin dulu pun sukakan kakjee sebab kakjee baik hati walaupun badan sihat tapi muka tetap berseri seri

Anonymous said...

Dulu masa lalu depan rumah kakjee rumah teres au3,kita nampak kakjee tgh sembang2 dgn jiran,tahun 1992 masa tu.terkejut tak sangka u

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...