Pages

Thursday, July 18, 2013

PELAKON PORNO TERSADAI DI PENJARA BERLAINAN







Alhamdullilah syukur. Berita yang paling menggembirakan!! Sarang tebuan jangan dijolok. Selama ini orang Islam berdiam diri. Tetapi bila tiba saatnya, barulah tahu bisanya disengat tebuan!!

Bernama melaporkan:

Alvin Tan dan Vivian Lee hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur terhadap tiga pertuduhan berhubung tindakan mereka mempersendakan umat Islam dan Ramadan alam Facebook serta mempamerkan gambar-gambar lucah dalam blog mereka.

Pertuduhan terhadap Alvin atau nama penuhnya Tan Jye Yee, 25, dan Vivian atau nama penuhnya Lee May Ling, 24, dibacakan di hadapan Hakim Murtazadi Amran.

Bagi pertuduhan pertama, mereka didakwa bersama-sama menerbitkan satu penerbitan menghasut di laman Facebook 'Alvin and Vivian - Alvivi' di pautan ttps://www.facebook.com/alvivi.swingers iaitu kandungan gambar dan komen yang bertajuk "Selamat Berbuka Puasa (dengan Bak Kut Teh..wangi, enak, menyelerakan !!!" yang mengandungi logo Halal.

Pasangan itu didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 10.48 malam antara 11 Julai dan 12 Julai lepas di 568-14-18, Kompleks Mutiara Jalan Ipoh, Batu 3 1/2, di Kuala Lumpur.

Mereka didakwa mengikut subseksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948.

Bagi kesalahan pertama kali, mereka boleh dikenakan denda maksimum RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya dan bagi kesalahan berikutnya, boleh dipenjara maksimum lima tahun jika sabit kesalahan - Bernama


Wartawan The Star pula melaporkan bahawa kedua-duanya ditolak ikat jamin dan dimasukkan ke dalam penjara Sungai Buloh dan Kajang.

Vivian khabarnya hanya seorang guru Tadika dengan pendaptan RM900 sebulan sementara Alvin, seorang penganggur!

Pertuduhan ketiga iaitu mempamerkan gambar2 lucah dalam blog mereka, adalah satu bonus! Ramai fikirkan mereka akan hanya dihadapkan atas kesalahan mempamerkan gambar menghina Islam sahaja!

Kita tengok samada ada lagi individu yang berani tampil dengan hinaan bukan sahaja kepada umat islam tetapi juga kepada Raja2 Melayu!!

Menurut berita dalam Buletin Utama TV3, mereka tidak dibenarkan ikat jamin kerana masing2 mempunyai 'kecenderungan kearah mempamerkan lebih banyak bahan2 seumpannya' jika dibiarkan bebas!

6 comments:

mama sara nur said...

berita gembira
padam muka , rasakan he hee bg pengajaran sikit

ieda said...

bagus...biar mereka & golongan2 seumpama mereka diberikan pengajaran & kesedaran agar tidak mempermain2kan agama Islam...belajar untuk hidup saling menghormati.

asmah yusof said...

mmg patut pun...
lama sgt bagi muka

Haliza Ghazalli said...

Thumbs up!

Anonymous said...

Guru Tadika???...beginikah akhlak orang mendidik kanak-kanak?

Anonymous said...

tu dia kan dh kena!!!!

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...