Pages

Monday, July 15, 2013

STEAMBOAT ALA KAMPUNG DI JAZZ HOUSE BUFFET STEAMBOAT, KPG BARU, KL. SUP KUAH ASAM REBUS PERRGGGGH

JALAN2 CARI MAKAN







Kalau kita ke restoran Steamboat, sup biasa yang dihidangkan ialah Sup ayam ataupun Sup Tomyam. Tetapi apa reaksi anda kalau ada restoran yang turut beri pilihan sup kuah Asam Rebus? Apa tu sup kuah asam rebus?

Kjee memang suka buat Asam Rebus. Tumbuk cili, bawang merah dan bubuh asam keping banyak2. Tak payah tumis rebus jer. Ada yang bubuh batang keladi, ada yang bubuh bendi. Kjee selalu buat yang bubuh bendi. Buat masam2 dan pedas2. Perghhhh sedap. Isyhhh kecur lak. Hehehe.

Anyway, malam tadi ketika Berbuka Puasa di Jazz House Buffet Steamboat di Jalan Raja Alang, Kampung Baru, taukenya Huraizah yang disapa mesra Jaja, tanya Kjee nak try tak kuah asam rebus untuk celup seafood?






Kjee tak fikir dua kali dah. Oleh kerana periuk steambot tu ada dua bahagian supnya, Kjee pun mintaklah Asam Rebus dan Unclepali dan Nadia mintak sup Tomyam. Memang tak adventurous lah dia orang ni kan! Hehehe.

Waiter hantar periuk steamboat dan terus hidupkan api. Dan apabila masa berbuka, Kjee terus ambil sudu dan hirup sup kuah Asam Rebus. Mak oiii. Sedapnya. Tapi dalam hati berkata2, camner agaknya kalau direndam ketam, udang, sotong dan lain2 ke dalam sup asam rebus ni?












Isyhhhh sedap sangat rupa2nya! Sup kuah Asam Rebus ini adalah idea Jaja dan adiknya Zol yang juga pemilik bersama Restoran Jazz House. Sebenarnya, Kjee tak perlu pertikaikan rasa Asam rebus mereka kerana restoran ini adalah kesinambungan kepada bisnes katering yang ibu dan arwah ayah mereka  pelopori sejak dekat 20 tahun lalu.











Sup Kuah Asam Rebus dimasak menggunakan daun kesom dan bunga kantan yang banyak. Aroma serta rasanya yang cukup masamnya memang buat kita teruja menjamu selera. Lagipun, ia suatu kelainan sebab selama ini kalau makan steamboat, hanya sup ayam atau sup tomyam saja disediakan.

Selain sup Kuah Asam rebus, Jaja yang juga mewarisi kehebatan memasak dari ibu dan arwah ayahnya, turut mencipta sos cicah yang special. Sosnya pekat dan awal2 lagi Kjee usik dia supaya botolkan sos ini sebab tak pernah Kjee rasa sos sedap seperti itu.





Seafood atau makanan laut yang disediakan di restoran ini seperti biasa. Ada ketam, sotong, udang, pepahat dan segala jenis fishball yang terdapat di pasaran. Juga terdapat pelbagai jenis sayur2an dan jugak cendawan.

Kelainan restoran ini dari restoran steamboat lain ialah ia turut menghidangkan nasi berserta lauk pauk yang bertukar ganti setiap hari TANPA caj tambahan!

Selain itu juga turut dihidangkan mi, mihun dan kwayteow goreng selain nasi goreng. Pelbagai jenis kuih muih Melayu juga disediakan. Minuman sejuk dan panas jugak disediakan.

"Mak mahu setiap pelanggan pulang, kenyang. Manalah tahu ada yang merasakan makan stemboat seafood saja kurang mengenyangkan," kata Jaja.













Kjee anggap restoran ini menyediakan steamboat ala kampug untuk seisi keluarga. Ada ruang makan untuk yang mahu duduk bersila di bahagian dalam restoran. Ada bilik khas VIP, ada surau dan jugak tandas. Kalau nak solat, Mesjid Kpg Baru pun sepelaung jer.

Restoran ni, menurut Jaja boleh muat hingga 70 orang di satu2 masa. Mereka juga menerima tempahan untuk majlis Berbuka Puasa dalam grup yang besar serta untuk jamuan2 Rumah Terbuka, jamuan Hari Jadi dan jugak kenduri kahwin. Pssttt Nadia dah booking!

Restoran Jazz Buffet Steamboat dibuka setiap hari dari 5 petang hingga 12 malam. Harga yang dikenakan RM25 untuk dewasa dan RM15 untuk kanak2 (7-12 tahun). Kanak2 bawah usia 6 tahun, percuma. Alamat di No 71, Jalan Raja Alang, Kpg Baru. Tel: 01114333991.



Jaja dan adiknya Zol. 



15 comments:

Irfa said...

tak mahal sgt pun,kira oklah rega tu
mazia catering mcm penah dgr ;)

Anonymous said...

lama sungguh tidak ku jejak Jalan Alang Kg Baru..kg halaman ku..mesti gi try jugak nih..asam rebus mmg marbeless..

anyway kak gee..ari minggu lepas tertengok filem Balik Kampung..geli ati ngk kak gee ngan abg OSs..tetiba tingat zaman tu..DAya Bumi mmg tmpt pertemuan popular tahun 80an dolu2 kan..kan..

-yati-

KT ABOO said...

Salam Kjee,

Saya ada create event kat FB utk jemput kawan2 berbuka kat Jazz Buffet Steamboat nih. Saya ada upload gambar dari blog Kjee, sbb nak bagi kawan2 lebih maklum. Dah siap segala, baru saya perasan yg Kjee tulis "gambar my copyright". Jadi nak minta maaflah sbb tak minta izin terlebih dahulu.

Kalau tak menjadi halangan, saya nak kekalkan gambar tersebut. Tapi kalau tidak diizinkan, saya akan "remove" dari event saya.

https://www.facebook.com/events/148056155395838/

Maaf sekali lg Kjee.

Anuar

Kjee said...

Wkmslm Anuar,
No problem.

Diell Watanabe said...

Assalamualaikum kjee.....sy 1st time mkn steamboat ni kat sini Jazzhouse buffet steamboat...sbb baca blog kjee ni lah...komen sy mmg sedap dan mantap...sy suka kuah asam rebus dan tomyam nyer....mmg lazat...mmg power...x rugi mkn kat sini dgn harga rm25 je..mmg tema tuan kdai ni "mkn smpai kenyang" mmg menjadi lah.....jenuh nak perabihkn mknan yg dah diambik....

Ok kjee....salam

Nur Liyana Sariman said...

Salam kak jee. Ni restoran stimbot cousin husband sy :)

a.c.H.i.k.A.n.i said...

salam kak jee..

Hari tu masa berbuka kat sini, bertembung dgn kak jee..
kalau kak jee igt saya yang kejap-kejap dukung baby bawa pegi kipas dekat dgn meja kak jee...hehe

makan memang best! Alhamdulillah..

tapi minta tolong tuan kedai sediakan kipas, rasa macam sauna duduk bawah khemah.

Kjee said...

Salam. Ya Kjee ingat baby u yang cute tu berpeluh2. Nanti Kjee beritahu Jaja ya.

Kjee said...

Kjee dah kol Jaja berkenaan keadaan yang panas ketika makan di Jazz House. Kata Jaja, dia sudah cuba letak kipas angin di luar tu tapi ada pelanggan tutup sebab ganggu api dapur steamboat mereka. Kipas angin siling tak boleh pasang sebab besi kanopi lembut sangat.

Anonymous said...

Kak jee..steamboat kat situ bolah grill sekali tak??

Ayesha Ramlee said...

Saya dah try 25 ramadhan kemarin. Memg seperti yg k.jee cakap pasal menu dan segalanya betul. Kuah asam rebus sedap, lauk siap masakpun terbaik...

Anonymous said...

Salam.....nk ty masih beroperasi ke ?

Kjee said...

Wkmsalam. Ya masih beroperasi. Tak pernah tutup. Kenapa?

nurul wahiza said...

salam...kene booking dulu ke sebelum dtg?sbb sy nk dtg mkn sabtu ni malam..

Unknown said...

salam, mane nak dpt nombor fon owner ni?




Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...