Pages

Wednesday, July 17, 2013

TAK PAYAHLAH HANTAR KUIH...MALAS NAK BALAS











Budaya menghantar sepiring kuih (atau lauk) kepada jiran seperti yang diamalkan masa Kjee kecik2 dulu, sudah tidak dipraktikkan lagi. Maklumlah sekarang ini ramai wanita yang bekerja. Balik rumah hanya ada masa kekadang tak sampai sejam untuk menyediakan juadah berbuka untuk famili.

Itu di bandar. Tetapi Kjee tidak tahu samada amalan ini masih berlaku di kampung2.

Masih terbayang suasana petang apabila Kjee menolong Arwah Bonda buat kuih dan kemudian menghantarnya ke rumah jiran2. Arwah Bonda buat sejenis saja kuih tetapi time nak buka, berjenis2 kuih dan lauk pauk terhidang diatas meja.

Sekarang?

Hmmm tadi Kjee baru terbaca status seorang fren di Face Book yang cukup terkilan apabila niatnya menghantar sepiring kuih/lauk kepada jirannya, dibalas dengan kata2 yang menghiris perasaannya. "Ingat kami miskin sangat ke sampai nak hantar lauk/kuih?"

Isyhhh sampai hati keluarkan kata2 seperti itu.

Kjee pun pernah terkena sehingga ke tahap serik. Masa itu Kjee tinggal di sebuah kawasan perumahan di pinggir bandar. Jiran yang tinggal di kiri dan kanan, Melayu belaka.

Kebetulan tidak sampai beberapa bulan selepas tinggal di situ, bulan Ramadhan pun tiba. Dan terlanjur buat kuih untuk berbuka, Kjee pun suruhlah Nadia pergi menghantarnya ke rumah jiran. Jiran sebelah kanan, sepasang suami isteri dan seorang anak. Dua2 kerja dan Kjee tak pernah kenali isterinya sebab kalau sampai rumah terus masuk dan tak nampak kelibat. Adalah sekali saja Kjee hantar kuih tapi selepas itu panggilan pun tidak dijawab. Rumah sentiasa berkunci.

Rumah jiran lagi satu memang agak mesra dengan Kjee. Suami isteri dan anak2 cukup ramah. Tetapi setelah dua atau tiga kali Kjee menyuruh Nadia hantar kuih muih dan dibalas dengan kuih muih mereka, satu hari Nadia beritahu Kjee supaya tak payah hantar lagi.

"Mama, anak dia pesan suruh beritahu Mama, tak payahlah hantar kuih lagi sebab mak dia malas nak balas!" Kelu lidah Kjee mendengarnya. Apakah setiap pemberian harus dibalas?

Sejak itu Kjee sudah tidak hantar lagi kuih muih setelah mendapat 'arahan' sedemikian.

Anyway, apabila Kjee kunjung rumah mereka pada Hari Raya, isteri jiran itu seakan rasa bersalah.

"Maaf lah Jee. Rasanya anak akak ada cakap yang akak tak mahu Jee beri kuih sebab malas nak balas. Dia silap cakap kot. Hari yang Nadia hantar kuih tu, akak tak buat apa2... akak beritahu dia isyhhh hari ni malaslah nak buat kuih balas yang dihantar jiran..."

Hmmm Kjee hanya senyum. I give her the benefit of the doubt!






19 comments:

Irfa said...

hehe, tak tahu nak komen
sy pun kdg2 jiran anta kueh sy x tahu nak balas apa
nak bagi pinggan kosong rasa malu
so tggu smpi berbulan baru hantar pinggan
itupun dgn kek pisang beli kat kedai ;(

Kjee said...

Ada kawan Kjee cadang, hantar jer guna bekas pakai buang. So jiran tak rasa pemberian kita tu 'kena balas'. Bagus jugak.

muka petak petak said...

Jiran saya hantar time weekand jer..ok la..dia masak pun sedap...hahah kadang tgu jugak apa diarang nk bagi..heheh boleh gitu...kadang balas kuih yang dibeli jer...x kisah la org hantar ke x nak hantar ker...rezeki bulan puasa jangan tolak kan...heheh

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

memang kdg2 niat kita nak bgi merasa kuih yg dibuat disalah ertikan.. sy pun kdg2 rasa serba salah nak bagi sebab takut jiran susah hati tak dpt nak membalas padahal bukan kita minta balasan. sy pun fikir sama mcm kwn kakjee... ada baiknya kalau kita bagi kuih.. kita guna je bekas pakai buang atau plastik (bg kuih yg sesuailah) supaya jiran tak rasa terikat nak membalas..

JunAina said...

Aina selalu macam tulah guna pinggan polisterin je Kak Jie. Jiran2 yang dah biasa berkenal mesra ni tak kisah sangatlah dah saling faham memahami.

Syafiza Said said...

betoi kak jee, sy pon guna bekas pakai buang ja..siap soh anak pesan, tupperware tu nnti buang ja..hehe

QASEEH HATIKU QASEEH said...

Selalu bg jiran x prna hrp blsn...bg sbb ikhlas...mknn byk..x bg nnt brbuang..org yg br pikiran mcm tu sbnrnya bla dia bg apa2 sgt mngharapkan blsn...;)

Sharz said...

hmm..tak sangka ada jugak yg mcm tu..

:|: TinTa Kibod :|: said...

betul tu...
kalau nak bagi kat jiran guna bekas plastik cerah, beli bundle (senang nak simpan tak makan space mcm polistrin....
jd takde lah jiran tu serba salah...
kita pun x mintak dibalas, kan...
:)

@mn@ @udr@ m@ish@ said...

Salam kak jie..saya dan suami masih lagi mengamalkan budaya bagi kuih & lauk pauk pada jiran2. Sbb saya rsa dgn budaya cmnila blh kte rapatkan silaturrahim dgn jiran.tambahan kami bkerja.tekadang xda masa nak ramah ngn jiran. lagipun nk tambah pahala bln ramadhan.niat ikhlas..xnk dibalas :-)

Muhamad anuar Marsib said...

Setiap pemberian belum tentu mengharap balasannya...

zard said...

As salam k. Jee,

Zaph paling suka kalau dapat jiran macam k. Jee, boleh gak lah hilang vit. M kerana dah ada sebab nak buat kuih balasan.. zaph pun pernah kena mirip macam k. Jee tapi bukan dalam bulan Ramadhan tapi sebelum Ramadhan bermula.. zaph bagi frozen karipap untuk sorang jiran ni rasa, sekali dia boleh selamba je kata, ni mesti nak clearkan fridge almaklum lah nak puasa ni.. actually that frozen karipap i just bought from a friend at the office. sebak betul hati masa tu.. now no more..

moga k. Jee sihat selalu!!! Aamiin..

Jiha said...

yes setuju...beri pakai bekas pakai buang jer..sebb kita bagi bukan utk balasan apa2..sekadar berkongsi rezeki yg ada..

Rina Bahari said...

erm kalau dpt jiran cam gitu....lebih baik la sedekah kat surau ke masjid pun ok kan...

Anonymous said...

Pemberi- Ikhlas x harap balasan
Penerima- Nak larang org kasi, segan plak, tak nak trima segan, nak tolak segan, nak balas pening xde idea...

*kena plak kuih/lauk diterima tu SEDAP!
aduh.. lagi emosi nak bls takot x setanding!


Salam 8 Ramadhan [syukri]

farhanamamarifs said...

Aritu antar lauk je kat jiran, dapat sepinggan mi goreng yg mabeles!

MakSuSuE said...

salam & slmt berpuasa k.jee,
saya mmg suka hantar makanan pada jiran sbb anak dia ramai, suka sgt kalau budak2 berselera mkn.Tapi saya x hrpkan balasan, saya guna bekas polistrin dgn harapan dia x pyh susah2 nak balas. Sgt praktikal cara mcm tu.

Rita Winona said...

Ya Allah, ada jugak ke jiran yg cakap cam tu?saya baca pn rasa sedih...jenis manusia x reti nk jaga hati orang...saya pn ada jugak berbalas lauk pauk / kuih muih dengan jiran...memandangkan saya x pandai masak, biasanya saya beli je...hehe...tapi beli tempat yang sedap lah...

Anonymous said...

Salam...

blog-walking n sy terjumpa posting nie...

sy pun nk share cerita..ni dah lama lbh krg 10 thn dulu..3 hari slps hantar kuih ke rumah jiran, sy berborak2 dgn anak jiran yg kecil skali, saja nk tau sedap tak, dia suka ke tak..to my surprise anak dia kata, "tak makan lg, mak tak bagi, takut ada racun"..punya terkejut sy..budak2 biasanya takkan menipu kan..anak2 jiran sy ni mmg suka makan, sy selalu panggil makan di rumah..perasaan sy tak tahu lak nk ckp..of course sedih n terkilan..sy tertanya2 adakah kuih-muih yg sy bg sblm ni mrk tak makan n buang...sedih sgt2...sejak itu sy stop memberi..takut?..serik?..ntahlah nk buat baik pun susah..org kat bandar ni dh hilang sifat kejiranan agaknya..sy hanya memberi pd sedara-mara, itupun tanya dulu mrk makan ke tak..

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...