Pages

Sunday, November 3, 2013

MI HAILAM AIR TANGAN NADIA









Kjee suka sangat makan Mi Hailam ni masa meniaga dulu. Kalau Nadia tak gi Uni, Kjee suruh dia masak. Kalau tidak Kjee masak sendiri. Tapi itu cerita 4 tahun lalu.

Pagi tadi Kjee tanya Nadia samada dia masih ingat masak Mi Hailam. Lambat dia nak jawab. Teragak-agak. Rupa-rupanya dia takut tak dapat rasa yang sama seperti dulu. Dia tahu mama dia cerewet giler.

Petang tadi, selepas Kjee selesai buat Rempeyek, Kjee terus relax kat tempat biasa depan computer lah hehehe.

Kjee tengah edit gambar rempeyek yang Nadia tolong amikkan. Tetiba Kjee dengar kelentang kelentung kat dapur. Kemudian dengar dia cakap sorang-sorang. Nadia ni memang suka cakap sorang-sorang dari kecik lagi.







"Alamak...lupalah... tepung jagung.." Lepas tu senyap. Lepas tu dengar dia nyanyi-nyanyi kecil. Tak sampai 10 minit lepas tu dengar dia jerit. "Jom Mama. Nadia nak amik gambar ni. Lepas tu Mama boleh makan!"

Lepas dia amik gambar, Kjee terus capai chopstick. Rasa. Nadia duduk setentang dengan Kjee. Air muka dia menampakkan dia serem sangat nak dengar komen mama. Macam dalam rancangan Masterchef tu lah. Hehehe.

"Best in the world. Sedap sangat! Macam dulu-dulu!! Malam ni Mama nak Nadia buatkan sepinggan lagi!!" Wajah Nadia berseri-seri! Tersengih jer dia lepas tu sambil cuci pinggan. Tak selalu mama komen camtu. Selalu ada saja komplen. Hehehe.

Resipi bawah ni Kjee copy paste dalam entry sebelum ni. Ini resipi untuk satu portion aje tau. Kalau masak sekali gus banyak-banyak portion tak sedap.







MI HAILAM

BAHAN:
1 genggam kecik mi kuning (Kalau 1 peket kecik boleh jadi 5 pinggan)
dua ekor udang
sedikit isi ayam
1 ulas bawang putih
1 tangkai sawi
sedikit kobis
2 sudu kicap manis (Nadia guna Kicap Manis Jalen)
1 sudu kecik sos ikan (kicap cair atau Nampla)
1 sudu tepung jagung
minyak bijan
air rebusan tulang ayam

CARA:
Ketuk bawang putih dan tumis ngan sedikit minyak selama seminit. masukkan ayam dan udang. Goreng selama satu minit. Masukkan dua senduk air rebusan tulang ayam, kicap manis dan sos ikan. Biar mendidih masukkan sawi dan mi.Tterus masak hingga mi cukup masak. Pastu masukkan tepung jagung yang sudah dicampur sedikit air. Tepung jagung guna untuk pekatkan kuah. Kalau kuah cair sangat, tambah lagi tepung. Bila nak hidang, titiskan satu dua titis minyak bijan. Makan ngan cili jeruk atau cili api.
Itu jer. Senang kan. Kalau masih maleh jugak nak buat, tak dapek den nak nolong.










5 comments:

Anonymous said...

Thanks Kak Jee for sharing the fabulous Penang asam laksa recipe. Been looking for this sort of commercial tasting asam laksa recipe. Chef's hat off :)

ana said...

Ya Allah sedapnye. Sya antara peminat mee hailam mcm arwah mak gak. Tp skrg mana nk dpt mee hailam yg sedap? Sya penah order a few time bila tringin tp bila dpt hampeh. Mee bubuh kicap n sayur bkn mee hailam. Tu yg malas nk order. Tq kjee. Sya copy ye.

Anonymous said...

Salam maal hijrah kak jee.. Sedapnya nmpk mee hailam nadia.. Terima kasih kak jee sbb slalu bg idea masak yg simple,bahan yg murah n sedap.. Blog kak jee ni hari2 baca xpenah jemu.. Boleh x kak jee ajar buat sambal tumis kosong yg sedap.. Saya xpandai buat sambal tumis.. Love u kak jee..

Ina

ayuz said...

Sedapnya...terliur plak..saya pon mmg suka mkn mee hailam tapi kalu order selalu x dpt apa yg diidamkan..nak trylah...

meqna said...

Sedapnya tq k.jee for sharing kami satu family suka mkn mee hailam lepas ni blh cuba.

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...