Thursday, December 10, 2015

POPIA GORENG VERSI MUDAH








Selera kalau musim demam memang tak menentu. Apabila terpandang kulit popia lebihan buat popia simpul aritu, teringin pulak nak makan Popia Goreng. Tapi kureng rajin nak buat. Hehehe.

Pagi tadi, Kjee suruh UnclePali beli sengkuang sebab nak sejukkan badan makan sengkuang. Itulah cara orang dulu-dulu sejukkan badan. Tapi UnclePali beli sengkuang kecik. Besar penumbuk jer. Actually dalam hati dah terfikir nak buat Popia Goreng dan makan lebihan sengkuang tu mentah. Tapi dek kecik sangat, kena pilih antara satu.

Maka terjadilah Popia Goreng sebentar tadi. Ini Popia Goreng paling simple yang Kjee buat setakat ini. Simple sebab tak ada carrot. Selalunya kalau buat Popia Goreng, Kjee akan masak sengkuang dengan carrot. Letak udang. Busuk-busuk pun letak udang kering. Tetapi dek kena masak harus berpantang demi UnclePali, maka Kjee letak ayam. Ayam pulak direbus atau digoreng baru dicarik-carik.

Hari ni Kjee buat short cut. Kjee ricik ayam halus-halus. Sengkuang Kjee hiris mancis. Kjee tak suka sagat sebab nanti akan terbit banyak air. Habislah rasa manis sengkuang.









Tumis bawang-bawang dalam sedikit minyak. Bila dah layu, masukkan ayam dan goreng sampai ayam kecut. Masukkan sengkuang. Bila sengkuang dan lembut, masukkan lebih kurang satu sudu besar sos tiram (Kjee guna sos tiram vegetarian) dan ½ kiub ayam Knorrs serta sedikit serbuk lada hitam. Nak letak satu pun boleh ikut kemasinan yang dikehendaki.

Masak sehingga sengkuang lembut. Sejukkan.

Kemudian Kjee buat telor dadar kosong guna 2 biji telor ayam. Letak garam dan lada hitam sikit jer. Goreng nipis-nipis dan hiris nipis.

Apabila inti dah sejuk, bentuklah jadi popia. Goreng guna minyak panas. Kalau minyak tak panas, nanti popia serap banyak sangat minyak.

Makan dengan sos cili. My lunch hari ni. Hehehe.

NOTA KAKI:
Selain letak carrot, boleh jugak letak mix vege. Arwah bonda dulu letak taucu gantikan sos tiram. Mungkin zaman dia, sos tiram belum lagi diguna meluas.












0 comments:

Post a Comment