Friday, November 25, 2011

DI'TIPU' SAHABAT YANG SANGAT KUPERCAYAI!




Nak kata Kjee happy, tidak, nak kata Kjee sedih, pun tidak. Tetapi Kjee terkilan. Terkilan tahap gaban dengan kejujuran seorang kawan yang Kjee sudah anggap seperti sahabat! Nak kata adik, bukan darah daging tetapi cukuplah Kjee kata dia ni Kjee fikirkan sahabat Kjee, dunia akhirat.


Tetapi, baru sekarang Kjee sedar bahawa kita tidak seharusnya memberi gelaran sahabat kepada orang yang tidak mengenang budi. Dia ni pernah 'kencingkan' Kjee  berpuluh tahun lalu. Kjee pernah berjanji pada diri ini, Kjee tidak akan pandang dia lagi buat kali kedua dalam hidup ini.

Lama Kjee jauhkan diri daripadanya sebab hati Kjee terlalu hancur dengan apa yang dia lakukan dulu. Tetapi kini Kjee sudah maafkan yang sudah. Maka bertautlah kembali persahabatan kami. Kjee terlalu mempercayainya walaupun ada yang cuba suruh Kjee was was dengan manusia ini.

Kjee ketawa kerana Kjee kata, Kjee percaya dia dua ratus peratus! Kjee sayang sangat dia kerana kami senasib.

Tetapi Allah swt tahu isi hati dan kejujuran Kjee. Kjee segera diberitahu mengenai 'ketidak jujuran' sahabat tadi. Terkejut kami tiga beranak dengan 'penemuan' bukti penipuan sahabat Kjee itu.

Hati Kjee hancur, pedih bagai dihiris sembilu. Tetapi Kjee boleh maafkan dia. Dia hanya insan biasa yang tidak sunyi daripada melakukan kesilapan. I know you are desperate but I'm sorry, I can't forget what you have done!

Dari hari ini, Kjee mahu padam gelaran sahabat yang Kjee berikan kepada dia kerana dia tak layak digelar sahabat Kjee. Tak mengapa awak buat saya tetapi janganlah awak cuba melakukan yang sama kepada orang lain. Tak berbaloi!!

15 comments:

  1. Saat2 begina, kalau orang kata sabar. Mmg mudah nak diungkapkan, tapi belum tentu mudah untuk dilaksanakan. Saya harap Allah lindung Aunty sekeluarga dari mereka2 seperti ini di masa hadapan. Semoga berjaya di dlam perniagaan Aunty.

    ReplyDelete
  2. Sabar lah kak Jee. Kadangkala kita ikhlas dan jujur berkawan dengan semua orang tapi kadang kita lupa manusia ada macam2 jenis dan tidak semua orang ikhlas dan jujur berkawan dengan kita. Apa pun yang berlaku ambillah ikhtibar dari kejadian tersebut agar ianya tidak berlaku lagi di kemudian hari.

    Semuga Kak jee sekeluarga di lindungi Allah SWT hendaknya. AMIN

    ReplyDelete
  3. Sabarlah Kak Jee.Biarlah seorang sahabat hilang nanti Allah gantikan dengan sahabat lain yang lebih baik dan menghargai kita.

    ReplyDelete
  4. TERIMA KASIH FMT, NOTIE DAN DAYANG CITRA. KJEE AKAN AMIK IKHTIBAR ATAS SEGALA YANG BERLAKU. ALHAMDULLILAH SYUKUR, ALLAH SWT MENYAYANGI KJEE DAN MEMBUKA MATA KJEE SUPAYA SEGERA MENILAI ANTARA BATU DAN PERMATA.

    ReplyDelete
  5. sabar lah kak ek... manusia ni mcm2 perangainyer... kadang tu dlm bersahabat sebenarnyer dh niat mcm2 kt hati utk amik kesempatan...

    ReplyDelete
  6. adat dunia kjee... sabo jerlaa berdoa supaya kita tak jadik gitu

    ReplyDelete
  7. Sabarlah kak jee allah swt sentiasa bersama2 kita.allah akan membls perbuatan jht kwn kak jee tu!!

    ReplyDelete
  8. alahai kak jee..saya baru je buat entry pasal ni, tup-tup kjee dah terkena.. sabar ye..

    ReplyDelete
  9. pernah jugak kena khianat dengan teman sejati (kononnya masa itu) siap tido sebantal..makan sepinggan... membuatkan saya benar2 serik...

    ReplyDelete
  10. salam kak jee
    sy tau mcm mana rasanya sbb sy sendiri pernah merasa.tp sy bkn lah kes kena tipu duit ke apa tp hal lain cuma terasa amat2 terkilan sbb dulu kami dah mcm kembar kat mana ada dia kat situ lah ada sy.tido sebantal mkn sekali susah dia susah jugak sy.ramai gak yg bg warning jaga2 dgn dia tp sy buat tak kisah sbb dlm hati ckp tak kan lah dia berani buat mcm tu.tp allah lebih mengetahui

    ReplyDelete
  11. sabar byk2 k.jee.. i know u're strong lady. :)

    ReplyDelete
  12. salam...kak jee nak folow facebook akak bole...?

    ReplyDelete
  13. ok la tu kalau Kjee jenis yg senang utk memaafkan org lain...Tapi sy lain sikit Kjee...
    sekali sy benci,sampai bila2 pun benci...tak tau la mana dapat perangai buruk tu...

    ReplyDelete