Tuesday, March 13, 2012

JOM CEPAT2 TAKUNG AIR!!




Esok, 14 Mac 2012, banyak kawasan sekitar Kuala Lumpur dan Lembah Kelang akan mengalami gangguan bekalan air. Jadi, mulalah menakung air dari hari ini supaya tidak menghadapi kesulitan kelak. Kjee lebih rela tiada bekalan elektrik daripada keputusan bekalan air.


Kjee copy paste berita dari mstar online.

Gangguan Bekalan Air 14 Mac Ini
KUALA LUMPUR: Kira-kira satu juta pengguna di Selangor dan Kuala Lumpur akan mengalami gangguan bekalan air pada 14 Mac ini ekoran kerja-kerja penyenggaraan Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1.
Pengarah Eksekutif Bahagian Hal Ehwal Korporat Syabas Abdul Halem Mat Som berkata gangguan akan melibatkan 153 kawasan di Hulu Selangor, Petaling, Kuala Lumpur Klang/Shah Alam dan Kuala Langat.
"Gangguan bekalan air dijangka berlaku selama 36 jam bermula pada pukul 8 pagi 14 Mac sehingga 8 malam keesokan harinya," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Beliau berkata di Hulu Selangor kawasan terlibat ialah Kuang, Kundang dan keseluruhan Bandar Tasik Puteri manakala kawasan Petaling melibatkan SS1 hingga SS6 Petaling Jaya, Kelana Jaya, kawasan perdagangan bebas SS8, Sungai Way, Damansara Kim, Damansara Utama, Damansara Jaya, Kampung Sungai Kayu Ara, Taman Megah, Taman Mayang Mas dan Taman Mayang.
Turut terlibat ialah Bukit Mayang Mas, Kampung Cempaka, Sungai Mas & Aman Suria, Damansara Idaman, Sunway Damansara & Mutiara Tropicana, Kampung Kayu Ara, Mutiara Damansara, Damansara Perdana & Bukit Lanjan, Taman Megah Mas, Bandar Utama, Tropicana Golf, TTDI & Pinggiran TTDI, Sungai Pencala, Seksyen 2 hingga 11, Kota Damansara, Pusat Perdagangan Kota Damansara, Monteres, Kayangan Height & Subang Sejahtera, Seksyen 12 hingga 14, Petaling Jaya,Kampung Melayu Subang, Subang Perdana, Mah Sing dan Subang Bestari.
Kawasan Kuala Lumpur melibatkan Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Bukit Kiara, Kelab Diraja Selangor, Bukit Kiara Resort, Pusat Sukan Bukit Kiara, Pusat Sains Negara, Suruhanjaya Sekuriti, Bahagian Teknologi Pendidikan, Pusat Konvensyen Sime Darby , Jalan Segambir, Jalan Belimbing, Jalan Setia Bistari, Jalan Setia Murni 1 hingga 12, Jalan Setia Budi, Jalan Setia Rasa, Jalan Setia Raya, Jalan Setia Jaya, Jalan Medan Setia, Jalan Setia Bakti, Jalan Setia Kasih, Plaza Damansara dan Taman Seri Beringin.
Klang/Shah Alam pula melibatkan Sunway Kayangan, Subang Impian, Sunway Suria, Puncak Perdana, Sungai Kapar Indah, Pekan Meru, Bukit Kerayong, Kampung Budiman, Felda Bukit Cerakah, Cerakah Jaya, Bukit Kapar, Kampung Delik Kanan, Kampung Delik Kiri, Kampung Delik Dalam, Kampung Delik Baru, Kampung Sungai Udang, Jalan Sungai Bertik, Jalan Yadi, Jalan Batu Unjur, Jalan Kim Chuan, Taman Kim Chuan, Taman Bayu Perdan, Flat Sri Angkasa, Vista Indah Apartment, Bandar Puteri, Bandar Ambang Botanic dan Taman Kota Permai.
Turut terlibat ialah kawasan Bandar Botani, Bandar Bukit Tinggi 1 dan 2, Flat Pendamar Indah, Taman Sentosa, Bandar Parkland, Kampung Idaman, Taman Gembira, Jalan Raja Lumu, Flat Perumahan Teluk Gadong Indah A, Rumah Teres Teluk Gadong Indah A, Flat Pandamaran Indah, Kampung Pendamar, Jalan Tengku Badar, Persiaran Raja Muda Musa, Jalan Kastam, Pandamaran, Pandamaran Jaya, Taman Telok Gedung Besar dan Sobena Jaya.
Kawasan Kuala Langat pula melibatkan kawasan Sijangkang, Telok Panglima Garang dan Kebun Baru.Abdul Halem berkata sebagai langkah persediaan Syabas telah meletakkan 42 buah lori tangki dalam keadaan bersedia serta sebanyak 192 buah tangki statik di kawasan strategik bagi membekalkan air sekiranya berlakunya kecemasan.
Katanya orang ramai yang memerlukan bantuan bekalan air menerusi lori tangki atau ingin mendapatkan maklumat lanjut berhubung gangguan bekalan air tidak berjadual itu boleh menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan (PUSPEL) di talian bebas tol, 1-800-88-5252.
Abdul Halem berkata Syabas terpaksa menutup loji rawatan air Sungai Selangor Fasa 1 itu sepanjang penyenggaraan kerana melibatkan kerja-kerja menukar peralatan yang mengalami masalah teknikal seperti injap.
Beliau berkata hentitugas itu juga perlu dilakukan bagi penambahbaikkan pam di loji rawatan itu bagi mencapai tahap kapasiti kepada 950 jumlah liter sehari (JLH) berbanding 840 JLH sekarang. BERNAMA

Related Posts:

  • TEKA TEKI BUTTER TAK HALAL TERJAWAB Apabila Kjee menulis mengenai kesangsian banyak pihak apabila tercetus isu butter Golden Churn tidak halal pada 9 Jun lalu, Kjee menerima info dan email dari 'beberapa pihak yang mendakwa' diri mereka boleh sahkan produk itu… Read More
  • 14 TUNTUTAN BUKAN ISLAM YANG MEMBIMBANGKAN! Kjee ingin berkongsi tulisan ini untuk renungan semua. Kjee membaca entry ini ketika menjenguk di blog rahanahkusayang.blogspot.com. Mohon share Puan Rahanah dan penulis asalnya Dr Haji Ridhuan Tee Abdullah. Hanya sekada… Read More
  • BANTULAH NORMAApabila singgah di blog MamaFami dan juga 1001 Resipi tadi, Kjee menemui kisah yang menyayat hati ini. Ini hari Norma. Hari kita atau mereka yang dekat dengan kita dan yang kita sayang, hanya Allah swt sahaja yang menentukan.… Read More
  • GOLDEN CHURN HARAM!!!! Jakim Sahkan Mentega 'Pure Creamery Butter-Golden Churn' Tidak HalalKUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pada Isnin mengesahkan mentega jenama 'Pure Creamery Butter-Golden Churn' yang dipasarkan di Mala… Read More
  • ADIK NAJWA TELAH DITEMUI! Kjee baru dapat email dari blogger Dezaman Cottage bahawa adik Najwa telah ditemui. Bagaimanapun, kes ini masih dalam siasatan polis. Untuk keterangan lanjut, sila baca di sini. … Read More

4 comments:

  1. nasib baik mak dah bekalkan tong.. jadi bolehlah tadah air bebanyak kat rumah...

    ReplyDelete
  2. thank you kak gee info ni....sayang kak gee

    ReplyDelete
  3. daa prepare dr semalam...tp cam risu jerk cukup ke x...hihiii

    ReplyDelete
  4. err... rasanya last two week dapat notice ganguan bekalan air pada 6 March hari tu... Yg 14 March nie, tak dapat laa pulak... anyway, teman dah call SYABAS tadi, katanya taman rumah teman nie tak terlibat... :D hehehehehe...

    ReplyDelete