Friday, October 11, 2013

AERIL ZAFRIL... LU BIKIN MOKCIK KONFIUS





Kjee konfius. Tolong explain lebih lanjut ayat dibawah ini.

"...pernikahan kali pertama dibuat tanpa didaftarkan dengan pejabat agama tetapi terpaksa melangsungkan akad nikah kali kedua sebagai menghormati permintaan keluarga perempuan sebelum ia didaftarkan secara rasmi."

Apa maksud pelakon Aeril Zafril apabila dia membuat kenyataan ini kepada media? Kjee cari jawapan yang buat Kjee konfius ni dalam semua blog hiburan dan juga media online tapi tidak ketemu.

Kemudian Kjee nak lontarkan balik soalan ini kepada wartawan yang hadir.

"Korang tak suruh dia explain in detail apa maksud ...'pernikahan kali pertama dibuat tanpa didaftarkan dengan pejabat agama'?.

Setahu Kjee, mereka yang nikah luar negara contohnya di Siam, perlu kembali daftar di Pejabat Agama di negara ini. Tapi kalau dah nikah kat Malaysia, kenapa perlu daftar?

Tadi Kjee tanya UnclePali. Dia kata, mungkin pasangan itu nikah tanpa melalui proses yang sah. In other words, nikah 'cara black market'. Mereka yang nikah macam ni, yang selalu Kjee dengar ialah pasangan Indon kat Malaysia.

Isyhhhh susahlah nak citer panjang-panjang. Budak ni dah bagi amaran hari tu, akan saman wartawan yang buat cerita dia dah nikah dengan Wawa Zainal dan ada anak yang lahir lebih kurang 6 bulan lepas nikah. Kenapa pulak dia nak saman wartawan dan akhbar itu sedangkan hari ni, kisah yang sebenar ialah dia dah nikah lebih setahun?

Harap-harap ada wartawan yang terjah kat tempat pernikahan di Taman Datuk Harun tu. Selidik habis-habis siapa jurunikahnya! Ada lesen sah ke nak nikah orang?!!

Adoiii takutlah aku!!  Harap-harap ini bukan skrip drama atau filem. Kalau skrip drama atau filem, banyak perkara yang tak masuk akal, diterima pakai. Wallahualam.

Baca sini kalau korang jugak konfius dengan apa yang Kjee bebel ni.


TERBARU
Di sini penjelasan panjang lebar dari pasangan ini. Harap-harap selepas ini mereka akan dapat meneruskan karier sebagai pelakon demi masa depan mereka dan anak yang masih kecil. Mereka masih muda dan apa yang berlaku mungkin kerana ketakutan untuk berhadapan dengan pihak MIG kerana ada kontrak yang begitu merumitkan.

Related Posts:

  • RAMLAH NAFI BERCINTA DENGAN PENGURUSNYA YANG MUDA Amboi marah betul Ramlah Ram apabila tersiar berita dia kononnya mempunyai hubungan dengan pengurusnya yang khabarnya jauh lebih muda daripadanya. Tak payahlah nak marah2, Ramlah oi. Hari ni marah dan sakit hati, nanti Alla… Read More
  • ULAR GANDINGKAN YUSRY DAN LISA Yusry berlakon dengan Lisa Surihani dalam filem yang sama? Wah dulu masa zaman dengan Era Fazira, pun mereka digandingkan bersama. Kalau tak silap Kjee dalam  filem Mr Cinderella. Masa itu belum kahwin tapi tengah cint… Read More
  • SAH KE BERITA ERRA - EMRAN? ehsan google Kjee ada dengar. Malah angin bertiup kencang mengenai hubungan suami isteri selebriti ini TETAPI Kjee masih beralas tulis jugak lah kan. Satu kerana Kjee tak dapat sahkan berita ini walaupun datangnya dari t… Read More
  • CEPATLAH NIKAH FASHA - JEJAI FOTO EHSAN GOOGLE Bertuah betul duda bernama Jejai ni kan? Masa bujang lagi dah jadi rebutan ramai artis jelita. Kemudian berkahwin dengan Nora Danish. Belum sempat baby yang dikandung isteri dilahirkan, rumahtangga hancu… Read More
  • HILANG AKAL KE PILIH ADAM AF JADI MENTOR!! ehsan google t Hmmm Kjee ketawa sampai guling2 apabila baca berita dalam mStar yang Adam AF akan jadi Mentor musim depan. Kenapa ni TV3? Dah ketandusan idea ke nak cari Mentor? Budak hingusan yang masuk AF hingga ke final… Read More

7 comments:

  1. saya rasa sy fhm..mb depa kawen berwalikan ayh nye atau wakil yg sah..sebenarnya..klo cukup syarat2 nikah yg 5 tu dh sah even xdaftar ke pjbt agama..itu bkn kewajipan..cume dr segi undang2 yg kita kene buat macam tu..

    dan sepatutnye depa xperlu nikah sekali lagi sbb akad yg pertama dh sah jika cukup syarat2nye..soal jurunikah pun sama..cukup syarat2 nye hatta bkn pgwaqi agama yg menikah kn pun xpe..bukankah islam ini indah dan mudah..tp skrg ramai yg suka memudaqhkn dan menyusahkan :)

    ReplyDelete
  2. bagi saya la.. cukuplah dorang ngaku dorang dah nikah & ada anak.. yang lain2 tak perlu kita push utk dorang explain. Mungkin boleh membuka aib.. Cuma kenapa sampai jadi kontroversi baru nak ngaku dah nikah. Islam pun mengalakkan kita meng war2 kan perkahwinan untuk mengelak fitnah

    ReplyDelete
  3. ini gara gara david teo punya undang2 la ... hehehe .....x leh becinta di bawah satu bumbung syarikat .Apa daaaaaa ..... !!!!!!

    ReplyDelete
  4. saya faham pemikiran dan persoalan kak jee kerana kak jee bekas wartawan. kalau saya bawa ke mahkamah saya boleh susunkan kronologi ada kaitan dengan perubahan aeril dari mula dia kata nak belajar agama dll. takpe kita bag mereka benefit of the doubt. Mereka sendiri yang membenarkan fitnah jatuh di atas kepala mereka...segalanya hanya bermula dengan satu pembohongan dan berlanjuatan kepada pembohongan yang lain. bernikah hak mereka tetapi berbohong bukan hak mereka. so stop blaming others but yourselves!

    ReplyDelete
  5. Betul tu! Penjelasan yang mereka beri hanya mengudang lebih banyak persoalan. Saya pun boleh cakap saya dah nikah sembilan kali dan yang kesepuluh baru saya daftarkan secara rasmi. Minta maaf ya...tak payahlah time time mcm ni baru nak berjubah dan bertudung.

    ReplyDelete