Wednesday, October 30, 2013

CLAYPOT CHICKEN RICE, CENDAWAN SHITAKE DAN IKAN JERUK TENGGIRI ALA SZECHUAN









Akhirnya, dapat jugak Kjee buat one dish meal ni. Mudah aje tak perlu ada lauk lain. Claypot Chicken Rice antara makanan favorite kalau Kjee dibawa ke food court shopping complex. Makan kat mana aje foodcourt, rasanya tetap sama.

Semalam, Kjee ajak Nadia singgah kat satu kedai yang menjual pelbagai periuk belanga. Suruh dia beli dua biji claypot. Nadia pilih dua claypot kecik berukuran 7". Satu untuk mama dan satu untuk dia sebab dia tahu UnclePali tak suka makan makanan yang kami suka.

Apapun, apabila siap masak tadi, menyesal pulak beli yang kecik. Kalau beli saiz besar sikit iaitu 9", masak sekali jer boleh makan 3 orang! Baru tahu Unclepali okay jer makan Claypot Chicken Rice. Hehehe.

Kjee tak guna resipi khusus untuk masak nasi ayam ni. Kjee hanya risau satu sahaja iaitu periuk tanah tu akan pecah masa masak. Tapi nasib baik ada kawan-kawan Facebook yang bagi tips. Kena rendam dulu periuk tanah sebelum guna. Thanks so much for info.

Malu nak beritahu yang seumur hidup ini, Kjee tak pernah masak nasi atas dapur. Sejak dulu lagi Kjee hanya tahu masak nasi guna rice cooker! Sebab itulah Kjee risau amat-amat sangat tadi. Takut nasi hangit.

Tetapi, kalau buat Claypot Chicken Rice guna claypot, dasarnya mesti berkerak atau dalam kata lain, mesti hangus sikit, baru sedap!

Okay jom kita tengok cara Kjee masak tadi. Kjee guna 2 claypot berukuran 7". Kalaulah korang tak guna claypot dan nak guna rice cooker, masak nasi macam biasa. Apabila tiba peringkat air nak dekat kering, taburkan ayam yang telah ditumis. Letak balik penutup dan biarkan ia masak tanpa dibuka hingga tiba masa nak makan.







CLAYPOT CHICKEN RICE WITH SHITAKE MUSHROOM DAN SALTED FISH

BAHAN-BAHAN

(UNTUK 1 CLAYPOT SAIZ 7")

¾ cawan beras (direndam kira-kira ½ jam)

untuk perapan ayam
1 mangkuk kecik ayam (dipotong kecik2 atau bite size)
2 ulas bawang putih
1 sudu kicap manis
1 sudu sos tiram
1 sudu kecik minyak bijan
1 inci halia (dimayang halus)

2 cendawan shitake kering (rendam 1 jam guna air panas)
1 keping ikan tenggiri jeruk
sebutir telor (Kjee tak guna)
2 batang cili kering (digunting pendek-pendek)

untuk kicap curahan
2 sudu air
1 sudu kicap manis
1 sudu kicap cair atau nampla
1 sudu kecik minyak bijan
1 sudu jus halia

daun bawang

CARA

1. Perap ayam bersama bahan-bahan perapan selama ½ jam. Simpan dalam peti ais.

2. Apabila sudah cukup masa perapan, letak 1 sudu minyak ke dalam kuali dan tumis dua ulas bawang yang telah diketuk. Kemudian masuskkan dua batang cili kering yang telah direndam dan dipotong pendek-pendek. Goreng hingga cili kering agak garing.

3. Kemudian masukkan semua ayam yang diperap tadi. Goreng pantas-pantas hingga masak. Masukkan cendawan yang telah dibelah 4. Kacau hingga rata dan tepikan.

4. Letak beras dalam claypot. Kjee guna beras wangi. Sukatan air seperti biasa.

5. Apabila air hampir kering (masih lembab), susun ayam yang ditumis tadi diatas permukaan nasi. Susun ikan tenggiri jeruk yang telah dipotong kecik-kecik. Letak penutupnya, perlahankan api dan biarkan nasi masak sempurna.  Matikan api.

6. Ketika hendak hidang, curahkan bahan-bahan curahan diatas yang telah dicampur dan dikacau sebati.

7. Hias dengan daun bawang.


Chicken Rice in a rice cooker





Kjee juga guna rice cooker untuk buat chicken rice ini. Ini kerana Kjee telah buat perapan ayam yang terlebih. Daripada simpan dalam freezer, Kjee suruh Nadia masak nasi dalam rice cooker. Apabila airnya hampir kering, Nadia letak ayam tersebut di permukaan nasi, susun ikan tenggiri jeruk dan curahkan kicap curahan. Banyak mana nak letak kicap curahan ni, agak-agak aje lah yer. Terus letak balik penutupnya hingga nasi masak.

Masakan ini berlainan dari claypot chicken biasa sebab Kjee tumis dulu cili kering hingga garing. Ini cara masakan Szechuan. Jadi, rasanya agak pedas-pedas sikit. Kalau tak suka pedas, tak payah bubuh ya.

Kalau suka bubuh telor, pecahkan sebutir telor diatas tumisan ayam yang telah disusun diatas nasi. Kemudian letak penutup. Wap nasi akan masak telor itu.

Selamat mencuba.














10 comments:

  1. Hubby suka mkn ni k.jee...leh la buat nnt...

    ReplyDelete
  2. Salam. Sedapnye kak gee. Nk kena cri claypot ni. Penah beli dulu2 claypot tp entah mana letak huu3.... Sya nk try sbb skrg ni mlas nk mask lauk2. Selalu tk abes. Msk camni senang skali hadap je hee3...

    ReplyDelete
  3. K.Jee, nampak cukup sedap laahhh nasi tuuuu...mesti rasanya mesti lg sedap dgn aroma periuk tuh kan....nak2 nasi tu hangit2 sikit...@__@

    ReplyDelete
  4. Kjee!!!!!!! I nak!!!!!! Singapore dah banjir dah dengan air liur!!!! Slurp!!! Titer nak titit!!

    ReplyDelete
  5. Salam kak jee,
    Sedapnya. Nk tanya kak jee beli kt mana claypot tu?

    ReplyDelete
  6. Kat mana-mana kedai Cina yang jual periuk belanga Nieda.

    ReplyDelete
  7. Apa beza dari segi rasa...msk dlm claypot & rice cooker?

    ReplyDelete
  8. Entahlah... tak dapat bezakan. Hehehe

    ReplyDelete
  9. salam kak jee sedapnya..kecur dh mngok ni...terasa bau nasi beras wangi tu..

    ReplyDelete
  10. Resepi lengkap da ada ni.. kena beli shitake dulu.. nk cuba dlm rice cooker juga la.. xde claypot.. 🤗

    ReplyDelete