Wednesday, October 30, 2013
MAYA NAK KAHWIN 'MAT SALEH' LAGI?
Jodoh pertemuan di tangan Allah swt. Walaupun pernah dikaitkan dengan VVIP dan pelakon tanahair, namun aktres cantik Maya Karin, khabarnya terpaut kembali kepada lelaki 'Mat Saleh'. Sebelum ini Maya telah berkahwin dan bercerai dengan lelaki kulit putih.
Apapun, Maya yang berdarah campuran Melayu-Jerman ini, mengakui dia tidak mampu menolak seandainya itu jodohnya.
Alhamdullilah syukur. Mudah-mudahan Maya Karin akan segera mendirikan rumahtangga. Elak gosip, elak fitnah. Yang baik itu datangnya dari Allah swt dan buruknya dari kita sendiri. Wallahualam.
Ini yang Kjee baca dalam Sinar Harian Online tadi.
Maya tak serik pilih ‘mat saleh’!
Selepas kegagalan rumah tangganya bersama Muhammad Ali atau nama sebenarnya Steven David Shorthose pada tahun 2010, nampaknya pelakon jelita, Maya Karin Roelcke, 33, tidak serik untuk menjalinkan hubungan serius dengan jejaka kulit putih.
Maya yang kini sudah tidak berselindung mengenai hubungan cintanya, bagaimanapun enggan mendedahkan butiran lanjut mengenai 'mat saleh' yang sedang bertakhta di hatinya itu.
"Biarlah saya merahsiakannya dulu. Sebenarnya, saya tidak memilih mana-mana lelaki. Namun, mungkin sudah ditakdirkan untuk bertemu semula dengan lelaki berkulit putih," katanya yang tidak meletakan sebarang syarat, melainkan jejaka itu harus menyayangi dan memahaminya.
Pelakon yang popular dengan watak Izzah menerusi filem ombak rindu ini juga, tidak mahu lagi memberikan publisiti meluas tentang hubungan cintanya.
Katanya, cukuplah sekadar dia memberitahu media bahawa dia kini masih menjalinkan hubungan istimewa dengan lelaki kulit putih yang juga merupakan orang dalam industri hiburan.
Biarpun mengakui sedang mengenali hati budi lelaki tersebut, Maya menjelaskan hubungan itu masih lagi di peringkat awal.
“Setakat ini hubungan kami berjalan lancar dan dia sentiasa memberi sokongan kepada kerjaya saya.
“Saya sudah kenal lama dengan dia, tetapi hubungan ini masih pada peringkat awal. Biarlah hubungan ini berkembang dengan baik dan doakanlah yang terbaik buat saya,” kata Maya yang mengakui sudah bersedia untuk melangkah ke alam rumah tangga.
Namun, apabila ditanya mengenai bilakah dia akan menamatkan status solonya, Maya menegaskan ia akan tiba masanya.
“Kita tunggu saja. Insya-ALLAH, jika ada jodoh, saya akan menghebahkannya kepada media,” katanya.
Related Posts:
PIHAK LELAKI KATA BELUM GOODBYE DAA... Boleh merenglah kalau follow kes ini. Ini last lah. Kjee terpaksa siarkan apa yang terbaru disiarkan oleh mStar. Nanti tak semena2 kena heret. Ikuti berita yang Kjee copy paste ni. 'Putus Tunang Atau Tidak Selepas K… Read More
TUNANG SHAH JASZLE DAH KATA GOODBYE Akhirnya setelah Shah Jaszle mati2an dakwa tunangannya menerimanya seadanya walaupun membut kenyataan 'diperangkap' dalam kes khalwat baru2 ini, dia kecundang jugak. Rupa2nya dah 10 hari keluarga pihak perempuan mele… Read More
KESEDIHAN 'DAHLIA' TERBAWA2 DI ALAM REALITI Wajahnya yang seringkali penuh kesedihan di hujung2 drama Dahlia, rupa2nya menjadi realiti dalam kehidupannya. Terutama sekali setelah 'kematian bekas suaminya' dalam drama itu. Dalam real life, pelakon dan pengacara Di… Read More
UNDERDOG SYURA KALAHKAN CELINA PESERTA FAVORITE PHOTO CREDIT TO MASTERCHEF MALAYSIA (FACEBOOK) Masterchef Celebrity Malaysia musim kedua melabuhkan tirainya dengan peserta 'underdog' Syura dipilih sebagai juara. Tuah ayam boleh dilihat, tuah Syur… Read More
BENJY KENA TAHAN PASAL DADAH LAGI! Foto ini ketika ditangkap sebelum ini, agaknya. PETALING JAYA: Pelakon Khaeryyl Benjamin Ibrahim, atau Benjy sekali lagi ditahan pada pagi Rabu atas kesalahan menyalahguna dadah dalam satu serbuan di sebuah kondominium di … Read More
cantiknya maya karin ni
ReplyDeletekan...jodoh dan ajal tu rahsia ALLAH
ReplyDeletemoga bahagia
eh kjee, saya baru perasan header dah bertukar wajah
nampak segar