Sunday, January 19, 2014

CHEEZY BALLZ ALA KJEE









Everyone seems to be doing it... Kalau tengok di Facebook, semua orang begitu teruja membuatnya. Kjee pun teringin sangat nak rasa tapi kerana sibuk tak pernah kesempatan. Malam tadi Kjee suruh Nadia pergi KFC belikan untuk Mama dia. Tapi Nadia pulang dengan tangan kosong. Katanya KFC sudah stop production.

Hari ni Kjee masih demam. Rasa cukup tak bermaya. So lepas brunch tadi, singgah di Bagus dan beli Mozarella Cheese. Ramai yang buat guna Cheddar jer tapi rasanya resipi original guna Mozarella. Justru kalau makan masa panas bertali-tali macam makan pizza.

Tadi Kjee dan Nadia bersama-sama hasilkan Cheezy Ballz ini. Kjee campur Cheddar dan Mozarella. Actually tak susah buatlah. Anak-anak sekolah rendah pun boleh buat.

Kupas kentang. Kjee guna 4 biji kentang yang sederhana besar. Lepas tu dipotong dadu dan direbus dengan sedikit garam hingga empok. Kemudian tos air sampai kering dan dilenyek masa panas-panas.

Lepas dilenyek, campurkan dengan sedikit lada hitam dan garam ikut rasa. Kjee guna AjiShio Pepper. Gaulkan sedikit demi sedikit tepung sehingga boleh dikepal jadi sebesar bola pingpong. Jangan letak banyak sangat tepung nanti jadi cekodok.

















Lepas dikepal, dileperkan bahagian tengah dan diletakkan cheese. Kemudian tutup kembali. Apabila dah siap semua, pukul sebiji telor dalam mangkuk dan sediakan jugak bread crumbs. Kjee buat sendiri breadcrumbs. Bakar beberapa keping roti hingga agak garing, pastu diblend guna blender kering.

Panaskan kuali dengan minyak yang cukup supaya bebola boleh digoreng secara rendam.  Apabila minyak panas, perlahankan api. Ambil sebiji bebola, celup dalam telor dan breadcrumbs dan goreng hingga warnanya keemas-emasan. Api biar sederhana yer.

Makan sebaik sahaja suam. Kalau terlalu panas... hmmm korang cubalah sendiri... tengok apa jadi. Hahaha.



Elok jugak dibuat untuk bekal anak-anak ke sekolah. Terima kasih Kak Chaq bagi idea.

Related Posts:

  • BEEF MAC AND CHEESE VERSI KJEE Stok untuk Nadia bekukan Dua hari lepas Kjee terpandang entri Beef Macaroni and Cheese yang Kjee buat 3 tahun lalu! Kecur jugak tapi cam tak minat jer nak buat. Siang tadi, tetiba Nadia whatsapp Kjee. Katan… Read More
  • JANGAN TAMAK MAKAN DI GERMAN DELI IMBISS Dah lama Kjee dan Nadia tak jalan2 sama2, cuci mata dan window shopping. Dulu memanjang dia sibuk dengan studies. Pastu habis jer internship terus kerja. So apabila dia dah ambil cuti panjang untuk temankan … Read More
  • JOM KITA BELAJAR BUAT HASHBROWNS ADIK ADIK It's that time of the year again! Cuti sekolah!!!! Time untuk anak-anak turun ke dapur buat breakfast. Mula dengan breakfast pastu belajar-belajarlah masak untuk lunch, tea dan dinner. Inilah antara breakfast… Read More
  • FRESH MUSHROOM SOUP AND GARLIC BREAD Apabila dah penat makan nasi, Kjee sekeluarga lebih suka makan Garlic Bread dan Fresh Mushroom Soup. Mudah sangat buat dan sejak tahu buat sendiri kami dah tak beli mushroom soup dalam tin. Kjee tak cerewet… Read More
  • STEW EKOR LEMBU BERSAMA GARLIC TOAST Apabila kita bercerita mengenai ekor lembu, seringkali terlintas di fikiran Sup Ekor Lembu. Tak kiranya masak ala Thai ataupun Mamak. Ia memang sedap dan mahal. Semangkuk sup ekor ala Thai kini mencecah dari R… Read More

5 comments:

  1. Salam Kak Jee... terpanggil nak letak komen plak. Selalu membaca je. Baru pagi tadi menulis resepi dr blog. Tetiba petang akak dah tayang... wow... teruja betul. Apapun Kak Jee memang terbaik la. Mohon cuba ye resepi ni plak...

    ReplyDelete
  2. sedap nyer tgk... nk cube lah nnti kak jee... nk bt nyer mudah

    ReplyDelete
  3. sedap kan...tapi ari tu saya cuba guna chedar cheese...

    ReplyDelete
  4. salam kak jee.. mohon share resepi ye.. terliur tgk... mekasih :)

    ReplyDelete
  5. waaahhh geliga la u jee....must try at home

    ReplyDelete