Saturday, February 8, 2014

CENDAWAN GORENG ALA TEMPURA






Inilah rupanya cendawan goreng yang Kjee eksperimen buat ala-ala tempura. Cendawan ini diternak di Kampung Kemensah, belakang Zoo Negara. Dah lama Kjee dengar pasal ladang ternakan cendawan tiram ni. Nanti nak pergi lawatlah... Kjee pernah duduk kat Kampung Kemensah satu ketika dulu.

Cendawan ini pemberian kawan baik Kjee, Aleeza. Satu petang Kjee tengah zzzzz depan TV, tetiba UnclePali masuk dan kejutkan kata Leeza antar cendawan. Kjee suruh simpan dalam peti ais dan terus tidur. Tiga hari peket cendawan tu duk relaks dalam fridge.

And then malam tadi, sementara nak tunggu final Maharaja Lawak Mega, Kjee duk terfikir apa nak buat kunyah-kunyah... tetiba teringat cendawan tiram!! Harus digoreng ni!

Dulu Kjee ada adik angkat nama Shah. Dia ni pernah kerja di sebuah restoran Jepun. Kalau jumpa dia dan sembang-sembang, Kjee mesti ngecek mintak resipi Japanese Food. Antara yang Kjee tanya ialah cara buat tempura.

Kata Shah yang UnclePali panggil Sushi Shah, tak susah buat. Bahan-bahannya tepung dan air sejuk yang diletak ais. Pastu kacau sikit lebih kurang pastu celupkan cendawan dan goreng. Hmmm macam senang jer. Sebab Shah kata senang yang Kjee tak buat-buat sampai malam tadi.

Kjee masuk dapur dengan diikuti Nadia yang masih tak sihat. Dia tolong keluarkan cendawan dari fridge. Kemudian keluarkan tepung gandum dan air sejuk dalam fridge. Kjee keluarkan beberapa ketul ais dan rendam dalam air sejuk tu. Kjee ubah sikit resipi Shah dan keluarkan tepung beras. Agakanya kalau letak tepung beras mesti ranggup kan!

Sukatan yang Kjee guna ialah 1 cawan tepung gandum, 2 sudu tepung beras dan 1½ cawan air sejuk mengandungi ais. Campurkan tepung-tepung tadi dalam satu mangkuk, bubuh garam dan aji (kalau guna) ikut rasa, buat lubang di tengah-tengah dan curahkan air sejuk dengan ais sekali! Kacau guna garfu ala-ala manja gitu. Tapi payah adunan tu jadi licin. Asal gaul udah ler.

Sebelum tu Kjee dah panaskan minyak dalam kuali. Ambil satu cendawan dan celupkan dalam tepung dan gorenglah sampai keemas-emasan. Pastu letak atas tisu dapur untuk serap minyak. Makan dengan sos atau kalau dengan mayonaise pun chantekkk! Tapi kami makan begitu jer dah sedap.

Oh ya ini satu lagi tip yang korang kena amik perhatian. JANGAN sesekali cuci cendawan tiram! Cendawan tak perlu cuci sebab ia akan serap air dan menyebabkan hasil gorengan nanti lembik atau mushy!

Hanya perlu dibersihkan dengan kain bersih ehh mestilah kain bersih atau guna tisu dapur. Cendawan Tiram ditanam secara organik. Tiada guna tanah. Cukup sekadar bersihkan sikit lebih kurang dengan mengelap bahagian-bahagian yang nampak kurang bersih dengan kain atau tisu. Kjee tak lap sebab Kjee tengok semua cendawan itu kelihatan bersih.

Lain kali nak buat guna 100% tepung gandum. Pastu guna bahan-bahan seperti udang dan sayur-sayuran cam terung, kacang buncis dan bendi. Ala-ala tempura Jepun gitu.

Selamat mencuba. Hasilnya, cendawan goreng Kjee ranggup dan habis sekelip mata. Kalau korang rasa ada resipi lain, kongsilah!




11 comments:

  1. Salam kakjee, saya sedang mendengar ucapan pembukaan pengetua sekolah saya untuk majlis maulidurrasul pagi ni sambil baca resepi tempura kakjee yg simple mimple ni. Balik rumah karang nak singgah pasar, nak beli cendawan tiram ni. Takleh tahan baca n tenung gambar lama-lama... terus berbunyi-bunyi poyot kita tau!
    Thanks kakjee for sharing :)

    ReplyDelete
  2. assalam kak jee. saya tinggal di melawati. tak tau plk di kg kemensah ada ladang cendawan. senang ke utk mencarinya?

    ReplyDelete
  3. Salam k.jee... Sy punye resepi cendawan grg tepung guna tpg beras + tpg jagung. Sy blendkan udang kering+bwg putih+cili api+ biji ketumbar. Sila guna food proccesor or blender kering. Mix kn bhn2 yg di blender dgn tpg dan bancuh guna ice water..season dgn garam sikit sbb udang kering dh masin. Pastu deep fry. Insya allah rangup..

    ReplyDelete
  4. krup..krap...krup....krap la jawapnye... adoiyaiiii menggoda tul cendawan kak gee ni.

    ReplyDelete
  5. balik ni nak singgah Mini Cameron (kebun sayur dan strawberry,Genting highland)sebelah opis...nak beli pearl mushroom tuk buat goreng tapi saya guna tepung kacang dhal dan tepung beras sikit....

    ReplyDelete
  6. Rupanya cendawan tak boleh basuh.. Thanks k.jee bg petua yg bguna..

    ReplyDelete
  7. Salam K.Jee.. saya dah cuba.. memang sedap.. rangup plak tu.. anak2 suka sgt.. tq sgt2 kongsi resepi..

    ReplyDelete
  8. Salam k.jee. saya dah try smlm, mmg rangup. Tapi saya gantikan cendawan dgn bayam. Sedap. Kids pun makan buat kudapan..Tq for sharing the recipe..

    ReplyDelete
  9. Salam kjee...memang best & rangup guna resepi tepung tempura ni....sebelum ni buat asyik keras jah tepungnya...hihi...tqvm for the recipe...

    ReplyDelete