Saturday, February 1, 2014
Home »
isu semasa
» DAH SELAMAT SAMPAI DARI SWEDEN
DAH SELAMAT SAMPAI DARI SWEDEN
Kesemua empat anak pasangan Malaysia yang ditahan oleh pihak berkuasa Sweden atas dakwaan penderaan selamat tiba dari Stockholm di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini pada pukul 7 pagi Sabtu.
Empat beradik yang diterbangkan dari Paris itu ialah Aishah (14 tahun), Ammar (12), Adam (11) dan Arif (7). Kesemua mereka kelihatan letih ketika ditemui.
Kanak-kanak itu ditemani oleh Timbalan Menteri Luar Datuk Hamzah Zainuddin serta seorang pegawai khasnya dan saudara kanak-kanak berkenaan.
Dengan dikawal ketat, Aishah hanya dibenarkan berkata bahawa dia gembira.
"Saya gembira dapat pulang," katanya.
Hamzah yang engga mengulas berkata, beliau akan memberi penerangan kepada media di kediaman Perdana Menteri di Jalan Duta kerana kanak-kanak itu dijadualkan bertemu isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.
Ibu bapa kanak-kanak itu iaitu Azizul Raheem Awalludin yang merupakan pegawai pelancongan dan isteri Shalwati Norshal ditahan sejak 18 Disember dan perintah reman telah dilanjutkan sebanyak tiga kali.
Mereka ditahan kerana dipercayai 'mendera' seorang dari empat anaknya yang enggan bersolat. -mStar Online
Related Posts:
SEMOGA ALLAH LANJUTKAN USIA TUN...WE LOVE YOU … Read More
BUKAN PENGAWAL KE YANG PATUT PEGANG TOMBAK? … Read More
MAKANAN YANG HARUS DIELAKKAN OLEH PESAKIT KANSER Rasa2nya dah pernah Kjee kongsi makanan yang menjadi pantang larang mereka yang sedang mengidap kanser. Tapi apa salahnya kita segarkan balik ingatan. Apabila kita sudah tahu, elok kalau kita menjauhinya. Teta… Read More
SELAMAT ULANGTAHUN KE-67 UMNO! … Read More
SENARAI KABINET DS NAJIB 2013 - 2018 PERDANA MENTERI:YAB DATO’ SRI HAJI MOHD. NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK (UMNO)TIMBALAN PERDANA MENTERI:YAB TAN SRI DATO’ HAJI MUHYIDDIN BIN YASSIN (UMNO)JABATAN PERDANA MENTERI:MENTERI:(1) YB DATO’ SERI JAMIL KHIR BIN… Read More
dahsyat sungguh...kasihan anak-anak....
ReplyDeleteAlhamdulillah, sekurang2nya kini 4 anak2 ni di tanahair sendiri.
ReplyDelete