Friday, May 23, 2014

LAUK CARA KAMPUNG AJE ARI NI






Kalau kat kampung, tak heranlah tengok lauk camni kan? Pucuk ubi masak lemak cili padi ngan daging salai, ikan pekasam, petai jeruk ngan sambal belacan dan ayam goreng.

Tapi kalau duduk jauh dari kampung, kecur air liur. Terutama sekali orang Utara yang susah nak berenggang dengan ikan pekasam.

Ini sahajalah rezeki kami suami isteri hari ni. UnclePali memang tak suka Kjee susah payah nak masak pada hari Jumaat. Dia kan nak gi solat Jumaat. Jadi tak sempat nak tolong Kjee masak.

Tapi Kjee ni jenis yang kalau dah tekak teringin, nak jugak ke dapur walaupun buat kerja dua kali lebih lambat dari orang biasa.






Walaupun semalam Kjee tak berapa sihat, tapi Kjee gagahkan diri masak sebab malas nak makan kat kedai. Satu hal nak bersiap, satu hal nak pergi cari kedai yang kena dengan selera dan satu hal lak nak balik lepas kenyang. Banyak lah punya hal.

Tadi masa UnclePali bukak freezer cari ayam sebab Kjee nak goreng ayam, dia terjumpa satu peket daging salai yang Kjee beli dari Zamri Salai Kuala Pilah. Sedap kalau buat masak lemak cili padi dengan pucuk ubi. Nasib baik UnclePali ada tanam pucuk ubi depan rumah.

So jadilah lauk kami hari beserta ikan pekasam yang Kjee beli kat Dwan wartawan Harian Metro. Ikan pekasam dia sedap sangat. MIL Kjee kata orang Changlun, Kedah, memang pakar buat pekasam. Korang nak cuba, add dia kat FB Dwan Inzaghi.

Selain itu, kat dalam fridge memang sentiasa ada stok petai jeruk yang Kjee buat sendiri. So kalau nak makan petai jeruk mesti ada lawan dia iaitu sambal belacan UnclePali yang power.

Itu jer Kjee nak story arini. Nak ke dapur buat pies dan samosa untuk order esok.



Kjee goreng begitu jer ikan pekasam. Cara lain UnclePali tak suka

Related Posts:

  • CHINESE FOOD UNTUK BERBUKA HARI NI? Apabila kita bercerita mengenai Chinese Food atau makanan Cina, pasti ramai beranggapan ia makanan yang tidak pedas. Oppps silap tu. Sejak kebelakangan ini, makanan Cina pedas2 terutama sekali kalau menu itu da… Read More
  • IDEA BERBUKA DENGAN NASI BERPERISA Salam Nuzul Quran. Ada beberapa negeri yang bercuti hari ini. Di Kuala Lumpur, walaupun tidak bercuti, namun kawasan2 tumpuan membeli belah sarat barat dengan pengunjung. Jalan menjadi sesak dan Kjee langsung… Read More
  • IDEA HIDANGAN BERBUKA PUASA/SAHUR...3Asalammualaikum. Hari Jumaat sudah kembali. Hari ni tetiba rasa nak share dengan korang resipi berasaskan udang. Kjee pelbagaikan pilihan. Ada udang halus yang warna putih tu, ada udang galah dan ada udang biasa. Karang kena… Read More
  • LAUK BIDAN TERJUN UNTUK BERBUKA HARI INI Hari ni Kjee tak rancang nak masak. Tapi kita hanya mampu merancang. Menjelang waktu berbuka, terhidang tiga jenis lauk diatas meja. Alhamdullilah, menu simple sahaja. Beginilah rupanya lauk bidan terjun. Daging goreng kuny… Read More
  • GULAI PAHANG AYAM KAMPUNG Ahad lepas UnclePali balik kampung. Mak mertua Kjee kirim kat dia seekor ayam kampung sebab dia tahu menantu pompuan sorang ni suka sangat ayam kampung. UnclePali sampai rumah terus masukkan ke dalam freezer. Makl… Read More

6 comments:

  1. sedap masak kampung cam ni Kjee makan beradap pulak memang terangkat...

    ReplyDelete
  2. masak simple2 cmni lagi berselera makan..orang kmpung macam ecah ni memang sesuai betul ngan tekak kalau masak macam ni..terutama sekali pekasam tu..hehe

    ReplyDelete
  3. Kak gee..........kalo saya lauk cam ni la yag bole tambah nasi sampai 3-4 pinggan...huhuhu....teringat kampung...

    ReplyDelete
  4. Hadoyyy.. Tak tahannya nengokkk.. ������

    ReplyDelete
  5. Salam kakjee, sedapnya.menu mcm ni mkn x cukup sepinggan

    ReplyDelete
  6. ikan pekasamm..melelehhh..hehehe

    ReplyDelete