Saturday, July 12, 2014

MI KARI NYONYA SEDAP GUA CAKAP LU









Mi Kari. Uniknya masyarakat majmuk di Malaysia ialah setiap bangsa ada resipi Mi Kari mereka yang tersendiri. Justru, kita sebenarnya banyak pilihan untuk memilih Mi Kari yang sesuai dengan citarasa masing-masing.

One man's meat is another man's poison. Maknanya, kalau Kjee suka Mi Kari Nyonya, tidak semestinya ia menjadi citarasa korang. Tepuk dada tanya selera. Kjee, misalnya kurang gemar makan Mi Kari yang disertakan dengan telor rebus. Kjee tak tahu kenapa tapi kalau Kjee tengok Mi Kari ada telor rebus, terus tertutup selera.

Mi Kari yang menjadi pilihan Kjee ialah Mi Kari Nyonya. Masa Kjee meniaga dulu, ada budak-budak sekolah nakal yang mengusik Auntie Jee. : "Nyonya mana ni pulak Auntie Jee?". Hehehe.

Anyway, dek kerana teringin sangat nak makan Mi Kari dan terlalu malas nak keluar tapau Mi Kari untuk Berbuka Puasa, maka semalam Kjee masaklah kat rumah Mi Kari Nyonya Kjee yang femes ni. Femes? Hmm bukan resipi ori Kjee tetapi resipi yang Kjee dapat lebih 30 tahun lalu dari nyonya yang jual kat kantin NST dulu.




























Kjee kata femes sebab apabila Kjee masukkan resipinya dalam blog Kjee beberapa tahun lalu, ramai yang sudah mencubanya. Dan feed back yang Kjee terima adalah, ianya memang sedap. So, Kjee tak maulah amik kredit kata mi kari ni sedap sebab resipi Kjee. Perlu beri kredit kepada nyonya yang sudi ajar Kjee buat dulu.

Bukanlah ajar satu persatu tapi dia hanya kata: " Lu taruk itu, lu taruk ini maaa.."  Alhamdullilah anak murid 'sifu yang ajar lu taruk itu lu taruk ini' berjaya menghasilkan Mi Kari idaman Malaya. Hohoho.

Petang semalam dalam kekalutan banyak kerja nak buat menjelang Azan Maghrib, inilah sahaja gambar yang boleh ditayang.

Mi Kari Nyonya hanya dianggap lengkap kalau ada Kerang danTaupok.

Resipi korang intai SINI. Selamat mencuba.




Related Posts:

  • CHICKEN CHOP ALA HAILAM... EH YA KER? Apa beza Chicken Chop Hailam dengan yang Western (western sangat lah tu) yang selalu kita makan kat kedai ataupun buat sendiri di rumah? Hmmm ada beza. Satu jenis, sosnya dituang keatas ayam yang telah dipanggang… Read More
  • KASTAD TELOR JEPUN YANG ENAK Cawanmushi, kastad telor Jepun yang Kjee sekeluarga suka sangat. Kalau pergi makan kat restoran Jepun, tak sah kalau tak order satu atau dua bekas cawanmushi. Kjee seringkali layari internet untuk … Read More
  • IDEA HIDANGAN BERBUKA PUASA/SAHUR ... 5 Hari ni Kjee nak kongsi tiga resipi yang sedap tetapi agak mengambil masa untuk disediakan. Sebab itulah Kjee syorkan dibuat di hujung minggu. Anak2 ada dan korang yang berkerja, cuti. Semalam Kjee ajak UnclePali per… Read More
  • CHINESE FOOD UNTUK BERBUKA HARI NI? Apabila kita bercerita mengenai Chinese Food atau makanan Cina, pasti ramai beranggapan ia makanan yang tidak pedas. Oppps silap tu. Sejak kebelakangan ini, makanan Cina pedas2 terutama sekali kalau menu itu da… Read More
  • SAMBAL MASAM MANIS IKAN SIAKAP Ingatkan hari ni kena makan kat luar lagi sebab tak ada apa nak masak kat rumah, tetiba Nadia kata hari tu dia beli 2 ekor ikan siakap! Kalau ada ikan Siakap, Kjee selalu buat steamed fish ataupun Tiga Rasa ala Thai. D… Read More

4 comments:

  1. salam kak jee, kalau tgk resepi kak jee, tak letak bawang masa tumis. mmg x yah letak ke atau terlupa nak tulis. selalu kalau masak buh bawang terasa manisnye semulajadi. hujung minggu ni nak try nih!

    ReplyDelete
  2. Please ikut resipi. kalau tak ada dalam resipi tak payah bubuh. kalau nak letak apa sahaja bahan extra ikut sukalah.

    ReplyDelete
  3. Saya dh cuba.. Sedap sgt! Tq kak jee

    ReplyDelete