Thursday, July 3, 2014
POHON DOA BUAT DATUK SHARIFAH AINI
Biduan Negara Datuk Sharifah Aini, 61 tahun yang telah dimasukkan ke hospital dua hari lalu kerana masalah pada paru-paru, kini beransur pulih.
Wakil beliau, Aishah Ali memberitahu, keadaan Datuk Sharifah Aini hari ini lebih stabil berbanding hari pertama beliau dimasukkan ke hospital.
"Masalah pernafasan beliau kini sudah bertambah baik dengan pengawasan teliti pihak hospital. Kami merayu jangan ada pihak yang menyebarkan khabar angin mengatakan keadaan Datuk Sharifah Aini parah ataupun kritikal.
"Saya baru sahaja pulang dari menziarahi beliau petang tadi dan mendapati tahap kesihatan beliau kini amat memuaskan. Malah Dato Dr Zainuddin Md Zain, Pakar Perunding Respitori juga memberi jaminan segala yang terbaik sedang dilakukan untuk penyanyi kesayangan ramai itu," kata Aishah Ali ketika Kjee menghubunginya petang tadi.
Difahamkan, hanya Aishah Ali sahaja yang akan memberi kenyataan kepada media bagi pihak keluarga Sharifah Aini.
Justru, di hari dan bulan baik ini, elok kita semua mendoakan agar Datuk Sharifah Aini segera sembuh dan terselamat dari segala musibah. Insya Allah. Ameen.
Related Posts:
NISDAWATI LEGA, KJEE PULAK RISAU. Nisdawati - album google Wah nampaknya lepas ni, Kjee kena susun kata2 dengan baik dan berhemah kalau masukkan entry ke dalam blog ni. Kalau tidak nanti kena saman! Takuttt! innity_pub = "d1dc3a8270a6f9394f88847d7f0050c… Read More
SHAHEIZY SAM NAFI TINGGALKAN METROWEALTH Oleh KEMALIA OTHMANWalaupun sudah hebuh kononya, pelakon paling laku tanahair dewasa ini, Shaheizy Sam akan meninggalkan Metrowealth, akhirnya, dia mengakui akan menyambung lagi kontraknya dengan syarikat itu,Shahezy memberi… Read More
AISHAH LEBIH RAPAT DENGAN ANAK2 SELEPAS BERCERAIOleh KEMALIA OTHMANAishahKUALA LUMPUR: Penyanyi Wan Aishah Wan Ariffin atau Aishah mengakui penceraiannya dengan Faizal Sazali Zulkifli pada Mei lalu memberi impak besar dalam kehidupannya bersama anak-anak.Kata Aishah, … Read More
SAZZY, NAZRIL DAN BUAH HATI MEREKA foto mstar Comelnya Iman Lilly dan Tiara Rose, baby kembar aktres Sazzy Falak dan suaminya Nazril Idrus. Siapa sangka Sazzy yang kecil molek mampu melalui penghamilan selama 9 bulan untuk sepasang anak kembar. Itulah kuasa… Read More
YASMIN HANI DAH JADI ISTERI SHA'ARIN Selamat pengantin Baru diucapkan kepada pelakon Yasmin Hani Richardson dan bekas anggota Black Rose Sha'arin Mohammad Razali. Semoga kekal ke akhir hayat. Sha'arin tetap memilih pelakon sebagai isteri setelah berpisah deng… Read More
Sejak aku budak-budak lagi tahun 70han aku suka sangat dengar lagu-lagu datuk sharifah aini, kadang-kadang aku dan kawan-kawan ramai-ramai menyanyikan lagu-lagu arwah, antaranya lagu bunga tanjung, terbang helang, selimut putih ..sedap sungguh suaranya. Al Fatihah
ReplyDelete