Sunday, November 16, 2014

PANCAKES UNCLEPALI SETELAH SEKIAN LAMA







Ini antara kepandaian UnclePali. Well, sapa nak puji kalau bukan isteri dia kan? Hehehe. Actually, Kjee memang tak pernah diberi peluang buat pancakes sebab UnclePali suka sangat nak buat. Sambil buat tadi, Kjee dengar dia nyanyi-nyanyi kecil. Cam happy jer. Hahaha.

Dah lama UnclePali tak buat. Nadia punya favorite. So sejak setahun lalu (eh Nadia dah setahun kerja!), UnclePali tak pernah buat. Sebab kalau dia buat, hanya untuk Nadia makan. Kjee pulak tak kesah. Ada okay tak ada pun hokay lah.

Dek kerana dah lama tak buat, Kjee pun bukak balik entri terakhir pasal pancakes air tangan UnclePali. Naseb baik ada. KLIK SINI.




























Rasanya batter pancakes yang UnclePali buat arini, tercair sikit. Tipis jer tapi tetap sedap!

UnclePali dan Nadia makan guna Maple Syrup. Isyhhh dah habis fotografi baru Nadia keluarkan dari dalam peti ais. Kjee makan guna sugar free Orange Marmalade. Ingatkan nak makan jugak dengan honey tapi tetiba teringat ada baki asam rebus daging yang buat semalam. Nadia terus masuk dalam microwave. Hmmm sedap bebenar pancakes makan dengan asam rebus. Kalau ada sambal tumis udang ngan petai ataupun kari ayam pun sodap tau!! Fuyoooo.

Kjee baru tau selama ini UnclePali bubuh butter masa blend bahan-bahan seperti tepung gandum dan susu cair. Patutlah pancakes dia sedap. Kjee tanya mana belajar? Dia kata : "Saja-saja...suka-suka."




Ini cara mokcik makan. Kalau dah tekak Jowo kan? 
























That's all for this beautiful Sunday. Enjoy your tomorrow. Hehehe

Related Posts:

  • SARAPAN YANG MUDAH DAN DISUKAI RAMAI Scrambled Eggs my way Sunny Side Up aka Telor Mata Kerbau Half Boiled aka Setengah Masak Grilled Bread - suka charred marks Grilled Bread with Scrambled Eggs Egg Benedict aka Telor  Separuh Ma… Read More
  • UBI KAYU REBUS CICAH SAMBAL DAN KELAPA         Kalau asal bukan dari kampung, Ubi Kayu Rebus ini adalah satu-satunya makanan yang dinanti-nantikan. Walaupun ini makanan ruji atuk, nenek dan jugak emak masa zaman Jepun dulu, tetapi Kjee jar… Read More
  • ROTI GRILL UNTUK SARAPAN Ini guna roti bijirin        Sejak kesihatan Kjee tidak begitu elok sejak akhir-akhir ini, Kjee dah jarang-jarang dibawa UnclePali ke my favorite kedai untuk sarapan. Kalau tidak, setiap pagi, di… Read More
  • NASI DAGANG GANU PERTAMA GUNA BERAS BASMATHI Ketika Chef Haji Kamaruddin mesej Kjee supaya datang menikmati Nasi Dagang, product terbaru yang dikeluarkan oleh Wadi Daw'an sejak dua bulan lalu, Kjee cukup teruja. Kjee memang peminat Numero Uno (nombor one)… Read More
  • CARA BUAT EGG ON TOAST - ATAS PERMINTAAN RAMAI Ramai sangat yang nak tahu cara Unclepali buat egg on toast. Actually, bukan tiap kali Unclepali buat ia menjadi dengan perfect. Macam pagi ni. Tak tahu mood apa yang dibawaknya bersama ke dapur maka telor separuh masak… Read More

1 comment:

  1. Saya buat pancake selalu tak jadi huhuhu tak tahu kenapa...
    Hari ni masak sayur manis rebung... http://enyyusnizar.blogspot.com/2014/11/sayur-manis-rebung.html

    ReplyDelete