Wednesday, May 13, 2015

BINGKA UBI KAYU RESIPI ORANG LAMA










Masa muda-muda dulu, Kjee memang rajin buat Bingka Ubi Kayu. Buat guna resipi hantam sajalah labu. Resipi arwah Bonda. Jadi, bila teringin nak makan sekarang, garu kepala sebab dulu-dulu mana ada resipi sukat sukat. Tapi heran jugak ya. Resipi tanpa sukatan khusus, menjadi pulak tu!

Yang Kjee ingat, Bonda suruh toskan ubi yang telah disagat. Kemudian air yang ditoskan itu, dibiarkan kira-kira 10-20 minit. Lepas tu, pelan-pelan buangkan air ubi tadi dan tinggalkan sagunya yang putih melepak tu. Sagu tu dimasukkan balik ke dalam ubi sagat yang telah ditoskan airnya. Kacau rata. Pastu buhlah gula, santan dan sedikit garam. Jangan lupa sedikit pewarna kata arwah Bonda. Nanti kuih jadi pucat pulak macam muka orang lepas bersalin. Hehehe.

Kenapa dibuang air tu? Bonda kata air tu yang buat kuih nanti rasa pahit. Oh ya ker? Kjee patuh betul arahan Bonda. Yalah, buatnya masa Kjee buat kuih tu, Bonda datang bertandang kan? Tak ke naya kalau kuih pahit.

Actually kalau nak makan Bingka Ubi Kayu, Kjee lebih suka beli air tangan Nyonya Melaka atau Pulau Pinang. Rasanya sedap sangat berbanding dengan bingka orang kita. Rasanya kuih ini asalnya air tangan dia orang. Sangguplah kjee bayar mahal sikit asal sedap.






























Resipi yang Kjee buat ni Kjee tak pasti Bonda amik dari mana. Mungkin dari sebelah ipar duainya yang berasal dari Melaka. Ipar duai Bonda memang pandai masak lauk pauk dan kuih muih.

Untuk kuih arini, Kjee guna 4 mangkuk (Chinese Rice Bowls) ubi yang telah disagat. Kali ni tak sagat. Tipu sikit. Guna Food Processor. Mudah dan tak luka-luka jari jemari kalau guna sagat kan? UnclePali cincang ubi kecik-kecik dan trrrr sampai halus. Dia bubuh sikit air.

Lepas tu, ditapis airnya. Isi ubi kayu yang sudah ditos tu, Kjee sukat sebanyak 4 mangkuk kecik.

Kemudian, Kjee masukkan sagu yang Kjee dapat setelah dibuang air pahit ubi tadi, ke dalam besen isi ubi kayu. Letak sedikit garam, ¾ mangkuk (Chinese Rice Bowls yang sama) gula pasir dan 2 cawan santan pekat. Kalau nak manis boleh tambah lagi gula. Kjee guna satu kotak santan pekat yang dicampur 1 mangkuk air.

Kacau rata dan bubuh sedikit perwarna kuning, Kjee bubuh egg yellow.

Masa buat persediaan tadi, panaskanlah terlebih dahulu oven selama 20 minit suhu 200 darjah.

Kemudian amik loyang, sapu marjerin sekeling dalam loyang dan tuangkan adunan tadi. Pastu bakar selama 1 hingga 1½ jam atau sehingga masak, garing dan warna keemasan. Sejuk betul-betul baru dipotong-potong.

Bingka Ubi Kayu yang Kjee buat ni, kemanisannya, just nice. UnclePali pun kata sedap. Kalau beli biasanya, menyengat sangat manis. Tapi kalau korang jenis yang suka kuih muih manis, bolehlah adjust gula. Kjee letak ¾ mangkuk jer. Kalau arwah Bonda dulu mungkin sampai 1½ mangkuk!!!









4 comments:

  1. SEDAPNYA BINGKA UBI KAYU JEE...PETANG TADI BARU MAKAN BELI KAT PASAR MALAM...MAKAN XINGAT LEPAS TU MENGAH KEMBUNG PERUT..BIASALA UBIKAYU NI ANGIN..

    ReplyDelete
  2. Hohooo... Kak Jee... yang buat bingka ubi pucat macam orang baru lepas bersalin tu saya laaa... ha hahaha buat minggu lepas. Nak bubuh pewarna kuning rupanya pewarna dah habis... dah tu pulak tambah telur dalam bingka ubi tu...lagi...blend saja ubi tu...huh! Cukup menderhaka...!

    ReplyDelete
  3. saya buat guna kuali ajaib tu rasa ajaib jugak la sebab menjadi dan tak melekat lepas masak panas2 blh terus potong tapi saya buang semua air yg ditapis tu tak tau pulak sagunya blh guna hihi tq kak sharing tips

    ReplyDelete
  4. Sedapnya kak jeeee...

    Jemput jengah blog sue pula ya

    http://blogmummyrifqiy.blogspot.com

    ReplyDelete