Friday, July 31, 2015

LODEH KERING LETAK PETAI








Orang Jawa harus kenal lauk ini. Kalau tak kenal, maka dia bukan orang Jawa piau (pure). Kjee kenal lauk ini sebagai lodeh kering atau Bonda panggil Sambal Goreng.

Menu ini wajib bagi Nadia di pagi Raya. Masa kecik-keciklah. Dah tua-tua ni, dia tak pulak request suruh buat. Hehehe.

Pernah Kjee merajuk di pagi Raya apabila my MIL kata tak payah masak Sambal Goreng sebab dia orang tak reti makan. Punyalah hancur luluh hati Kjee dan Nadia. Dalam diam, Kjee amik bahan-bahan yang Kjee dah sediakan dan buang dalam tong sampah. Tak tahu kenapa... mungkin terasa jauh sangat hati ni...

Anyway, naseblah kan my MIL dapat menantu orang Jawa. Species yang tidak boleh dipisahkan dengan tempe.

Hari ni Kjee buat kering sikit. Saja. Kalau tidak, mesti lembab-lembab sikit. Yang pasti Kjee letak banyak cili padi merah yang pedas menyala tu selain cili hidup. Tu yang UnclePali bagi two thumbs up... kekadang dia tak berapa minat lodeh kering. Agaknya arini pasal ia pedas sikit.

Tadi Kjee nampak rebung yang masam tu kat Hero Market. Ingatkan nak letak rebung. Kjee tak pernah masak lodeh ni letak rebung. Biasanya letak petai jer. Tapi, my cousin pernah buat. Makan kat rumah dia masa Raya entah berpuluh tahun lalu. Sedap tau bubuh rebung. Ada orang Jawa letak jugak sohun tapi Kjee tak suka.

Itu jer nak story. Hari ni tak sihat sangat. Tapak kaki berdenyut-denyut. Ada dua open house nak pergi Sabtu dan Ahad. Tak tahu samada kesihatan mengizinkan.

Kalau nak resipi Lodeh Kering ni, korang klik jer SINI.



Related Posts:

  • LODEH KERING VERSI BONDAKU Walaupun ramai orang Jawa kata ini Lodeh Kering tetapi Kjee heran kenapa arwah Bonda panggil Sambal Goreng. Kjee tak ada jawapannya sebab Bonda dah tak ada. Apapun, sekarang ni Kjee dah panggil lauk ini Lodeh Kering… Read More
  • ALAHAI BULAN PUASA MAKAN SAMBAL IJO IKAN DENGAN PETAI? Hari ni Kjee buat Sambal Ijo (Hijau) untuk dijadikan stok bulan Puasa. Sepatutnya buat sebelum puasa aritu tapi bila tak sihat, maka tertangguh-tangguh. Kjee gemar buat sambal ijo ni banyak-banyak sebab ia v… Read More
  • SAMBAL GORENG JAWA Kjee orang Jawa. Jawa piau (pure). Mak bapak datuk nenek semua Jawa. Jadi tekak ni kalau tak pekena lodeh kering atau arwah Mak kata Sambal Goreng, tak sah hidup. Mujur anak dara kita pun favorite. Tak ada sam… Read More
  • LAUK DAGING SAMA PETAI BERCILI First time Kjee makan Daging Goreng Cili bersama petai ini di kedai makan Anne, adik angkat Kjee di Paya Jaras. Kjee mintak resipi. Anne malu-malu nak beri sebab katanya, goreng berlada biasa saja tapi dia letak pet… Read More
  • LOBAK PUTIH TUMIS AIR Tadi semasa Kjee suruh UnclePali amik gambar Lobak Putih Masak Bening ni, dia pandang Kjee semacam. "Haritu punya awak tak masuk lagi dalam blog. Ini yang amik gambar lagi ker?" Kjee yang tengah blur sebab kepenatan,… Read More

1 comment: