Tuesday, November 17, 2015

AYAM KUKUS CARA HAINAN






Tak semua orang suka makan Nasi Ayam Hainan dimana ayamnya dikukus bukan goreng. Salah satu insan tersebut, my other half aka UnclePali. Dia lebih rela switch ke makanan lain kalau tiada pilihan ayam goreng.

Dia tak bagitau kenapa tapi rasa-rasanya Kjee tahu. Ayam, kalau tidak dikukus dengan sempurna akan berbau hanyir. And UnclePali pantang ada bau. Sebab tu dia tak makan sangat ikan sungai.

Memang Kjee akui, Ayam Kukus ada bau hanyir. Mungkin ada sesetengah restoran itu tidak menitikberatkan perapan ayam tersebut.

Ini kali pertama Kjee membuat Ayam Kukus ala Hainan. Kjee google dan buat perbandingan. Dan akhirnya Kjee pilih resipi yang mana ayam diperap setengah jam atau lebih. Guna banyak hirisan halia.

Dan hasilnya amat-amat memuaskan. Tiada bau hanyir ayam kecuali bau halia serta minyak bijan. Resipi asal tak letak minyak bijan tetapi menggunakan Chinese Rice Wine. Kjee tak pasti samada ianya sama waktu dengan air tapai kita.

Anyway, Kjee buat keputusan letak satu sudu minyak bijan ketika mengukus.








Ayam itu diperap terlebih dulu dengan kicap cair. Kjee guna nampla atau fish sauce Thai. Hiris nipis dua inci halia. Kemudian susun di bekas ayan. Selangselikan halia dengan daun bawang (bahagian putihnya). Ayam dilumur dengan lebih kurang 1 sudu besar kicap cair. Kemudian disusun atas bekas ayan (atau apa jua bekas yang korang guna) tadi. Letak dalam peti ais selama setengah jam atau lebih.

Setelah cukup masa perapan, didihkan air pada kukusan. Kjee guna kukusan buluh. Kukus lebih kurang 30 minit atau sampai masak. Cucuk bahagian tebal ayam untuk pastikan ia masak. Kalau terpercik darah atau air, belum cukup masak lagi. Tambah sedikit lagi masa.

Tadi, apabila sudah masak, Kjee padam api tanpa bukak tudung. Beri masa 10 hingga 15 minit baru dihidang.






Untuk sos kicapnya, Kjee campur dua sudu kicap manis, 1½ sudu sos tiram dan beberapa titis minyak bijan. Kemudian Kjee curahkan satu sudu air rebusan tulang ayam. Air yang Kjee guna untuk masak nasi ayam. Dan jugak untuk dijadikan sup untuk makan bersama Nasi Ayam nanti.

Kacau rata sos tersebut. Curahkan keatas ayam ketika hendak makan.

Selain sos kicap, Kjee juga buat sos cili dan jugak tumbuk dua inci halia hingga halus. Halia ini adalah wajib dicampurkan dalam sos cili ketika hendak makan.

Untuk UnclePali yang tak makan ayam kukus, Kjee jugak goreng ayam untuknya.

Sebelum kukus ayam, Kjee masak dulu nasi. Resipinya DISINI.



Ayam goreng









Related Posts:

  • 152. Satay dan Kuah Satay Satay. Kjee dibesarkan dengan satay. Arwah mak kata, Kjee dilahirkan dalam dulang satay. Yelah tu. Kononnya masa dia dah sarat sangat mengandungkan Kjee, dia masih bantu ayah dia cucuk satay. Tup2 masa tengah cucuk s… Read More
  • AYAM GORENG KUNYIT MERAJUK PUNYA PASAL        Kjee masak lauk ini semalam sebab kes merajuk dua hari lepas. Teringin nak makan kat Restoran Ayam Goreng Kunyit Mat Rock yang femes tu di Kampung Pandan. Sampai sana, tak ada parking. Nak park… Read More
  • AYAM GORENG BEREMPAH GARING              Ayam goreng adalah favorite kami sekeluarga. Especially kalau makan panas-panas. Pakar menggoreng ayam dalam rumah kami ialah UnclePali. Bukan sahaja goreng ayam tetapi di… Read More
  • REBUNG MADU MLCP        Apabila membeli rebung, Kjee suka jenis yang jeruk. Yang dihiris nipis-nipis. Rasanya masam-masam dan sedap dimasak Lemak Cili Padi (mlcp). Tetapi setelah diperkenalkan kepada Rebung Madu … Read More
  • SAMBAL UDANG PETAI               Hari ini teringin nak makan Sambal Udang. Oleh kerana Kjee tak sihat, UnclePali kata biar dia pergi beli yang dah siap sahaja. Tetapi memang mudah aje cakap. Apakah hasi… Read More

5 comments: