Friday, November 27, 2015

CUBAAN PERTAMA KUIH BAHULU CERMAI








Ini pertama kali Kjee buat kuih Bahulu, sendiri. On my own. Kali terakhir Kjee buat adalah bersama arwah Bonda, puluhan tahun lalu. Hmmmm masa Kjee masih remaja. Lamanya kan? Sekarang dah 60 tahun baru berani buat sendiri.

Dan walaupun mungkin nampak cantik hasil Kuih Bahulu Cermai ini, jauh di sudut hati Kjee, Kjee tahu Kjee sebenarnya telah gagal. Serius. Walaupun gebu dan ringan, namun Kjee tahu Kjee ada buat kesilapan meminda resipi tanpa berfikir panjang.

Bayangkan, resipi asal Mat Gebu hanya memerlukan 5 biji telor. Gred A. Tapi kerana Kjee nak guna telor itik yang kecil, Kjee guna 6 biji telor itik. Rasanya gred B atau mungkin C. Kjee tambah sebiji lagi tanpa meminda timbangan tepung! Sepatutnya tambah telor, tambahlah tepung kan? Hmmm bodoh lama belum hilang, timbul bodoh baru... Bonda suka cakap macam tu dulu. Hehehe.














Justru, Kuih Bahulu yang Kjee hasilkan kurang kenyal. Lebih mirip kepada kek span atau sponge cake. Tapi, taklah rosak kejadiannya. Cuma kurang rasa tepung. Lain kali, Kjee akan hati-hati dan follow resipi asal as close as possible.

Kjee tak suka kalau Bonda buat Kuih Bahulu. Kjee suka makan tapi tak suka bab kepuk atau pukul telor. Selalunya, Kjee jadi mangsa. Jadi tukang pukul telor untuk buat kuih ni. Tak sanggup tengok bonda berhempas pulas seorang diri. Arwah mungkin bangga dengan apa yang Kjee lakukan hari ini, walaupun Kjee guna Hand Mixer untuk kepuk telor. Hehehe.

Oleh kerana Kjee pernah buat masa remaja dulu, maka bukanlah suatu keajaiban Kjee melakukannya hari ini. Walaupun UnclePali kata, kan lebih mudah beli. Berlambak orang jual. Murah pulak tu. Tetapi Kjee mahu menghasilkannya untuk set rekod peribadi (ewah) dan jugak untuk dijadikan rujukan untuk anak cucu.

Dalam banyak-banyak resipi yang Kjee google, resipi Che Mat Gebu blogger femes Dapur Tanpa Sempadan menjadi pilihan kerana bahannya mudah dan tiada banyak kerenah. Cuma Kjee kurangkan pengunaan gula sebanyak 20gms.

Kjee guna telor itik. Kenapa? Suka suka jer. Kalau takut hanyir, bubuhlah vanilla. Mat Gebu bubuh esen rose. Tapi Kjee tak suka baunya yang menyengat. Vanilla sangat kena dengan citarasa.

Korang nak resipi penuh, boleh KLIK SINI. Entri Mat Gebu, 6 tahun yang lalu.

Kjee berjanji, lain kali Kjee buat, Kjee akan pastikan Kjee ikut resipi Mat Gebu betul-betul. Hehehe. Dan Insya Allah akan beli acuan yang besar sikit. Yang ini, agak kecil-kecil hasilnya. Sekali masuk mulut, terus hilang. Dan kena tunggu lama untuk habis masak semua adunan. Buat yang besar-besar jimat sikit masa. Hahaha.








2 comments:

  1. Bila kakjee sebut guna telur itik sy duk terbayang arwah moyang punya bahulu. Kat kedai org jual pki telur ayam je.. Lain rasa kenyal dia

    ReplyDelete
  2. assalam jee...comelnya baulu cermai jee...ok sgt tu.

    ReplyDelete