Monday, November 23, 2015

STEW DAGING LEMBU









Hari tu Kjee buat Bifstik Daging. Hari ni buat Stew Daging pulak. Pi mai pi mai tang tu jugak lah. Sama tapi tak serupa? Hehehe nama jer lain kot.

Kan Kjee dah kata, kalau tak puas makan satu-satu makanan tu, Kjee akan buat sampai Kjee boring. Lepas tu, maybe berbulan-bulan tak buat.

Sebenarnya Kjee teringin nak buat Lamb Stew. Tapi tak nak Lamb yang ada tulang. Nak yang isi aje. Tapi pergi Hero Market, tak ada pulak. So Nadia suggest buat daging aje lah.

Beza antara Bifstik aritu dengan Beef Stew arini ialah tiada bahan tomato di dalamnya. Resipi asal Beef Stew, Kjee rasa ada kot tapi Kjee tak letak sebab inilah resipi yang dah lama Kjee buat.

Tadi Kjee guna dekat 700gms daging chuck tender. Tapi tak lah tender (lembut) mana. Kjee masak dalam Pressure cooker hampir 45 minit. Kelembutannya okay jer. Atau faktor usia punya pasal gigi Kjee dah tak mampu nak kunyah betul-betul. Hahaha.










Kjee dadu aje daging tu sebesar ibu jari. Kemudian Kjee toskan hingga kering dan lumur dengan lebih kurang 3 sudu besar tepung gandum. Gaul sampai rata. Perap dalam 20 minit.

Panaskan kuali non stick dengan lebih kurang ½ cawan minyak Zaiton. Kalau tak ada, gunalah minyak jagung atau apa-apa minyak yang ada. Kalau nak campur dengan butter pun boleh. Letak dalam dua sudu besar butter dan 3 sudu minyak.

Goreng daging hingga kedua-dua belahnya keperang-perangan. Keluarkan daging dan buat sampai habis.

Baki minyak tadi diguna untuk menumis dua labu bawang besar yang telah didadu. Kjee jugak guna 4 biji bawang putih jugak didadu. Apabila bawang sudah lembut, masukkan balik daging tadi bersama lebih kurang satu mangkuk air. Air mesti menutupi paras daging kalau guna pressure cooker. Kalau tak guna, masak hingga daging lembut. Selalu tambah air.











Apabila daging sudah lembut, masukkan kentang yang telah didadu sama saiz untuk masak sekata. Begitu jugak carrot. Tadi Kjee guna 2 biji kentang Russet (sebab banyak kanji) dan 3 biji carrot yang tak berapa besar. Jugak letak dalam satu sudu besar lada hitam yang telah ditumbuk kasar-kasar.

Kjee juga letak dua ketul kiub daging. Kerana sudah cukup rasa, Kjee tak letak garam.

Rendidih lagi sampai kuah agak pekat. Kepekatan kuah itu terbit dari tepung yang disalut pada daging tadi.

Oleh kerana Stew Daging sedap dimakan dengan roti, maka korang tentu boleh agak kepekatan kuahnya (seperti dalam gambar).

Makan dengan roti bakar atau Garlic Bread.













Related Posts:

  • ASAM REBUS TETEL GAYA MELAKA? Kjee mana gambar asam rebus tetel aritu, tanya fren FB Kjee. Ohhh belum masuk lagi dalam blog ker? Well, sehari dua ni Kjee sibuk sangat. Sibuk melayan gastrik yang tetiba menyerang. Jadi terlupalah pulak kewuj… Read More
  • KARI DAGING DENGAN KENTANG STAIL MOKCIK Lama bebenor Kjee tak masak Kari Daging dengan Kentang. Aritu Kjee beli daging batang pinang. Rasanya tak sampai sekilo. Ada plan nak guna daging tu masak ntah apa bende. Masa beli ingat. Bila dah dekat seminggu… Read More
  • DAGING GORENG DAUN SELASIH Dah banyak kali Kjee masak Daging Daun Selasih atau bahasa Thai,  daun Kaprau atau Sweet Thai Basil. Kjee ingat lagi, kali pertama Kjee buat letak paste tomyam yang merah tu. Sedap jugak. Tapi minggu lep… Read More
  • DAGING MASAK NEGRO? Kenapa mesti letak nama Daging Masak Negro? Kecik hati orang Negro tau!. Eh mana korang tau dia orang kecik hati? Habis tu kalau letak nama Sambal Goreng Jawa, orang Jawa tak kecik hati ke? Hehehe. Kjee letak n… Read More
  • ASAM REBUS DAGING MELAKA Tak tahulah Kjee samada lauk ni milik orang Melaka ke tidak. Tapi inilah resipi yang diturunkan oleh arwah Bonda. Tapi dia guna daging tetel yang sedap tu tapi tak sihat. Kjee guna daging batang pinang sebab itu jer lah y… Read More

1 comment:

  1. Salam Jumaat Kak Jee,
    Sedap resepi ni. Sy try semalam... semua org dlm rumah ni suka. Minggu dpn nk buat lagi lah.. Time kasih Kak Jee

    ReplyDelete