Friday, February 3, 2017

BERGEDIL CORN BEEF






      Plan siang tadi nak buat Croquette (disebut kro-ket), sejenis makanan dari bunyinya kita tahu berasal dari Perancis. Tetapi apabila ada sahaja bahan yang tak lengkap, makan Kjee buat sahaja Bergedil letak Corn Beef.

      Corn Beef adalah daging yang telah dimasak terlebih dahulu dan dimasuk ke dalam tin. Ia sangat lembut dan sedap dimakan begitu sahaja atau diletak dalam sandwich. Kena hati-hati apabila meletakkannya dalam masakan kerana ia agak masin.

      Selalunya Kjee beli corn beef jenama SW kerana kandungan daging yang agak banyak. Langsung tidak dicampur dengan tepung seperti jenama lain. Setelah mengeluarkannya dari dalam tin, Kjee akan masukkan ke dalam peti ais selama dua atau tiga jam. Kemudian Kjee keluarkan dan kikis buang minyak (lelemak) yang sudah beku sekeliling corn beef tersebut.

      Corn Beef tadi Kjee biarkan dalam suhu bilik (room temperature) sementara menyiapkan bahan-bahan lain. Kjee kupas empat biji kentang yang sederhana besar, hiris sama saiz dan goreng hingga masak. Kemudian Kjee tumbuk kentang tersebut hingga lumat.






      Kjee guna ½ tin Corn Beef yang telah dilenyek. Oleh kerana Corn Beef sudah cukup masin, Kjee tak letak garam. Kjee cuma letak lebih kurang ½ sudu besar lada hitam yang telah ditumbuk. Selain itu, Kjee hiris daun bawang dan daun sup dan masukkan ke dalam adunan kentang dan corn beef. Boleh juga letak bawang goreng ke daam adunan. Tetapi stok bawang goreng dah habis.

      Setelah digaul mesra, gentel bulat-bulat sebesar bola ping pong dan leperkan sebelum dicelup dalam telor (yang telah dipukul manja) dan digoreng.

      Biarkan ia garing sedikit baru diterbalikkan. Lakukannya perlahan-lahan supaya bergedil tidak pecah. Toskan minyak atas kertas tisu dan dihidang dengan sos cili.

      Bergedil biasanya dihidang bersama Soto tetapi Kjee suka makan begitu sahaja. Boleh juga direbus dulu kentang dan proses seterusnya seperti biasa.







Related Posts:

  • COLESLAW - SENANG BUAT      Kalau beli ayam goreng kat rest fast food tu, first thing yang terlintas di fikiran ialah keenakan Coleslaw atau salad kobis.  Ia campuran sayuran seperti carrot, kobis dan bawang. Dihiris… Read More
  • CRISPY GARLIC SLICES       When my Bff Aishah, kirim sebalang bawang putih goreng crispy beberapa bulan lalu, masa UP singgah rumahnya, Kjee was so excited! Isyhhh sedap buat ratah ni. Garing dan ranggup!!    … Read More
  • CEMPEDAK GORENG       Musim durian dah hampir sampai ke penghujung. Tiba pula musim Cempedak. Kjee jarang layan Cempedak sebab seringkali dimomokkan ia akan menambahkan angin dalam badan. Seram Kjee. Udahlah kita k… Read More
  • PERLU SABAR BUAT SERUNDING SIMPUL KULIT POPIA Sejak dari anak dara, Kjee ni jenis yang brutal. Tak reti duduk diam, buat kerja laju jer. Makan pun laju. Langsung tak ikut sunnah Nabi Muhammad saw yang ketika makan mesti kunyah betul-betul baru telan. Tapi se… Read More
  • GARLIC POTATOES WITH CHEESE DIP      Garlic Potatoes bukan sahaja sesuai untuk bekfes tapi bila-bila masa aje lah. Punya lah sedap, Kjee boleh makan tiga kali sehari. 😁     Kjee pernah buat bersama Lamb Chops. Perg… Read More

2 comments:

  1. Nampak sedap bergedil daging ni...tapi ogy tak pernah buat guna daging.biasa guna ayam...

    ReplyDelete
  2. Salam perkenalan... blogwalking dan done follow blog nie. :)

    ReplyDelete