Monday, February 13, 2017

ROTI GRILL UNTUK SARAPAN



Ini guna roti bijirin



       Sejak kesihatan Kjee tidak begitu elok sejak akhir-akhir ini, Kjee dah jarang-jarang dibawa UnclePali ke my favorite kedai untuk sarapan. Kalau tidak, setiap pagi, dia akan membawa Kjee ke merata kedai di Taman Melawati untuk menikmati roti canai, lontong, nasi lemak dan semua yang sewaktu.

       Tetapi, Kjee macam sudah seronok pulak makan roti grill dengan telor separuh masak ataupun apa sahaja yang dijadi breakfast, daripada roti. Kekadang UnclePali buatkan French Toast dan kekadang Sandwich,

       Walaupun di rumah ada dua Bread Toasters, namun Kjee lebih suka kalau roti itu dipanggang atau grill atas grill pan. Entahlah... pada Kjee, rasanya lebih enak daripada dimasukkan kedalam toaster. Kalau tak ada grill pan, kat kuali pun boleh.




Ini roti paun atau roti benggali




       Ramai puji cara UnclePali buat telor separuh masak tu. Perfect kejadiannya, kata mereka. Walaupun dah berpuluh kali UnclePali buat guna teknik sama, namun semuanya terpulang kepada kesegaran telor. Kalau telornya masih fresh, maka cantiklah kejadiannya. Begitu juga sebaliknya.

       Kelmarin Kjee ternampak satu blog yang mengajar cara buat telor separuh masak yang perfect. Menurutnya (maaf Kjee tak pasti blog yang mana satu), jerang air sampai mendidih. Kemudian padam api. Masukkan telor perlahan-lahan ke dalam air panas tadi. Set masa antara dua hingga tiga minit. Kemudian keluarkan. Kjee belum kesempatan mencuba kaedah ini.




Egg Boiler




       UnclePali guna bekas untuk rendam telor setengah masak. Banyak jual di pasaran termasuk dari jenama Cosway. Kjee dapat hadiah dari seorang teman. Dah banyak tahun.

       Menurut UnclePali, walaupun dia guna bekas itu, namun masih kena pastikan samada telor itu baru dikeluarkan dari peti ais atau sebaliknya. Kalau duduk dalam peti ais, katanya direndam dalam 10 minit. Cuba klik SINI.

       Selain itu, Kjee juga suka French Toasts versi orang kita yang tidak letak susu segar. Kjee letak secubit garam sahaja. Kemudian makan dengan Maple Syrup atau apa sahaja jem.





French Toast

     


Related Posts:

  • BREAD N BUTTER PUDDING WITH FRUIT COCKTAIL Dah banyak hari dah Kjee teringin nak buat Bread And Butter Pudding macam yang dalam Food Network Asia. Teruja Kjee tengok dia orang bubuh fruit cocktail dalam pudding roti. Belum pernah tahu selama ini. innity_… Read More
  • ACUAN PIE TEE DAN BOTOL ACUAN ROTI JALA Acuan pie tee dan botol acuan roti jala. Minat? Sila sms 0126780501 untuk harga. Untuk resipi pie tee, sila klik sini dan untuk roti jala, klik sini pulak. Terima kasih. innity_pub = "d1dc3a8270a6f9394f88847d7f0050cf"; in… Read More
  • ROTI JOHN LAMB BURGER Malam tadi, mood nak keluar makan memang tiada. Lepas tengok Buletin Utama, Kjee terus ke dapur. Kjee dah keluarkan sekotak kecik Lamb Burger jenama Dara bif sebelum Maghrib. Kalau nak beli apa2 product burger Dara Bif, ken… Read More
  • JOM TEBAR ROTI JALA!!! Hari ni tetiba datang mood untuk 'menjala'. Masa balik dari menghangkut stok acuan roti jala tadi, tetiba jugak terfikir...asyik jual acuan jer, bila nak buat untuk makan sendiri. innity_pub = "d1dc3a8270a6f9394f88847… Read More
  • FRENCH TOAST WITH KAYA Minggu lepas masa gi bekfas di Old Town White Coffee di TSB, Sg Buloh, Unclepali order French Toast with Kaya. Itulah yang wajib dia ataupun Nadia makan kalau ke sana. Semalam Kjee suruh Nadia buat roti Benggali atau Rot… Read More

0 comments:

Post a Comment